Sunday, April 10

Sekebun Cinta Nan Berbunga

Tajuk entri itu tak penting. Straight to the point, ada sesiapa nak tolong kemaskan bilik aku yang dah jadi tongkang pecah dilambung ombak rindu tsunami ni? Aku sendiri terkejut kot. Punyalah takda masa sampai tak sedar bilik dah jadik macam sarang tikus. Ini kalau kat rumah mau kena balun dengan penyapu dengan mak aku ni. "Anak dara apa ni? Camni tak bermenantu la aku!" bebel orang tua itu. Dah boleh hafal dah dialog beliau ni. Hoho, maaf ya bunda.


Kenapa leh jadi camni? Haa angkara assingment yang melampau banyaknya. Aku pon tak sempat nak manage diri sendiri. Baju pon tak sempat berbasuh. Guna mesin pon tak sempat apatah lagi guna tangan. Dobi lak jauh nak mampos. Inilah akibat buat kerja last minit. What ever it is, yang pastinya kerja yang diberi akan siap jugak on time. Setakat ni tak pernah lagi aku tak siap kerja. Tapi separuh mampos jugak la nak siapkan. Haha. Yang ini paling dasyat. 4 assingmnt to submit in a day then plus test lagi. Memang 4 hari juga aku main tidur 2jam. Sampai mata pedih. Nak celik tengok orang pon susah. Dengan event lagi. Itu nanti lah aku cite. Hari ini, habis je event. Rasa macam dah merdeka. Memang inilah saat yang aku nanti²kan selama ni. Itulah.


Bangun tidur tadi, kepala terasa sakit. Selsema lagi. Meleleh hingus ni sampai naik pedih hidung mancung aku dok tadah dengan tisu cap Giant. Adoyai, janganlah demam. Huhu. Mak ayah jauh ni. Sakit² sekarang takda orang nak jaga. Kesiannya kamu. Kena kawin cepat² ni, baru kau terurus sikit ni Teja. Yelah, aku kena kawin cepat ni. Calonnya?

p/s: asal aku taip semua ni? rasa macam bukan aku la. **mamai
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

2 ribu komen:

Eza said...

ahaks..bilik kamu dah selamat berkemas? :p

Latest entry: Birthday present from Nuffnang :)

tasekM said...

salam singgah.

last minute la baru true ye dak...?

:)




z = 18.



.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...