Tuesday, September 8

Pesanan dari Tok Imam c11

Untuk Pengetahuan Kite Bersama
Ekceli aku jaranglah post pasal mende2 ilmiah
--> tidow ilmiah tu bukan ea
mksod aku, pengisian rohani & jasmani kite
Hari ini, pada jam 7:47 PM (egt masa tu beb)
tengah aku sedap2 mengisi tembolokku dgn santapan berbuka pose
tiba2 laptop ku vibrate. .
hallamak, grand giler laptop aku leh vbrate kik3
Ianya berlaku dsebabkan ade pesanan dari
!!!!!Tok Iman c11!!!!!

Beliau neh member ooVoo aku
xde laa tua jdik imam jauh skalik
saje jew letak nma tok imam
org tua laa katekan
mmg penyakit byk & pelik2 plak

Katanya:


"Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..."

Disebabkan aku neh rajen orangnye
(sejuk perut mak ngandung hu3 kak nad xde kaitan!) so aku tlog la sampaikan kat sume2 yg view blog neh. . bulan pose kan bulan utk kutip pahala, insyallah. . .

Cerita Tok Imam:

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya ..

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal disitu. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai, orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

3 ribu komen:

UcU mAnjA said...

Wah ilmu yang sangat pratik.
Thanks

MiSsyLiLy said...

bagus info nie.. tq2..

missdiya84 said...

wahh bagus info2 ni dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...