Tuesday, September 16

Day 10 - Your favorite song ever

7 ribu komen
Orang kata, save the best for last. Tak sangka kita dah sampai ke hari terakhir untuk 10 Day Music Challenge. Fuh! Bukan senang. Gigih hari-hari gali lagu kot.

Actually lagu-lagu favourite aku semua dah diluahkan dalam entri-entri untuk 10DMC sebelum ini. So apa lagi lagu best nak letak ni? Hmm..

(setelah 5jam 32minit dan 14saat berfikir)

Telefon menyanyi-nyanyi.

Okay, dah tahu! Inilah lagunya yang konon feberet sangat tu. (mata ke atas tangan menaip) Kahkahkah

AMARAN: Hanya untuk orang yang mengantuk dan lemau tak bersemangat. Yang tengah sakit kepala dan berserabut otak dilarang sama sekali untuk mendengar lagu ini.


Aku kaki anime. Hantu anime sebenarnya. Dan lagu Mugen Loop ini adalah second ending song untuk anime Kaichou wa Maid-sama! (Boleh tengok di youtube) Aku dah pakai lagu ini as my ringtone dekat setahun lebih. TAK TUKAR. Setiap kali hempon aku berbunyi, satu rumah alert kot. Kat office, aku mute. Kalau tak, ada kang kena baling dengan fail. Hahaha.


Day 1 - A Song That Reminds Me of Myself (Zombie - Cranberries)
Day 2 - A Song They Should Play at My Wedding (A Thousand Years - Christina Perri)
Day 3 - A Song that Makes Me Laugh (Miow Miow Poona - Kandasamy)
Day 4 - A Song You Would Sing To My Crush (A Drop in The Ocean - Ron Pope)
Day 5 - A Song That Makes Me Want To Dance (One in Million - Neyo)
Day 6 - A Song I Listen To On Repeat (Mewangi - Akim ft. The Majistret)
Day 7 - A Song That You Hate (#gilabola - Joe Flizzow)
Day 8 - A Song You Are Secretly Obsessed With (Titanium - David Guetta ft. Sia)
Day 9 - A Song That Makes You Think Of Your Family (1234 - Aris Ariwatan)



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Monday, September 15

Liebster Award Lagi!

9 ribu komen
Ini yang ke-3 daripada Sara Liyana, 2 lagi kat sini >>> Liebster Award. Jangan jelly --

Rupanya Liebster Award ini adalah untuk discover blog-blog baru. Kira untuk bagi semangat berblogging. Jangan jadi macam aku, blogger paling fail. 5 tahun dah buat blog, aktifnya setahun sekali. Sebab itu aku layak dapat Liebster Award banyak-banyak. Nampak permainannya? Kahkahkah.


The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

Soalan daripada Sara Liyana,

1. Pernah selfie duckface?
Tak pernah. Tak sanggup nak buat.

2. Kalau pernah apa perasaan lepas tengok gambar tuh sekarang?
So tak payah jawab soalan ni kan? Yeayyy..

3. Benda yang tak kan pernah lupa sampai sekarang?
Benda? Baju sekolah. Err...

4. Benda nakal pernah anda buat?
Banyak. Paling nakal, ada one day tu aku tak siap kerja sekolah. Bila cikgu mintak, buku homework tu aku hantar jugak sebab takut didenda. Waktu rehat, aku sesenyap pegi bilik guru curik balik buku aku dengan buku kawan aku. Aku tiru laju-laju dan hantar semula. Lega. (ini nakal ke jahat?)

5.Subjek paling tak suka dari zaman sekolah?
Geografi.

6. Hadiah harijadi yang hampa sentiasa impikan?
Keterlaluan tak kalau aku cakap jongkong emas? Tak kannn.

7. Kalau dah kahwin apa jawapan yang diberi kalau orang tanya 'ko bila lagi' , kalau belum kawin apa jawapan hampa nak prepare?


8. Longhat negeri yang tak berapa nak faham?
Sarawak.

9. Colour baju yang paling banyak?
Merah.

10. Hampa paham dak bahasa utaqa?
Padiaaaaaa?

11. Tak tau nak tanya apa , hampa jawap lah ikut suka.
Meh aku yang tanya kau, apa yang kau hampa sangat ni? Dari tadi asyik hampa-hampa. Luahkan je.


Nominate 11 other bloggers yang kurang daripada 500 followers. Hmm malas boleh? Awak-awak yang rasa berkelayakan, ini saya bagi awak-awak. Yang dah kena tag dalam Liebster Award sebelum ini, jangan nak lari. Aku tahu ada yang belum buat lagi.


11 soalan daripada aku untuk engkorang jawab. Tak susah pun, baling dadu je.

*Mohon tak kisah dengan penggunaan 'aku-kau' dalam ayat. Muah ciked! :*
  1. Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat, kenapa?
  2. Perkara paling gila pernah kau buat.
  3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
  4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
  5. Barang paling kau sayang.
  6. Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
  7. Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
  8. Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
  9. Perkara paling sweet pernah kau buat.
  10. Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
  11. Kalau kau adalah sejenis haiwan. Haiwan apa kau nak jadi?

Aku kopipes soalan aku sebelum ini. Layankan jelah. Haha k I'm done! *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family

4 ribu komen
One more to go. Yeayyyyy!

Lagu yang mengingatkan aku pada keluarga. Okay, tetiba kena berfikir secara teruk. Banyak lagu cinta kekasih melebihi lagu untuk keluarga. But I got one song yang kalau aku dengar mesti terikut-ikut menyanyi..


Part suara kanak-kanak verse awal tu, comelnyaaaaaaaaaaaaaa. Sebak pulak kita dengar.*kesat air mata* Budak-budak dulu kalau nyanyi dengar suaranya ikhlas je, bukan macam sekarang.

Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua.. sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

(Air mata bergenang lagi) :')

[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[DONE] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With
[DONE] Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family
[NEXT] Day 10 - Your favorite song ever



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Sunday, September 14

Day 08 - A Song I'm Secretly Obsessed With

4 ribu komen
Kita teruskan lagi cabaran untuk hari ke-8 dengan lagu yang aku obses secara senyap-senyap. LOL. Obses dengan lagu secretly? Macam obses dengan laki orang pulak.

Actually banyak lagu aku obses, antaranya dah dinyatakan dalam cabaran A Song That Reminds Me of Myself dan A Song That Makes Me Want To Dance


Titanium - Versi original ke cover ke akustik ke instrument, semua aku suka. Suka sangat-sangat. Sangat-sangat suka. Obses ke gini? Dan aku sangat-sangat naik angin kalau dalam contest nyanyian, peserta nyanyi lagu ni pastu tak sedap. Rasa macam nak ikat ketat-ketat orang tu kat pokok pastu letak sarang kerengga dalam baju dia.


Galau by 5 Minutes. Galau Dato Siti pun best jugak tapi belum sampai tahap obses haha. Ada ke yang tak suka lagu ni?


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[DONE] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With
[NEXT] Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...