Sunday, March 20

patutkah aku?!

5 ribu komen
aku bukan nak tulis sajak ok
ekceli sedang asyik belek² visitor kat shoutmix
usyar la belog² yang ada
perghh
cantik, menarik, kau memang the bomb!
cheq habaq hang
memang canggih²
meletup² debush debish
nak state belog mana tu
banyak sangat kot
tuan empunya belog sendiri nilai la

so patutkah aku disini
operate belog aku ni
bagi meletop debush debish 
macam belog korang tu
tak perlu kot an?
ceni pon cun aku rasa
tapi sebeno-menonyer
kau memang malas an
tahu takpe haha

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Thursday, March 17

what are words

4 ribu komen
Seriously, what a touching and wonderful song. I can't stop listening to this. It make me wanna to cry. This is what we called the true love story. Tacin, tacin, tacin. Waa. Tak tahu nak cakap apa. Just once listen for his voice, ditambah pula lirik yang menyentuh perasan sebagai penyedap halwa telinga. Really can't stop listening to this amazing song. Berapa kali nak cakap daa. Kalu suka mestilah puji. Kena pulak aku ni kipas-susah-mati love² song cenggini. Arh ko bajet romantis an. Ye la, jangan tak percaya pulak. Luar je brutal macam singa laut betina, dalam hati ni ada taman rama² tau.

Every single promise I'll keep,
'Cuz what kind of guy would I be,
If I was to leave when you need me most



P/S: He's the one of Mr. Ladies Man. Where's mine?
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, March 15

Contest Adik-Beradikku Yang Cute

3 ribu komen
Yeah, contest lagi. Mekaseh kepada Cik Pedachepallar coz tag i dengan jayanya. Best sangat kena tag. Haha. At least ada la modal nak post entri. Kalau menang ni hadiah kita share ea. Kalau la i nak share. Haha. Ok proceed to the contest.

Syarat² yang perlu dipatuhi:
>>> Mesti follow blog nie!!tapi kalo tak suka follow,tidak diwajibkan.Markah akan ditolak.Haha
Rasanya aku dah lama follow blog ni, dia je yang tak follow aku. Huhu.

>>>Buat satu entry dengan tajuk "Contest Adik-Beradikku Yang Cute"~Dalam entry tu mesti tampalkan sekali banner dan link terus ke entry contest ni.

>>>Letakkan sekali banner contest ni kat sidebar beserta link skali.Bleh x??^_^
Alaa dah penuh la. So jawapannya tak boleh. Huhu.

>>>Letakkan satu gambar ja yang sesuai dengan contest ni.Yang penting,pict toh mesti lah pict adik-beradik korang.
Amboi senyum lebar cik abang kita.
Masa dia tengah nazak lepas berkhatan. Haha.

>>>Napa pilih pict ni?Tulis huraian secara ringkas dan padat~
Model kacak dalam gambo tersebut adalah adik bongsu i. Haha. Saja je an amek gambo dia lepas sunat masa cuti sekolah hari tu. Dia ni anak lelaki tunggal dalam family kitorang plus bongsu pulak. Can u imagine how manja he is? Sebab tu sampai bertepek koyok segala kat dahi. Sunat je pon, kecoh satu kampung. Mummy aku la orang paling kalut sekali. "Jantan sorang tu je kak," katanya. Sorila Cik Fadhirul, tak gheti i nak ringkaskan huraian ni tapi cukup padat an? Haha.

>>>Tag kan sekurang-kurangnya 3orang member.Kalo ramai,lagi bagus.Ye x??hehe.Dan pastikan diorang taw.

>>>Dh siap,tinggalkan link kat comment.
Done.

tarikh tamat contest
10 April 2011
12.00 tengah malam
P/S: so lelaju la korang join contest ni ye.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, March 11

Tioman Island [PART 2]

2 ribu komen
Tioman Island [PART 1]

Sampai kat resort pantai Genting, terus kitorang dibriefing pasal perjalanan aktiviti hari ini. Aktiviti pertama snowkeling SNORKELLING. Sigh. Ingat dapat la diving ke. Tinggal harapan sebab diving kena ada lesen. Kalau nak wat jugak mesti follow their course first. Snorkelling pon ok la. Ala² dive je pon.

Aku ni tak berapa suka pakai safety jacket. Bukan bajet reti swim sangat. Tak selesa. Lagi² part pasang tali kat celah bontot kelengkang tu, alah malu la. Aku pakai bila kat dalam air je. Nak naik darat aku bukak la. Overall best la jugak. Pantai Tioman memang cantik. Air biru jernih. Nampak pasir kat dasar. Lagi cantik dari pantai kat Langkawi, Desaru, pendek kata pantai² yang aku pernah pegi Tioman paling cantik. Subhanallah. Lagipun tak ramai penduduk kat sini. Macam pulau baru teroka. Pembangunan pon tak banyak. Banyak yang dalam pembikinan. Memang sesuai sangat untuk sesape yang nak carik jodoh ketenangan.

At first kitorang naik speedboat ke Tekek. Jalan² tengok kampung, tengok orang² pulau, shopping², snap² gambo. Yang aku nak cerita ni masa naik speedboat. Amboi bukan main cop tempat depan sekali. Dah start, hambek ko! Macam nak terbang nyawa. Dari depan teralih sampai tengah bot. Ketar tangan² paut kat pemegang. Basah lencun lagi dek kena percik air laut. Macam dalam cite stunt pulak. Yang bagusnya, mabuk laut laot pon hilang.

Then, kitorg teruskan perjalanan ke Taman Laut. Sampai je kitorang masuk Taman Laut Tioman. Sesi snap² pictures again. Aku tak ambik tahu sangat pon exibition kat situ. Boring. Macam lawatan sambil belajar kat sekolah je. After that, terus kitorang dibawa ke area snorkelling. Tengok ikan² dari jarak dekat. Ada rezeki dapat la pegang. Tapi aku bukan setakat rezeki pegang, siap kena gigit lagi. Habis kaki tangan aku, macam pirahna pulak. Pedih kot. Tapi syok dapat swim sekali dengan ikan², comel sangat. Geram. Diorang pon friendly. Tak takut manusia. Geram je nak tangkap bawak balik.

Photobucket
Macam puteri duyung an? *blushing*

Then continue snorkelling kat Marine Island pulak. Pulaunya kecik je. 20 orang naik dah tak muat sepulau. Haha kecik sangatkan? Kat sana kitorang tengok perempuan coral hidup. Cantik sangat. Tapi yang bahayanya sebab pulau tu kecik, so dia tokleh hadang angin. Bila kitorang gerak jauh sikit, nanti hanyut terbawak ombak. Yang boleh berenang ok la, itupun dengan sepenuh kudrat nak lawan arus. Apatah lagi yang noob cam aku ni ha.

Photobucket
Marine Island yang comel
Sedang aku syok² snorkelling tengok coral, tak perasan pulak dah jauh dari group. Itupun after guide jerit² panggil suruh back off. Aku pon ikut jela. Aku terus swim naik bot sebab penat lawan arus. Pastu guide tu cakap, nampak shark tak? Spesis apa aku tak pasti. Memang guide tu ada cakap ada shark kat area tu. Katanya tak bahaya. If kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Cuak beb.

View more pictures here.
P/S: Kalau aku rajin aku continue part 3 ok.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Wednesday, March 9

Ayang sayang B!

2 ribu komen
terlintas kenangan itu
terbesit dalam benakku
kerapuhan menemaniku
dan hanya air mata
yang mengarungi perasaan ini
memendam kerinduan
hanya membuat diri ini
tak jujur
dan hati ini
hanya bisa memberontak
hanya bisa memohon
untuk mengetahui isi hati ini
hati akan selalu lemah
jiwa akan selalu rapuh
perasaan akan selalu terpendam
jika diri ini tak kan bisa jujur
tak ada yang bisa dipersalahkan
kini semua hanya berakhir
dengan penantian
dan

Photobucket
kau BASKIN ROBBINS!

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, March 8

motif kau gigit aku?

0 ribu komen
Ni teman nak kabo deme. Ada satu hari tu teman lepak kat uptown dengan kazen teman and kengkawan dia. Pusing² singgah kedai sifut, nak masak makan la. Baik punya dok lapah tiram, zupp! Kaki teman disentap. Jangan ingat hatimaknak je boleh sentap². Pedih der. Cek kaki ada kesan love bite ala² vampire twilight gitu.

Photobucket

Bongok punya kucing kurap! Tak cukup makan pe dok gigit kaki aku. Motif? Aku tak usik ko pon. Jangan sampai aku gigit ko balik. Saba teja, saba. Hatiku memujuk. Cover la depan member² kazen and customer lelaki keliling ni. Jatuh saham nanti.

"Ko pijak ekor dia ea?"
"Mana de. Kalau aku pijak mesti rasa." Jawapan bela diri.
"Kaki ko bau ikan kot"
"Aku rasa kaki ko nampak cam wiskers la"
"Bukan², kaki teja ni busuk sangat gamaknya"
Mereka gelak. Cis, panas line betul diorang ni. Terus aku order air suam. Wat basuh luka. Mana tau kucing tu bawak penyakit kucing gila ke malaria sawan babi ke HIV ke. Eee mintak jauh!

Dari dulu lagi aku cukop bengang dengan spesis yang bernama kucing ni. Aku bukan takut kucing, teman tak berape gemor je dengan menatang tuh. Lagi² spesis yang kat tepi jalan tuh, aduih geli le teman. Mana idaknya dengan segala macam corak kurap and kudis bertempior satu badan. Eeishh.. geli!
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Sunday, March 6

Damn, i miss that!

4 ribu komen
Aku suka beli borong barang² keperluan harian. Sekali naik sem, mahu berkilometer panjang berjelanya list barang² nak dishopping. Memang time tu kepala bapak aku botak la. Haha. Pompan, kalau boleh serba-serbi nak lengkap.

Al-kisahnya hari ni, detergen aka sabun basuh brand daia perisa bunga2 aku habis. Apa kaitan dengan intro tadi? Ignore je. Sedang aku gigit gunting plastik sabun branded tuh, aku terperasan ini.


Walawee, free pinggan or mangkuk jamban exklusip tuu. Aku tak redeem pon. Tak perasan kot. Rugi, rugi, rugi. Kalau tak, boleh aku bergaya makan nasik dalam pinggan exkutip cop daia. Tak pun dapat rendam megi dalam mangkuk kaca juga bercop daia. Hai, nampaknya guna tapeware plastik yang dah hilang penutupnya tu lagi la gamaknya ni. Sobbing.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

My 1st Give-Away by Shida & Esya

4 ribu komen
Tag dari Cik Qema kita. Tapi aku ada sedikit musykillah dalam kepala batu aku ni. Biasa kalau ada GA mesti ada syarat link or paksa follow blog tersebut. Sebab dia punya blog [http://iniqemapunyablog.blogspot.com/] so aku takleh nak macam². Bedal jela labu.

sori tak taw nak link ke mana
Syarat dia haruslah melengkap slogan saya suka buat blog kerana..
So aku pun melengkapkan slogan saya suka buat blog kerana tidak melebihi 250patah perkataan. Sekian.

Then macam biasa, syarat wajib letak. Tag beberapa blogger dan paksa diorang masuk jugak GA contest ni.
Calon²nya adalah...
  1.  Marjan
  2. Asy
  3. UMPblack
  4. Faiz **kena lagi haha
  5. Mamalisa
  6. Qira
  7. LM's
  8. perahotak
  9. Inani
  10. Uncle releven **tag jugak even tau dia tak main mende2 ceni haha
  11. Abang Vespa
  12. tubelawak


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, March 4

Mimpi, selalu aneh² (bhgn.2)

2 ribu komen
Sambungan daripada entri ini. Aku hampir terlupa. Huhu. Macam² nak dalam kepala sekarang. Kamu lupa² lagi. Nasib baik ada sahabat tolong ingatkan. Tak sangka pulak belog tak seberapa ni ada regular readers. Kembang jap bontot aku. Yelah tengok pada followers pon boleh agak betapa tak femesnya belog aku ni even almost 4 years berkeroncong kecimpung dalam dunia blogging. Kalau ada anak, dah boleh masuk taska pon. Mula la tu nak membebel. Straight to the point sebenar. Mula² susah jugak nak betul² lena. Then entah kapan, mimpi ke-2 bermula...

Gelap. Aku lupa starting dia cane. Huhu.

Tahu² aku berdiri di depan rumah Mak Long. Alah yang bela buaya kuda tu. Klik entri ini. Aku masuk ke dalam rumah, sunyi je. Mana sume orang? Aku ke dapur mengambek pinggan. Then ke meja makan, tengok bawah tudung saji kot² ada pape boleh aku cekik. Lapar kot. Tak ingat makan apa, maybe nasik. Sedap aku mencekik tiba² terdengar someone merengek merengus. Macam orang sesak nafas.

"Mak long.." Ku panggil. Sepi lagi. Aku continue makan. Kuak daun pintu kedengaran pelahan. Ku paling ke arah pintu bilik. Dekat je dengan meja makan tu. Pastu keluar Yaya, sepupu aku aka anak bongsu Mak Long. Baru 17tahun. Sweet 17. Sebaya dengan adik aku. Ditangannya tergengam sebilah parang berlumur darah. Tangannya juga. Muka bengis. Aku cuak.

cilok pix Yaya kat fesbuk
"Hey yah, mu wak gapo bawok golok dale bilik" Speaking aku kepada Yaya. 3-4 tahun jugak nuntut ilmu nak boleh fasih cenggitu. Yaya ke dapur. Ku dengar air sinki dibuka. Maybe dia cuci parang tadi. Aku tak puas hati. Aku bangun masuk ke dalam bilik. Curious jugak aku. Pemende la budak ni buat dengan parang segala. Takkan siang ikan dalam bilik kot. Al-maklumlah, anak pompan tunggal. Kije² dapor kat rumah neh memang kije dia.


Ya Allah! Bukan main terkejut beruk hamster aku dibuatnya. Terkulai tubuh Mak Long dan Pak Long di lantai bilik. Darah diserata tempat. Kat siling pon ada. Aku terkejut. Terkejut dengan apa yang aku lihat kini. Aku mula risau. Risau akan keselamatan sendiri. Tiba² Yaya muncul.

"Yah, mu wak kijo gapo neh? Bakpo demo tu" Kedengaran getar dalam suara itu.
Tiada parang ditangannya. Aku lega dikit.
"Kak, jange ngoyak sapo² deh." Dia menangis.
"Bakpo neh?Bakpo jadi ginih? Acu oyak!" Desak aku. Dia nangis lagi.
Bla.. bla.. bla..

Sori aku lupa² lagi dialog seterusnya. Yang pasti perasaan aku bercampur². Dilemma. Antara menuntut bela nasib si mati atau menyelamatkan nasib yang masih hidup. Keluarga. Bila disebut perkataan ini tiada lain yang lebih berharga. Tidak boleh dicari ganti. Mimpi ni pon takde penghujungnya. Entah sad or happy ending. Wallahualam.

P/S: Boleh bikin filem or novel mimpi aku ni. Huhu.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, March 1

bila 'BODOH' terpancul dibibir

8 ribu komen
Aku memang suka kumpul baju selambak. Bukan pemalas ok. Student life, pepaham jela sibuk memanjang. Cukup seminggu dua aku basuh la. itupun sebab baju takde nak pakai. Kebetulan semalam kelas banyak cancel. So sesuai sangat aku membasuh baju yang menggunung tu. Baju² basah bawak dari Tioman tu kang membusuk pulak nanti. Balik kelas pagi tu terus aku humban baju² kotor dalam machine.

Then boleh pulak aku lupa amek baju² cuci kat machine. Petang tu baru ingat. Cis, gara² fesbuk la ni. Sungguh melalaikan. Aku berlari² comel ke tempat dobi. Makaih, ku dah agak! Samdol mana la campak baju aku keluar? Takleh letak elok² ke dalam bakul aku. Paling aku hangen stoken baru lagi mahal aku hilang sebelah, dasar tettt.. Ni kes ke-4 dalam sejarah aku basuh baju gune public machine hilang stoken sebelah.

Aku malas nak bebel panjang. Aku wat style baru, lukis komik. Memang kalau aku bengang aku lukis komik. Pedulik hape aku cantik ke tak. Ni nak kata manga pon tak, katun gila² pon tak, lukisan potret jauh sekali.

siap tahan dengan dagu & lutut nak tampung berat
Dah la tempat dobi jauh dari bilik ampaian. Aku sidai kat dalam sebab selain malas tak rajin nak membasuh, aku juga malas tak rajin nak mengangkatnya. Bawak pulak bakul baju seberat anak gajah. Aku gagahkan jugak dengan kaki sakit, demamnya lagi. Sadis kan? Sampai kat bilik ampaian, memang betul² tak mampu dah. Terus bakul tersbut terlepas dari pelukanku...

kutip².penat je basuh, kotor balek.
Jangan tanya kenapa lukis rambut ala² Korean artist gitu. Bukan Kak Limah Kg Pisang ok. Aku ni jenis rambut malas nak sikat. So serabai sikit. Stylo what. Haha. Tetapi malangnya, rambut tersebut memakan tuan. Ketika aku asyik mengutip baju² yang jatuh. Rambut tersebut telah menghalang 60% penglihatan aku.

cukup tajam sesuai dibuat tombak or lembing
Oleh yang demikian, pandangan aku juga terhalang daripada melihat bucu ampaian yang amatlah tajam pepenjurunya. Sampai sini dah boleh agak what will happen next right? Yeah, lihatlah lakaran kemalangan yang membawa kepada terpanculnya perkataan BODOH dibibir mungilku ini.


Air mata mengalir deras. Segala macam makian diterima oleh si besi ampaian. Tapi aku bukan jenis mulut puaka. Paling hebat pon b***h jela. Binatang² aku tak main. Dosa tau. Akibatnya kini, bila kepala sudah benjol aku dah tak boleh sikat rambut, syampu kepala, pakai helmet, lap rambut lepas mandi, ikat rambut, dan bela kutu pakai cekak.

Adeh! pedih², gosok²..
Hari ini nak sadiskan lagi cerita tersangkut pulak kepala kat bucu payung. Betul² kat tempat benjol. Perghh, wa cakap lu. Perit tak terkata der.Tangkap leleh dibuatnya. Sobbing. Moral of the story, sila sikat rambut kemas² dan ikat rambut ketat². Pakai tudung lagi bagus, menutup aurat.

P/S: Watak katun adalah lakaran semata. Langsung tak mirip dengan aku.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tioman Island [part 1]

4 ribu komen
Sori la lambat update cerita vacation kat Tioman Island tempoh hari. Balik², terus aku diserang demam. Nasib baik, pagi isnin kelas sejam je. Boleh aku rest. Best tak kat sana? Cecite, cecite. Urm.. Seronok. Penat. Lapar. Basah. Panas. Duit habis. That all the words can i said to described it.

Bukan je seronok, sakit pon dapat. Kes mabuk laut sememangnya cukup sinonim dengan aku. Baru jejak kaki dalam kapal dah pening. Bayangkan bila kapal berlayar. Bajet cruise. Memang tak cukop plastik sampah. Rasa macam nak terkeluar organ² dalaman aku. Haha.

Balik² je demam. Sana-sini luka², calar-balar. Budak baik memang cenggitu. Rasa seronok sama balance dengan rasa seksa. Seronok sebab ciptaan Ilahi memang cukup indah, seksanya macam² penyakit dapat. Luka² kat kaki dan tangan. Kulit burn even dah pakai roadblock sunblock. Dah la kita ni tak berapa nak cerah, burn lagi.

terkena sirip ikan time snorkelling
Hari ke-2: Bngkak & bernanah sudah

Hari ke3: Bengkak surut. atett~ sob3

Ini ubat² yang aku guna. Ignore lappy.
Nak cepat baik kena rajin sapu ubat. Budak baik an. Kat sana, excited sangat sampai tak ingat sakit. Balik je, baru terasa. Jalan pon dah terincut² macam si capek. Padan muka!

Next: Something amazing me!
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...