Monday, May 30

Libresse sangat best dipakai. HAHA.

You turn me from nothing to a girl
who's super-something
Bait-bait lirik OST Libresse: Super Something by Yuna ni. *Wah, iklan pun ada ost gitu!* Title entri macam biasalah, memang mintak pelempang. slpMeplz as always.

Actually, kalau nak diikutkan cerita ni dah basi pun. Tapi aku nak story jugak kat sini, pedulik hape aku an. Belog sapa ni?! Opah kau ke? Al-kisahnya beberapa minggu yang lalu *maybe beberapa bulan juga* adalah kempen... takda la kempen sangat, booth la. Booth untuk kita² aje, untuk perempuan. Hehe. Ni yang best jadi perempuan ni, serba-serbi special.


Seingat aku petang tu aku pegi fakulti *kes pelajar bermasalah* sengsorang ni. Nampak dah booth tu, tak menyempat nak singgah sebab ramai giler. Siap ada check point, check point nak masuk tu. Mengalahkan karnival JomHeboh. Aku blah, malas aku nak bersesak-sesak. Then on the way balik, aku singgah juga booth tu sebab nampak dah lenggang sikit. Time tu dah petang, booth pun nak tutup. Dan-dan je aku sampai tu terus kena tarik masuk dalam booth...

Yeahh, kita mendapat pelawat yang ke-30. Tahniah dik!

30? Tiga puloh? Lawak apakah ini?! Reramai tadi takkan 30 je? Nampak beno nipunye. Layan jela aku pun, dapat hadiah free kot. Tapi untuk memenangi hadiah misteri tu kena buat task. TASK. Arhhh, part ni sangat tak best. Jangan dia suruh aku shuffle dah la.

Serabut bebeno amoi ni, penat agaknya dok explain benda sama dari pagi.
Task dia tersangatlah triller dan ngeri. Adik-adik yang dibawah umur jangan tiru aksi ini dirumah. *ada ke adik-adik baca belog kau?* Macam aku cakap tadi, part ni paling tak best. Tasknya, aku kena LUKIS INAI dimana-mana bahagian anggota badan aku, yakni bukan dikawasan yang sensitip la bongok! Otak suka fikir biru-biru.

gigih amoi ni melukis inai
Demi hadiah misteri yang tak berapa misteri tu *booth Libresse, takkan bagi hadiah Kotex pula an* aku gigih juga layan si amoi tu lukis inai walhal sedia maklum aku memang tak suka pakai inai sejak azali lagi. Last pakai pun masa umur 8tahun kot, pastu dah tak pakai sebab nampak buruk sangat. Berbulan juga aku makan nasi bersuap. Takut tengok tangan sendiri.


Sepatutnya aku kena buat 2-2 belah tangan tapi aku bagi alasan kulit tangan kiri elegi inai so amoi tu pun lukis sikit jelah kat tangan kanan aku. Kalau tak penuh macam pengantin hindustan inai kat tangan aku ni. *bendul juga la amoi tu percaya cakap aku* HAHA.

Hasilnya, no bad.

Hasilnya seperti dalam gambar. Cantik ke? Boleh la, inai budak-budak an. Tapi sebenarnya tak elok an kita pakai inai cenggini. Hukumnya boleh jatuh haram sebab menyerupai tatu dan dikuatiri wudhuk kita tidak sah even dia tulis halal. Biasalah tu tektik orang meniaga. Dah tu, kenapa kau buat juga?! Bodohlah kalau semata-mata nak hadiah free tu! Pasal hadiah tu betul juga, tercabar pun ada juga tapi memikirkan aku tengah *** masa tu, bak orang mengantuk disorongkan bantal ATAU lebih tepat lagi bak orang period diberikan pad free. HAHAHA. Bijak tak aku?

Tangan kiri kena cop tanda lulus ujian.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

1 ribu komen:

ASaDa RyutaRo said...

asal la budak tu serabut sangat ghupernya? adoiyai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...