Thursday, February 24

Mimpi, biasa aneh²

"If its from you I dont mind hurting.
This is my perfect nightmare"

A bit from Perfect Nightmare by Shontella. Memang lagu² minah ni sedap je kat telinga aku. Travie Mccoy pon. Suara orang² kulit hitam ni memang sedap an. Tapi sekarang aku dok gila lagu Rocketeer by Far East Movement ft. Misha Omar Ryan Tedder. Lagu Grenade si Bruno pon best. Tapi kes dia kantoi ngisap, aku kureng dah admire dia. Mat pit rupanya si Bruno Mars neh. Brat Pitt tu lain la, dah memang pit. Huhu.

Stop. Dah², terkeluar dari point sebenar pulak. Kena cop blog gosip artis kang nanti. Cancel², repeat balik dari mula.

"If its from you I dont mind hurting.
This is my perfect nightmare"

Bersesuaian dengan quote yang aku petik dari lagu 'mimpi basah ngeri yang sempurna' ni, al-kisahnya 3 malam tanpa bintang yang lepas aku betul² dapat nitemare. Bukan 1 tapi 2 sekaligus.
*******
Mimpi 1: Aku bersama beg baju kelihatan terpinga² di sebuah stesen bas. Lari dari rumah kot.  Mimpi, biasa aneh². Tak sure stesen mana, yang pasti bukan Larkin or Terminal Makmur. Stesen bas macam kat sebuah pekan yang sunyi. Tak ramai orang. Aku masih berdiri, seperti menunggu sesuatu.

penantian itu satu penyeksaan
Tiba², sebuah teksi berhenti depanku. Cermin tingkap diturunkan, lalu pakcik dreba teksi menyapa.
"Nak ke mana dik?"
"Tak, saya nak naik bas."

Perasaan takut tak diundang tiba² muncul. Sorang² kot, mestilah cuak. Lagi² kt tempat kita tak biasa. Mulalah aku pikir macam². Segala berita kat paper menerjah di kepala botak hotak aku ni.

Kelihatan di suatu penjuru, sorang pompuan sedang sempoi smoking tepi public phone. Aku gerak berdiri sebelah dia. Even muka cam mintak kaki. Rasa selamat sikit dengan orang pompuan. Aku mecangkung. Penat berdiri agaknya. Ada je bangku kosong, banyak. Mimpi, biasa aneh².
"Wey, nak gi mana?" Tiba-tiba dia bersuara.
"Huh? Saya ke? Nak naik bas"
"Tahu, tak kan kete lembu pulak. Nak pegi mana? Balik kampung eh?"
"Err.. A'a, balik kampung" Jawapan tak ikhlas.
"Ada spoloh hingget? Pinjam." Aku cuak.
"Err.. takde. Takde duit kecik la."
"Bak aku pecah."
Alamak, malapetaka ni. Dengan risau akan keselamatan diri dan harta benda, aku terus cabut lari. Aku berlari sekuat hati. Tak tengok belakang dah. Aku lari punya lari, sampai jumpa public toilet. Terus aku masuk nyorok dalam tu. Celaka punya pompuan. Nak pau aku! Then, aku sedar. Beg baju aku mana? Bala, bala, bala.. Mimipi, biasa aneh².

Sedang aku mengah². Tiba² ada suara lelaki sambil ketuk2 pintu.
"Weh bayar tak masuk ni?"
Aku senyap. Salah masuk toilet ke?
"Tak tahan sangat pe? Toilet lelaki ni kak." Lelaki tadi bersuara lagi.
Alamak! Bala, bala, bala. Memang bala.
"Haa kejap². Nanti keluar." Aku bukak paip. Cover la kononnya. Agak² lama, aku flush pulak. Senyap kat luar. Lelaki tadi dah pegi kot.

Tak semena-mena pintu toilet diterajang. Aku tercampak ke belakang. Terduduk atas mangkuk jamban. Omak haih, sakit toksah dok cakap. Senak dada, muka ngan bontot aku. Aku gosok² dahi yang terasa perit. Didepan aku ada 2-3 ekor jantan tengah sengih². Muka masing² macam firaun. Sudah, bala apa lagi ni?!

"Kenapa ni?" Aku gigil. Takut. Takut gila² ni.
"Hehe. Ada laok la wey." Yang lain sengih².
"Jangan la. Saya nak balik. Saya nak balik!" Aku menangis. Menderu² air mata. Hanya tuhan saja tahu perasaan aku ketika itu.
"Tolonglah saya. Tolong. Saya nak balik!"
Mereka ketawa, ketawa dan hanya ketawa. Lelaki yang terajang pintu tadi mendekat. Aku ke belakang. Tersekat. Aku hanya mampu merayu dan menangis.
"Jangan takut. Nak balik ye. Jom².."
"Jom la abang hantar balik" Sorang lagi bersuara. Lalu mereka memegang tangan aku. Aku cuba menepis. Melawan, melawan dan melawan sehabisnya. Lalu.. Ya Allah, aku mimpi. Berpeluh. Aku menekop muka. Dada masih berombak. Ku ambil henpon disisi. 0342AM.
*******
Syukur hanya mimpi basah. Mungkin aku penat sangat or lupa basuh kaki. Selama ni pon tak basuh pon kaki jugak, lena je. Tidur tak baca bismillah kot ni. Aku baca doa, then sambung lelapkan mata.

The second nitemare lagi dasat, lebih triller. Akan aku cite in the next entri. Magrib da ni. Haiya ala solah dulu.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

2 ribu komen:

tenangsudey said...

wah slalu mimpi ek... huhuh tdow da basuh kaki ke tak nih? hehehe


salam ziarah dari TenangSudey

✖sLp mE pLz™✖ said...

jgnkn basuh, siap spin lagi.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...