Tuesday, August 25

Benarkah Syaitan Dirantai?

Soalan
Penceramah selalu kata pada bulan Ramadan semua syaitan dirantai tapi saya lihat orang buat maksiat dan mungkar semacam je, macam mana tu ustaz?

Jawapan

Syaitan di rantai pula mempunyai beberapa makna tafsiran. Ada juga yang bertanya, jika syaitan dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk itu pada bulan Ramadan.


Makna syaitan dirantai:


1. Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan Ramadan dan bertujuan mencegah syaitan daripada menganggu manusia Muslim.


2. Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.


3. Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadan dan kurang aktif.


* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


- Copy and paste dari Bicara Agama, Utusan

Gambar from forwarded email. I think everybody received this picture every year.

Dari aku budak lagi aku musykil pasal perihal syaitan dirantai dibulan puasa. Akal kanak-kanak aku selalu berfikir, syaitan musuh Allah, kenapa Allah rantai dia dibulan Ramadhan sahaja, rantai lah forever. Tapi aku memang confident syaitan tiada masa itu, jika disuruh berjalan tengah malam ke kubur pun aku berani. But if we believe what reporter said, memang syaitan masih bermaharajalela. Maybe not in physical form but very much in our ownself. Itu bukan syaitan rasanya, itu nafsu serakah. Tapi binatang yang dilaporkan itu memang melampau, dia buat penderaan sexual keatas kanak-kanak tersebut sehingga mati. Gila... memang betul-betul gila.

Aku memang tidak arif agama, cuma cerita syaitan dirantai memang menarik untuk diperkatakan. Pada aku, apalah salahnya kita anggap sememangnya 100% syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan. Jadi segala tindak tanduk kita purely influence by our own self. Maknanya, jika kita buat salah, engkar suruhan Allah, sememangnya NAFSU kita yang menyeru kita berbuat demikian. Bukan dengan godaan syaitan, bukan dengan bisikan iblis, bukan dek kerana tertipu dengan pujuk rayu makhluk dilaknat Allah itu. Jadi bila kita fikir sebegitu insyallah kita akan mampu melawan godaan tersebut, kerana ianya cumalah nafsu kita sendiri. Takkan sebahagian dari diri kita sendiri pun kita tak mampu lawan. Lemah sangat rasanya jika begitu.

So, even though ada cerita menarik di tv kita still akan mampu menggerakkan otot-otot untuk ke surau atau masjid berterawih. Dan walaupun ada pelbagai jenis juadah di pasar Ramadhan kita berupaya untuk memilih hanya untuk mengenyangkan perut, bukan memuaskan nafsu. Aku selalu setkan apa aku nak beli dahulu sebelum pergi bazaar. Nak selamat, setkan ikut harga. Let say, today aku akan spent maximum RM10.00. So, kalau dah beli ayam percik RM5.00 ada balance RM5.00 sahaja untuk kueh dan air. If terlebih juga, esok kurangkan ke RM8.00, then diteruskan sehingga tidak membazir.

Sama-samalah kita melawan NAFSU dibulan Ramadhan. Insyaallah.

Ada macam tazkirah di surau selepas terawih tak entry kali ini? :)


P/S: Aku tidak berani memberi contoh nafsu syahwat, since aku belum kahwin. Tapi yang dah kahwin tu surely you guys know better than me. Dare to share your experience? Heheheh...

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

1 ribu komen:

abas said...

hahaha....nak abg bg cntoh tak...
hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...