Friday, March 11

Tioman Island [PART 2]

Tioman Island [PART 1]

Sampai kat resort pantai Genting, terus kitorang dibriefing pasal perjalanan aktiviti hari ini. Aktiviti pertama snowkeling SNORKELLING. Sigh. Ingat dapat la diving ke. Tinggal harapan sebab diving kena ada lesen. Kalau nak wat jugak mesti follow their course first. Snorkelling pon ok la. Ala² dive je pon.

Aku ni tak berapa suka pakai safety jacket. Bukan bajet reti swim sangat. Tak selesa. Lagi² part pasang tali kat celah bontot kelengkang tu, alah malu la. Aku pakai bila kat dalam air je. Nak naik darat aku bukak la. Overall best la jugak. Pantai Tioman memang cantik. Air biru jernih. Nampak pasir kat dasar. Lagi cantik dari pantai kat Langkawi, Desaru, pendek kata pantai² yang aku pernah pegi Tioman paling cantik. Subhanallah. Lagipun tak ramai penduduk kat sini. Macam pulau baru teroka. Pembangunan pon tak banyak. Banyak yang dalam pembikinan. Memang sesuai sangat untuk sesape yang nak carik jodoh ketenangan.

At first kitorang naik speedboat ke Tekek. Jalan² tengok kampung, tengok orang² pulau, shopping², snap² gambo. Yang aku nak cerita ni masa naik speedboat. Amboi bukan main cop tempat depan sekali. Dah start, hambek ko! Macam nak terbang nyawa. Dari depan teralih sampai tengah bot. Ketar tangan² paut kat pemegang. Basah lencun lagi dek kena percik air laut. Macam dalam cite stunt pulak. Yang bagusnya, mabuk laut laot pon hilang.

Then, kitorg teruskan perjalanan ke Taman Laut. Sampai je kitorang masuk Taman Laut Tioman. Sesi snap² pictures again. Aku tak ambik tahu sangat pon exibition kat situ. Boring. Macam lawatan sambil belajar kat sekolah je. After that, terus kitorang dibawa ke area snorkelling. Tengok ikan² dari jarak dekat. Ada rezeki dapat la pegang. Tapi aku bukan setakat rezeki pegang, siap kena gigit lagi. Habis kaki tangan aku, macam pirahna pulak. Pedih kot. Tapi syok dapat swim sekali dengan ikan², comel sangat. Geram. Diorang pon friendly. Tak takut manusia. Geram je nak tangkap bawak balik.

Photobucket
Macam puteri duyung an? *blushing*

Then continue snorkelling kat Marine Island pulak. Pulaunya kecik je. 20 orang naik dah tak muat sepulau. Haha kecik sangatkan? Kat sana kitorang tengok perempuan coral hidup. Cantik sangat. Tapi yang bahayanya sebab pulau tu kecik, so dia tokleh hadang angin. Bila kitorang gerak jauh sikit, nanti hanyut terbawak ombak. Yang boleh berenang ok la, itupun dengan sepenuh kudrat nak lawan arus. Apatah lagi yang noob cam aku ni ha.

Photobucket
Marine Island yang comel
Sedang aku syok² snorkelling tengok coral, tak perasan pulak dah jauh dari group. Itupun after guide jerit² panggil suruh back off. Aku pon ikut jela. Aku terus swim naik bot sebab penat lawan arus. Pastu guide tu cakap, nampak shark tak? Spesis apa aku tak pasti. Memang guide tu ada cakap ada shark kat area tu. Katanya tak bahaya. If kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Cuak beb.

View more pictures here.
P/S: Kalau aku rajin aku continue part 3 ok.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

2 ribu komen:

Botak said...

cambest je siap ade jerung., boleh join jerung berenang sekali., hahahahaha...

✖sLp mE pLz™✖ said...

a'a.. sonok sgt swim ng shark..
cm cite shark tale plak haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...