Friday, March 4

Mimpi, selalu aneh² (bhgn.2)

Sambungan daripada entri ini. Aku hampir terlupa. Huhu. Macam² nak dalam kepala sekarang. Kamu lupa² lagi. Nasib baik ada sahabat tolong ingatkan. Tak sangka pulak belog tak seberapa ni ada regular readers. Kembang jap bontot aku. Yelah tengok pada followers pon boleh agak betapa tak femesnya belog aku ni even almost 4 years berkeroncong kecimpung dalam dunia blogging. Kalau ada anak, dah boleh masuk taska pon. Mula la tu nak membebel. Straight to the point sebenar. Mula² susah jugak nak betul² lena. Then entah kapan, mimpi ke-2 bermula...

Gelap. Aku lupa starting dia cane. Huhu.

Tahu² aku berdiri di depan rumah Mak Long. Alah yang bela buaya kuda tu. Klik entri ini. Aku masuk ke dalam rumah, sunyi je. Mana sume orang? Aku ke dapur mengambek pinggan. Then ke meja makan, tengok bawah tudung saji kot² ada pape boleh aku cekik. Lapar kot. Tak ingat makan apa, maybe nasik. Sedap aku mencekik tiba² terdengar someone merengek merengus. Macam orang sesak nafas.

"Mak long.." Ku panggil. Sepi lagi. Aku continue makan. Kuak daun pintu kedengaran pelahan. Ku paling ke arah pintu bilik. Dekat je dengan meja makan tu. Pastu keluar Yaya, sepupu aku aka anak bongsu Mak Long. Baru 17tahun. Sweet 17. Sebaya dengan adik aku. Ditangannya tergengam sebilah parang berlumur darah. Tangannya juga. Muka bengis. Aku cuak.

cilok pix Yaya kat fesbuk
"Hey yah, mu wak gapo bawok golok dale bilik" Speaking aku kepada Yaya. 3-4 tahun jugak nuntut ilmu nak boleh fasih cenggitu. Yaya ke dapur. Ku dengar air sinki dibuka. Maybe dia cuci parang tadi. Aku tak puas hati. Aku bangun masuk ke dalam bilik. Curious jugak aku. Pemende la budak ni buat dengan parang segala. Takkan siang ikan dalam bilik kot. Al-maklumlah, anak pompan tunggal. Kije² dapor kat rumah neh memang kije dia.


Ya Allah! Bukan main terkejut beruk hamster aku dibuatnya. Terkulai tubuh Mak Long dan Pak Long di lantai bilik. Darah diserata tempat. Kat siling pon ada. Aku terkejut. Terkejut dengan apa yang aku lihat kini. Aku mula risau. Risau akan keselamatan sendiri. Tiba² Yaya muncul.

"Yah, mu wak kijo gapo neh? Bakpo demo tu" Kedengaran getar dalam suara itu.
Tiada parang ditangannya. Aku lega dikit.
"Kak, jange ngoyak sapo² deh." Dia menangis.
"Bakpo neh?Bakpo jadi ginih? Acu oyak!" Desak aku. Dia nangis lagi.
Bla.. bla.. bla..

Sori aku lupa² lagi dialog seterusnya. Yang pasti perasaan aku bercampur². Dilemma. Antara menuntut bela nasib si mati atau menyelamatkan nasib yang masih hidup. Keluarga. Bila disebut perkataan ini tiada lain yang lebih berharga. Tidak boleh dicari ganti. Mimpi ni pon takde penghujungnya. Entah sad or happy ending. Wallahualam.

P/S: Boleh bikin filem or novel mimpi aku ni. Huhu.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

2 ribu komen:

IntanBerlian said...

pi wat novel laaaa. huhu. aku dok paham kecek kelate =P

✖sLp mE pLz™✖ said...

dok pehe gak, tido haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...