Wednesday, June 29

Wordless Wednesday #1

6 ribu komen

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Monday, June 27

best friends even when things get messy :]

2 ribu komen


if you find someone else
just go
if you find a friend better than me
go ahead
i won't stop you
but
when that person leaves you
look behind
i will be there for you
to slap you
and ask you

"will you leave me again?"

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Sunday, June 26

being in seventh heaven again

2 ribu komen
**kesinambungan dari entri MPPB The Series [Ep.7]

terbaca balik entri tersebut
aku terperasan sesuatu dalam PrtSc komen dibawah ini
ada salah paham berlaku disini rupanya
*kau je yang salah paham weh*

click pada gambar untuk tumbesaran
haa.. semput.. (tipu)
Nora Elena ke Maria Elena?
yes, its maria elena lorh
*mahu speaking juga*
so bukan nora elena seperti yang disangka
om emm gi!
who is she?
maria tan kacuk nora elena ke?
 untuk menguraikan kekusutan yang ada
aku berjumpa dengan pakar internet aku
my beloved Uncle Google
ketak ketuk aku menaip mencari siapa pemilik nama maria elena
dan muncullah..
jeng.. jeng.. jeng..
click pada gambar untuk tumbesaran
speechless
lepas ini konfem aku kena pakai purdah kalau keluar pegi memana
she got 16646 followers and 54794 people with her on facebook
mana tahu ada fan maria elena attack aku
bala tentera aku ada berapa ramai?
tak sampai 300 
itupun belum tentu nak bekap aku
akukah yang newbie?
newbie itu confirmlah noob
tapi
aku dah 4 tahun bergelumang dengan dunia blogging
empat tahun oke
macam mana aku boleh tak kenal maria elena
oke bukan sebab dia tak cukup femes
mungkin aku yang anti social kot
*jawapan selamatkan diri*
by the way, muka kitorang sama ke?
cepat cepat stalk gambo aku sekarang

mohon izin tepek gamba cik maria disini *skema*
perghh public figure beliau ini
*bangga 3 minit*
tapi memang tak tercapai di akal ku ini
aku tak pernah pun pakai tudung cenggitu
ini standard hana tajima boleh lah
aku ni hana takjadi *muka serius*
jauh unggun panggang dari api kot

berikutan salah paham ini
kasihani sangat Siti Salehanyer la adhoi *ah chai*
tak memasal kena potocop dgn aku
habis berjerawat muka beliau aku kerjakan

sebelum
 kali ini bukan setakat purdah
aku kena pakai helmet juga perisai kalau ke mana-mana
she got 80 742 people with her on facebook oke
so
16646 + 54794 + 80742 = __?__
ermm..
arghhh kiralah sendiri berapa
aku lemah betul bab kira kira ni

jadi untuk menebus kekhilafan aku
meh aku tepek cream Oxy 10 dengan maximum strength
bagi clear segala jerawat jeragat batu bata atas muka beliau itu
 urmm..
|
|
|
|
iskh.. iskh..
|
|
|
sikit lagi
|
|
|
|
heeyah..
|
|
|
\/
dan tadaaa..

selepas
oke dah cantik semula dah
kulit licin suci murni tanpa jerawat dan jeragat
puas hati?
skali lagi ampun dan maaf ku pohon
kepada semua fan nora elena mahupun maria elena
lepas ini tamo kaitankan aku dengan public figure lagi oke?
babai

p/s: tajuk entri ini saja boleh lawan maria elena HAHA

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Saturday, June 25

MPPB The Series [Ep. 7]

5 ribu komen
Kita dah baca pengalaman Siti Nur Sarinah binti Sariman tempoh hari. So kali ini, cerita pengalaman aku pula. Petang itu, petang yang sama Siti Nur Sarinah hambat kambing tu. Aku ingat lagi memang petang tu aku betulbetul naik angin sampai malamnya, aku perasan naik 3 bijik jerawat batu diwajah jelita aku ini.

beginilah rupa aku bila naik jerawat
Dari pagi, aku lakukan duty seperti selalu. Semuanya berjalan lancar seperti yg dijadualkan. Cerita bermula tengah hari tu. Lepas lunch hour, pukul 13.50 kami fesi blok kena escort bebudak dari asrama pegi tempat aktiviti diorang. Kebetulan ada sorang budak ni kena tunggu kat asrama kes rumet dia kena gigit biawak tikus. Alah yang ini tunggu lain entri aku citer. Skip story.

Setel hal kat asrama. Dalam pukul 15.30 tu aku bergerak ke tempat aktiviti. Dalam jadual, aktiviti habis pukul 16.00. Jalan sepanjang susur gajah tu aku nampak kelibat beberapa orang pelajar lelaki, dan perempuan menuju ke asrama. Aku tengok sekitar kotkot ada fesi jaga ke apa. TAKDA. Aku call si polan tanya mana fesi bertugas ni? Kenapa budakbudak balik asrama? dan bla.. bla.. bla... Semuanya soalan berbentuk pertanyaan.

Aku pun kejar bebudak tu semua, hambat suruh pegi surau sebab setahu aku lepas habis aktiviti kena solat Asar berjemaah kat surau kolej. Aku terjerit terlolong kat situ. Muka masingmasing tak puas hati, aku buat muka garang. Jaga tengahtengah laluan ke asrama tu macam polis trafik ni.

Then adalah sekor pelajar ni, dgn muka tak puas hati datang kat aku. Oke, ini kes kurang hajor. Juga aku cerita dalam lain entri. *kalau aku igt HAHA. Skip story.

Dalam 10minit lepas tu, muncullah si polan dan si polan. Kemudian aku citer permasalahan disitu. Then datang lagi beberapa fesi lain. Masa tu cuaca macam nak hujan. Adalah beberapa student perempuan ni minta balik asrama. Seribu satu alasan. Lupa bawak telekung, nak angkat kain baju bersidai, lupa bawak purse, tertinggal fail, nak amek nasik pun ada. Macammacam. Jawapan aku satu je, "TAK BOLEH!" Tegas tak? Garang? Ke kejam? Fasi taik kucing!

Setel kat situ. Aku bergerak ke banquet. Sampai tengah padang, dalam pukul 16.00 suku kot, ramai lagi yang berjalan lenggang kangkung. Yang catwalk pun ada. Siap gelak ketawa dengan kawan baru. Yelah, dah dua hari orentasi ni mesti dah jumpa kawankawan. Tengok jam, kejap lagi dah nak masuk waktu. Aku yang sememangnya tgh panaspanas sebab penat kat asrama tadi lagi tak habis. Dah lah klustes C tu jauh. Aku hambat bebudak ni suruh cepat. Macam citer Siti Nur Sarinah tula. Tapi diorg ni tak makan dek arahan aku. Apa tak cukup garang ke muka ni? Suara aku rasanya cukup untuk didengari satu Kuala Pilah tu.

Then aku tengok sekeliling kotkot ada fesi. Ada. Juga tengah jalanjalan bersamasama pelajar. Haiyo. Apa lagi, dgn fesifesi aku sergah. Apakah aku buat sorangsorang berdiri tengah padang itu kalau ada juga fesi yang lain nampak perkara sama tapi do nothing. DO NOTHING. Kemudiannya ditambah dengan arahan yang bertukartukar setiap seminit rasanya. Pening. Marah aku lagi. Pening lagi. Tapi ada juga yang lucu, kelibat ketua Biro Kerohanian menggeletek hati. *BM sangat ayat ni Si polan berlari dengan berkain pelikat berulang kali dari surau ke DSG. Haha. Nampak serabut sangat dia. Aku lagi serabut dengan situasi kucarkacir tu. Semua orang juga sangat kabut lah petang tu. First day bertugas katanya.

So tersebutlah kisah, kak Teja garang dan bajet senior sangat. HAHA. Ada fesifesi yang aku suruh ikut budak tu, panggil budak ni, hambat budak tu, sergah budak ni. Dengan muka inesen tu, blur pun ada haa.. BARU nak bukak mulut cakap "Adik, cepat-cepat" bak kata Siti Nur Sarinah. Siapakah fesifesi itu, serius aku sendiri pun tak ingat.

Then sampai kat astaka. Tempat pengumpulan pelajar tak solat. Bukan malas or tak reti solat. Kena panah petir jugak kang. Yang ehemehem la, jangan buatbuat tanyalah. Terajang usus tu kang! *emo Haa, ini lagi satu cerita. Ramai gila, gila ramai gegurl yang tak boleh solat ni. Konfem ada yang try nak klepet fesi. Aku dah masak sangat dah perangai bebudak ni. Bila penat, malas tu menjadijadi la. Sebabkan perkara inilah kitorang jalankan Ops Datang Bulan. Oke, yang ini juga aku cerita dalam entri lain. Insyallah. Skip story lagi.

Okeylah, panjang sangat dah ni. Mahu tahu apa terjadi seterusnya, yakni kemuncak kepada kemarahan Kak Teja? Dan juga semua story-mori yang kena skip tadi? Tunggu...

P/S: Orang kata aku ada iras Khatijah Tan Fauziah Ghaous tapi bila aku tilik-tilik depan cermin ajaib, muka aku ni more to Lisa Surihani. Tak percaya? Scroll gambar diatas. Sama tak? Urmm..
 
kena ada jerawat juga baru nampak ada iras aku sikit
*konfem ada yang muntah hijau
eh. eh ada lagi lah..

click pada gambo untuk tumbesaran
muka macam Nora Elena pulak? Siti Saleha lateww
ini paling tak munasabah sangatlah
tapi aku suka HAHA *bangga 2 minit

haa yang ini special
wa tacap lu lebih sikit jerawat dari yang lain
sebab
wa benci lu romantik romantik dengan Seth Tan wa

What ever it is, i will take it as a compliment. Nasib baik semuanya cantik cantik. Gamaknya samakan aku dengan Rosnah Mat Aris? Memang makan lempanglah makhluk tuhan tersebut.  Alhamdulillah dan insyallah, aku akan jaga anugerah Allah beri pada aku ni sebaiknya. *hafal doa tengok cermin. Aku bet lepas ni korang mesti nak kelebet gegambo aku pastu compare dgn artis an? HAHA


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Konsert Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 [PART1]

2 ribu komen
status fesbuk terkini: ‎ 
Ye! Ala la la sukanyeee~ ALHAMDULILLAH,This is the best bro. Seperti yang dijangka, Sepah Raja Lawak adalah Maharaja Lawak yang kita cari.Tak Gitu Ling~~. Oleh itu, Ingat lah tuan2 dan puan2 !! maka'nya haa !! kita. haa Sempot.

|SEDIH|
yang tak dapat tiket free ke konsert
yang tak ada astro kat rumah
yang tak langgan astro mustika
yang tibi ngumah dia rosak
yang tak register kat GuaTv.com
AYUH!
kita serang 'tiubkau' sekarang!

Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 Nabil Part1


Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 Jambu Part2


Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 Sepah Part3


Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 Jozan Part4


creadit to: berukben tmnet dan tm-hotzone

UPDATE:
Konsert Maharaja Lawak Akhir Minggu 13 [FULL]


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, June 24

MPPB The Series [Ep. 6]

2 ribu komen
Pengalaman. Kalau nak cerita pengalaman memang memacam la. A million stories created just in a week. Kalau nak cerita satu persatu boleh jadi novel. Rasanya kalau ada yang tanya, puas dah dengar cerita aku. So aku nak dengar pula cerita orang lain.
sumber: profile picture Sari di fesbuk
Siti Nur Sarinah binti Sariman atau nama manjanya, Sari ada menceritakan pengalaman beliau jadi fesi ni. So aku nak abdikan dalam belog aku ni, kot boleh jadi kenangan anak cucu dia or fesi-fesi akan datang. Mari kita ikuti kisah beliau...
Aku lagi best kot ngn si polan. Kitorang terjerit2 dua ekor kat tgh padang suruh budak2 cepat. Si polan kejap kat padang kejap kat depan kopsa halau budak suruh cepat pegi sembahyang asar. Yg aku kat tgh pdg sorang2 handle suruh pegi sembahyang cepat. Pening kot kejap smbhyg surau kejap smbhyg DSG. Sampaikan ada budak mengeluh, "Apa ni kak? kejap smbhyg kat surau kejap smbhyg kat DGS. Mana satu sebenarnya ni?" Aku jawab senang je, "Follow jelah adik oi apa diorang suruh. Akak pun pening korang kena smbhyg mana sbnrnya."

Tapi best kot duk tgh padang tu berdua dgn si polan. *gatal! Dah macam pengembala kambing halau kekambing masuk kandang. Kelakar pun ada jugak masa tu. Cuba bayangkan aku sorang duk tgh padang terjerit terlolong, tak ke macam org giler je kalau org lain tengok. Hahaha..Tapi kenangan kat padang tulah paling best..hahahaha.. *gelak miang! Betul lah time kat padang tu best giler. *dia ulang lagi ayat ini. Bukan sebab aku jaga padang dgn si polan tapi sebab perangai aku ngn student2 baru kat padang tu. Haha.. *ayat cover

Kalau citer kat sini macam tak kelakar je dibaca tapi aku nak jugak citer. Pukul4 aku berdiri kat tgh padang tu sambil jerit, "Adik cepat, cepat!" Banyak kali kot aku cakap kat bebudak ni. "Adik-adik cepat sikit boleh tak? Diorang dah nak habes smbhyg dah pun.." Dan diorang percayalah pulak katakata aku tu kan *sebab memang muka akak ni muka kaki tipu punya Mau semua bantai berlari ke DSG, ada ke surau. Hahaha.. dgn budak lain aku cakap "Adik, cepat sikit! Diorang dah rokaat ke-4 dah!" Lagi sekali masing2 lari mcm kambing kena kejar dgn kayu. *kayu kejar kambing? erkk.. Aku cakap kelakar sebab time tu baru pukol4 dan diorang pecaya cakap2 aku. Haiyo..klakar budak2 ni. Paling best, aku cakap kat budak2 pompan, "Adik, sape lambat akak suruh korang jadi imam kat DSG tu." Lagilah kencang masing2 berlari nak cepat sampai.Sengal lah, sakit2 perut aku duk tgh pdg tu gelakkan diorang. Aku cakap benda yg same kat budak2 laki skali ada sorg dak laki ni pandai kemain pegi tengok jam dan dengan selamba je dia cakap, "Akak baru pukol4 suku. Belum masuk waktu lagi pun." Then ada tu budak laki tanya, "Akak tak smbhyg sekali ke?" Sengal. Haha..
HAHA. Oke, kelakarlah jugak. Pening pun ada, banyak sangat dialog dalam cerita kau ni Sari. Sokay. Pahamlah jua aku pun. At least bebudak tu dengar cakap kau. Yang aku ni, sampai berkudis berbuih mulut suruh cepat. Diorang buat dono je. Memang menyirap darah aku petang tu.

Kenapa darah Kak Teja menyirap? Sebab tak dapat minum sirap kegemarannya kah? Atau kau ada darah tinggi? Mahu tahu kisah selanjutnya? In the next episode... zass!


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Wednesday, June 22

doodle Oh doodle

11 ribu komen
salam semua.

aku baru je balik dari blogjogging ni. then tadi ter'blogwalk'ing di belog pakar doodle kita, encik azmeer ahmad shahruddin. Alah yang famous amos dengan doodle beliau yang comel itu. Zme pernah buatkan doodle untuk awek kakak kesayangan dia ni. *mata pandang atas, tangan didada, lidah terjelir.

Photobucket
comel kan? tengs to Zme

highlight entri: koleksi doodle from Zme

kata Zme, "Akak the only one yang ada dua version doodle~ :P" Wah bangga dua minit. HAHA bodek lateww. sokay, memang semua doodle kamu cumamcumam semuanya. so untuk mengelakkan aku mati dalam kebosan, tetiba je macam tergerak hati dan jari nak try men'doodle' jugak. then i try follow the tutorial provide there. *beroken ingelish

doodle in progress

lala..
.
.
erkk..
.
.
urmm..
.
.
.
haaccumm! excuse me.
.
.
lala..
.
.
urmm..
.
.
urghh..
.
.
ish..
.
.
ish lagi..
.
.
.
arghhh..
.
.
.
.
oke, 4jam kemudian..

Photobucket
my first doodle *terharu*
Tadaaa.. HAHAHA. aku cium lempang sesapa ketawakan doodle aku ni. aku sorang sahaja yang boleh gelak. *Can't we call it as doodle? YES, YOU MUST!

Sorry, i'm really bad in coloring. i tried my best already but.. urghh bosan bertukar stress! stress sebab doodle aku jadi dodol. lain yang nak dibuat lain pulak yang jadi. patut jadi gadis muslimah yang comel tapi ni jadi snowman pulak. Oke brader, wa respek la lu terer buat menatang doodle ni. Tak sesenang seperti yang disangka rupanya.

Walaupun tak secomel doodle Zme, sokaylah. aku dah buat dengan gigih kot. tak makan. tak minum. tak mandi. tak tidur. tak layan fesbuk. tak layan call. tak layan sms. sematamata nak siapkan doodle ni. If doodle aku ni membuatkan anda jadi anti pada doodle. sorrylah, i promise you ini first and the last doodle i ever do. serik nak try lagi. sekian.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

ceritera katak kecil

4 ribu komen
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil sedang berlumba lari. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta. Perlumbaan dimulai...

Secara jujur, tak satupun penonton benar-benar percaya bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.Terdengar suara-suara: 

"Oh, jalannya terlalu sukar !!Mereka TIDAK akan sampai ke puncak." 

"Tidak ada kesempatan untuk sampai...Menaranya terlalu tinggi...!!"

Katak-katak kecil mulai jatuh. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi, tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak.

"Terlalu sukar !!! Tak seorangpun akan berjaya!" Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah... Tapi ada SEEKOR yang melompat hingga semakin tinggi dan tinggi... Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak! SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?nSeorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? 

Ternyata katak yang menjadi pemenang itu PEKAK.

 
Nota: Moralnya jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu.




p/s: Aku suka story ni, sangat motivasikan aku. Sori, ayat macam berterabur sikit. Kita ini banyak sangat buat keputusan sebab kata orang. Apapun terjadi tetaplah selalu POSITIVE dan yang penting, buat PEKAK jika orang kata kau loser or bodoh macam bingai. Nothing is impossible oke. 

sumber: mawar harum @facebook 

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, June 21

MPPB The Series [Ep. 5]

6 ribu komen
Jom masuk gosip-gosip hangat sepanjang minggu MPPB. Suka sangatlah kau an. Lagi-lagi gosip cintancintun ni. Oke, aku ulangi INI BUKAN belog BeautifulNara or Oh Bulan ye. Sorry, aku takkan sentuh gegosip cenggitu. Hampa. Sukati kaulah. Kalau nak tahu sangat pegi geledah kat group lantai sana. Jangan bikin kontroversi kat sini. Nanti series ni kena band pulak.

So chitchat kali ini bersama gossip girl yang lebih celupar dan bermulut longkang iaitu Siti Rahimah Rejab (Jemah) *Mak Jemah femes oke! dan sahabatnya, Latifah Abdul Ghani (Tipah). Dialog kali ini banyak yang kena sensored bagi mengelakkan penyakit kaki, kuku dan mulut.

Jemah: Gosip??erm tak suke ***...grrrrrrrr~~

Tipah: Sgt tak suke ***! Kami *** asyik kena attack je dengan ***. Aku fire jugak *** kang..huh

Harap maaf, dialog seterusnya tak dapat disiarkan sebab takda cop SIRIM dan tiada kebenaran halal dari pihak JAKIM.

TJJ: Jadi sejarah MPPB kali ni aku naik angin.. Banyak kali pulak tu.. huhu.. kesian la fesi-fesi yang kena tengking dgn aku aritu. entah sempat tak aku mintak maaf kat semua.. *serius, rasa sangat bersalah tika ini.

Tipah: Kau mengamuk dgn sapa Teja?? Fesi mana satu?? *** ckp kat aku, dulu tak pernah kot jadual berubah-rubah. Hari isnin tu keluar jadual its fix sampai hari jumaat tapi yang ini tetiap hari jadual bertukar. Tak paham btul tapi paling tak puas hati dgn *** lah. Perghh, angin je tengok dia tu. selalu sangat miss communication..

TJJ: HAHAHAHA. aku pun ada dengar pasal *** tu tapi xnampak depan2 kan.so xtawu apa yg budak2 ni xpuas hati. bila tanya diorang xcerita pun kat aku.. aku pun ada je miss kerja tapi janganlah sampai menyusahkan org lain. aku bkn jenis perfectionist, tapi cukup pantang orang yang xreti buat kerja dia then menyusahkan orang lain. kalau xtawu nak buat apa BERTANYA.. Jadi macam ***, dalam sehari tu ada dekat berpuluh SMS/call dari dia aku dapat tanya itu ini.. aku lagi suka orang macam tu, biar lambat asal kerja jalan.. bukan yang dah xtawu nak buat apa, lantak dia laa... muka aku berjerawat teruk gara2 orentasi hari tu.. huhuhu..

Ini gosip ke luah perasaan? HAHA. Then aku sambung lagi..

TJJ: Ni kalau aku cakap ni korang jangan kecik hati, aku xtuju kat sapa2. aku cakap ni pun utk diri sendiri jugak.. ada masa kita main2, ada masa kita serius.. kalau aku serius nanti korang takut sebab muka aku kalau tak senyum nampak  hodoh mcm harimau betina kan?? hahaha... sebab tu la aku selalu buat lawak bodoh, kadang2 xlawak pun. So korang tak rasa kekok.. korang ingat aku sesaja je ke kepoh2, wat2 lawak tu semua??

Jemah: okey..bak aku sambung.. aku nak campur tapi mcm ramai yg xsuke aku lead kan.so aku pun ikut arahan org laen.ade satu hari tu, mandi after hantar sume pelajar ke surau.ade yg merengek sakit itu ini..lagi tambah panas dibuatnye.. Yg jadual tu pulak mcm menyusahkan semua fasi.hari2 nak kene pergi banquet usyar perkara baru. tak professional. bile takde org guide budak, mula la marah kata fasi xbuat keje..so then?the leader must be good first utk anak buah tgk kerja dorang pulak. ni tak, ada yang bergelak ketawa je aku tgk dalam banquet. so, mesti lar akan ade yg tak puas hati. semua nak sentap termasuk aku.. aku rasa time yg kat ASTAKA tu, memang tuu lah luahan hati aku. aku dengar semua cerita macam lega thats mean bukan aku sorang je rasa mcm tu.ade jugak orang lain yg rase mende yg same..

syok kalau ada service camni untuk fesi time orentasi
Harap maaf, sekali lagi dialog seterusnya tak dapat disiarkan sebab takda cop SIRIM dan tiada kelulusan halal dari pihak JAKIM. Panas, panas, cukup panas! Fasi memang suka bikin panas.  Rasa macam nak !@#$% entri ini? Sila refer back to PROLOG. So sampai sini sajalah. Kita sambung dalam episod akan datang. Apa pula topik gossip girl kita kali ini? Tungguu..

Entri lepas: [Prolog] [Episod 1] [Episod 2] [Episod 3] [Episod 4]

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Monday, June 20

MPPB The Series [Ep. 4]

0 ribu komen
Entri lepas: [Prolog] [Episod 1] [Episod 2] [Episod 3]

Perbualan antara aku bersama Che Wan Selamoh dan Meriam Jonet semakin rancak lagi dengan topik yang lebih hangat. Perempuan, bila bercerita itu kalau boleh ditulis dapat berjilid-jilid bukunya. Aku akui ini.

TJJ: so stakat akak jadi ketua kluster C ni ada pape ke korg x puas ati?? cakap je, akak open. so i know my mistaken to be improve in the fture?? bkn stakat ketua kluster C je, as a fesi juga. mungkin korang ada terfikir akak ni byk mulut ke, kaki gebang ke, cakap xserupa bikin ke.. gtawu jela..
*cubaan merendah diri seorang senior

Yam: serase saya. akak, kak fafau, kak bee, kak adib and so on dah jalankan tugas. xda rase xpuas hati langsung..rase bahagia je ade kakak..haha.. *cubaan membodek seorang junior

AMARAN: kepada kau yang bernama FAFAU FARAH sila jangan teruskan pembacaan anda kerana ia bakal mengguris hatimu.

Semah: kita nak sgt salam kak teja hari akhir tu. huhu.. sedih2.. kitorang yang naik bas ni mampu dengar ucapan dari sms je yang disendkan oleh kak teja kat..err alamak lupe plak name akak tu.. *kesian kau fafau kite ingat kak ocah je. cehh air mata mcm nak meleleh ni sambil ditelinga lagu selamat tinggal dari zizan and dina berkumandang... *lagu tu mengingatkan aku pada satu post Abang Bulat dalam group alumni

TJJ: tu lah pasal.. jangankan kau, kak ocha dgn kak fafau pun akak xsmpt jumpa sbb oversleep huhu.. akak ingat nk iring korang balek pagi tu tp tak kesampaian so, akak send la sms madah rindu kat kak ocha wakilkan.. sedih sangat2 tu, nasib baik tak merembes je masa taip msg tu..

Semah: tau tak pe..kita pusing2 kat depan matrik tu carik akak sebab kita nampak kak ocah. sekali tanya kak ocah "kak teja mne?" dia ckp "kak teja tido". Pehh sedih giler time tu sebab akaklah kita jadi excited nak pegi fesi hari tu. Sekali hari akhir tak dapat salam je apa ke..huhuhu..

TJJ: sokay2, nnt bebila kita hang out sesama.try la lepak sekali dgn fesi2. lagipun time lepaklepak tu kitorg xde la borak apa, akak pun xde la baik dgn semua fesi. ada yang xpnh bercakap langsung tp bila lepak sekali, rasa macam balik raya. duduk sekali dgn sedara-mara. datz we called a family.. so kalau fesi2 buat gathering korg join jela, xpyh malu2 taik. kita an 1 family, klu korg sepikan diri nnt we ols lupakan korg. bila we ols lupakan korg so jgnlah terasa kalau ada progrm kitorg xajak.. akak ni even kt pahang, gigihkan juga diri ikut gathering kt KL tu.. tp re-U yg akan dtg ni xboleh la sbb akak ada program.. dah la akak cabut lari seminggu aritu smata2 utk fesi ni..

bersama panda Gugu Errani yang sempoi
Amboi kemain lagi aku berceloteh panjang lebar. Terserlah kematangan aku disitu ye. HAHA. Korang yang follow series ni mesti cakap, "Ah kau ni berlagak sey. Bajet bagus la tu. Dasar !@#$%.." Tipu la takda tapi under control la. Apa yang aku kata, apa yang aku fikir mungkin tak semuanya betul. Itu pandangan akulah, apa yang aku rasa. Belog aku an, suka hati aku la. OK! *opah kau!

Next episode: Gossip girls menunjukkan body belang. Takda yang lagi hangat selain daripada gosip-gosip liar sepanjang minggu MPPB, betul tak? Uishh penaip pun tak sabar nak taip, anda apatah lagi. Tungguu..

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Saturday, June 18

dari Kuantan Pahang ke Rome Italia

4 ribu komen
Aku beboring ni terasa nak citer pasal journey balik ngumah aku kat Italy tempoh hari. Lapuk dah la citer kau ni wey, citer lain la! Yg lebih terkini dan berinfomasi takde ke? Hey, ni belog opah kau ke? Sukati akulah. *kemelut jiwa ni namanya

Actually sehari sebelum tu aku eksiden motor. Eksiden apa ni TJJ? tak tahu menahu pun. InsyaAllah, lain entri aku ceritain oke. Skip story. So sebab rasa bersalah, trauma, takut mati pun ada. Tak sempat nak mohon maap kat mak ayah. Ditambah kekawan aku semuanya balik kampung, so aku pun nak baliklah juga. Gamble jela pegi terminal petang tu, ada ke takda tiket belakang kira. Dengan kaki terincut-incut dan berselipar jepun aku ikut Wan Nor Ainie dan Siti Hajar Che Daud ke terminal. Diorang balik Kelantan, tiket dah beli awal. So tak fikir banyak la. Satu je, mereka sangat caring ye. Yelah, sanggup susahpayah dgn OKU ni. Usung beg turun naik tangga, lintas jalan lagi. Terima kasih sahabat. Tak lupa juga Dayangku Aqilah bt Awang Uzihan. *Maap weh, aku pakai tembak je nama kau ni. Haha.

Sampai terminal ada juga tiket pukul10.30, untunglah ada tiket. Then menapak je dalam bas tu tengok sit 10C, kusi sorang. Yes! but oh No! sebab sit belakang sekali, atas tayar pulak tu. Alamak, aku ni dah la jenis mabuk bus. Nasib baik ada plastik yg Siti Hajar bekalkan tadi. Baguslah diorang ni. Jap! Kau naik bas pegi Italy? So what?!

Continue. Jumpa sit aku pun siapsiap pakai kasut, pakai stoken, pakai sweater, betulbetul econ sikit, alter kusi ikut keselesaan. Oke dah selesa tu, baru nak panas bontot ni aku tengok ada makcikmakcik *or dah pangkat nenek pun kot tengah gigih carik sit memasing. Kesian pulak aku tengok. Dah la mata tak nampak, bawak barang pulak banyak macam nak menjaja atas bas tu. Ni yang susah jadi orang berhati mulia ni, aku pun bangun tolong la sorang acik tu carik sit dia. Then setel dia, ada lagi asoh ni. Kusi dia ada orang duduk pulak. Tolong lagi. Kesian nenek tu, terkulatkulat dia tengok asoh tu bebel dia duduk salah sit. Si asoh ni pulak cakap melayu pun tak betul, manalah nenek ni paham. *mcm ckp melayu kau betul sgt Aku pun tolong jadi translator kat situ, wah gigih bebenor aku ni dgn kaki sakit. Tak memasal jadi konduktor bas. Pakcik bas sebok pekena asap kat bawah, aku pulak buat keje dia kat atas ni. Terajang pankreas tu karang, baru tahu! Nasib baik kaki aku sakit.

Kesian nenek tu, dah lama tak naik bas katanya. Actually banyak lagi dia cakap just aku tak paham sebab loghat pahang dia pekat sangat. Tapelah janji dia dah jumpa sit dia. Dekat dgn sit aku je pun. Baru aku perasan, dalam bas ni majoriti warga tua. Apa ada rombongan rumah orangorang tua ke kuantan ke? Haa aku lempang sapa yg nak cakap aku warga tua tu. Jangan tak tawu, aku boleh baca kepala otak orang yang baca belog aku ni. Oke continue. Sedang sesedap aku melayan lagu bruno mars dan neyo, terasa bahuku dicuit. Nenek tadi rupanya. Eh dah stop kat tempat rehat. Amboi cepatnya, tak perasan Huhu.

*aku translate ayat nenek ni ikut apa yg aku paham la. kalau lari maksud tu, itu masalah nenek tu bukan masalah teknikal.

"Nak, ni kat mana ye?"

Tanya nenek itu dgn muka ketat. Maybe dah panggil aku banyak kali tapi aku tak dengar sebab telinga dah sumbat dgn earfon. Ni telaah aku saja. Sukati nak percaya ke tak.

"Urm..baru kuar kuantan ni. Saya pun tak sure"

Jawab aku raguragu smbil mata melilau carik signboard kat luar. Jam dah pukul12.30.

"Acik nak turun boleh? nak pegi tandas. Sejuk sangat ni.."
"Eh turunlah, ada masa lagi ni. Nak saya teman ke?"
"Never mind, acik pegi sendiri. Menyusah anak je"
"Tak lah, saya oke je."


Santunnya anak En Ahmed ni. Eh jgn cakap camtu, biasa2 je. Aku kesian nenek ni. Jalan pun slow je. Nak pegi toilet siap mintak izin aku. Macam apa je. Haha. Yelah, yang muda dan baik dalam bas tu ada aku je pun. Sapa lagi dia nak bertanya sebab yang lain pun, bantai tido saja. Orang tua.

Naik orang tua tu dia mengadu sejuk sangat. Kena air lagi kat toilet tadi. Lorh nenek ni, tak tutup econ. Patutlah dari tadi mengeluh sejuk memanjang. Dah la kurus kering pulak tu pakai baju kurung je, memang sejuklah. Aku tutup econ dia then bagi dia sweater aku. Amboi mulianya hatimu. Ini bukan purapura or cubaan membodek ye, yang ada rasa kesian dan simpati je. Memula nenek tu kelihatan segansegan nak pakai, maybe sweater aku terlalu stylo utk beliau pakai. Leklok tradisional dgn baju kurung terus jadi ranggi dgn sweater hiphop itu. Lelama aku suruh pakai tu, dia pakai jugak.

This is what a really cool GRANNY looks like.



Gambar ihsan daripada Uncle Google.
This is not my grandma though.
 
45minit kemudiaan.. Perghhh sejuknya sampai ke tulang hitam. Dah lah hujan kat luar, aku tengok nenek tu sedap betul tidonya. Nak saja aku cakap, "Acik, pulang balik kita share sweater tu boleh?" Aku mengongkol kesejukkan. Sabar TJJ sabar, dah nak sampai dah ni. Tak sampai 10minit pastu terasa peha pulak dicuit. Ingat ada yg cuba meraba rupanya nenek tadi lagi. Nasib baik tak bukak tomoi.

"Nah baju nak. Acik dah sampai ni. Terima kasih ye."

Sejuk badan sesejuk hatiku tatkala mendengar baris ayat nenek tadi. *BM sgt ayat kau. Senyum saja mampu kuberikan. Oh nenek ni turun Rompin rupanya. Yes, kejap lagi masuk sempadan Johor Italy. WELCOME HOME BABEH!

Amboi, panjangnya. Macam cerpan dah ni. Cerita panjang. Cukupcukup lah tu. Bebila aku update lagi. Babai.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

live life like a celebrity

0 ribu komen




Saya bukan seorang yang suka marahmarah. Panas bontot baran itu bukan saya orangnya. Saya hanya manusia biasa yang mempunyai rasa marah but still under control. Saya masih belajar cara nak hidup. Segala carutan yang menyakitkan adalah kekhilafan saya. Ianya ikhlas dari hati. *Apa yang kau bebelkan neh TJJ? Oke, kembali waras. Remind the word. *So mean la u.. Yup, i'm really mean it.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, June 17

born for the *** times

2 ribu komen
Yeah, at last!
i'm done with the new banner
punyalah lama ambil masa
actually idea lambat datang
theme kali ini
BACK TO SCHOOL
amacam banner baru aku?

banner lama
banner baru

"Aku rasa banner lama kau lagi cun kot."
"Eh tak, aku rasa belog kau tak ada banner pun lawa."
"Tak payah la banner ni semua. belog kau tetap buruk macam tuan dia jugak."
"Konon best la boleh buat banner camni?! tuii.."
"Apasal mesti nak ada muka kau eh?"

apa jua komen or kritikan anda
peduli apa aku an
ini belog aku
SLPMEPLZ
i'm live life like a celebrity
*err.. ada kaitan ke?

lagi entri pasal blog mantainance:
[entri 1] [entri 2] [entri 3] [entri 4] [entri 5]

p/s: entah berapa lama pula yang ini akan bertahan? just wait and see.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

goyangkan pokok itu

0 ribu komen

I can't stop listening to this. Sangat kena kena jiwaku. Lagilagi part best tu “Tanya sama pokok apa sebab goyang, Jawab angin yang goncang. Lagi pula tu aku memang kipas-susah-mati  indie band macam Meet Uncle Hussein ni. Hazama tu kureenggg sikit but he wasn't bad. Aku masih ingat dia sangat style bila melagukan Hey Soul Sister time konsert. Suka pokok, suka MUH, suka hazama, suka hey soul sister, suka Train. Suka, suka, suka!

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

MPPB The Series [Ep. 3]

0 ribu komen
Entri lepas: [Prolog] [Episod 1] [Episod 2]
TJJ hilang? HAHA gimik je tu. Actually chitchat kali ni disambung tanpa watak TJJ. Wataknya digugurkan sebab on that time beliau offline gi pasar malam. So perbualan diteruskan berdua saja antara Che Wan Selamoh (Semah) dan Meriam Jonet (Yam).

Semah: bler isi borang fesi kta x ajk sape2..kta ge isi borang 2 sndri2..n hantar pun sorg2 naik unit bi hntr by hand ok..

Yam: alaaa,,aku pun same. mr syah yg nk kte org hntr..kalu boleh satu kelas 5Anggerik1 nk suruh join..tp ramai yg xnak..aku mmg dh lame teringin jd fesi.awal2 lagi dh ambk borang n isi sorg2.hntr pun sorg2 gak..g naik unit bi..

Semah: mmbr ak sruh ak hntr kat hep ak je yg degil nak hantar by hand sbb ak nk sgt2 jdi fesi ni..c x sangka jdi fesi best rupenya..

Yam: first ak tgk fesi time orientasi aku tau ade smething yg special dlm fesi ni..yg jge orientasi ari tu pun baek2 je..sgt care larh katekan...lagi pulak Sir salu cter pasal fasi lam klas bi kte org..Abg Zaini 2 dah lame knal larh..time dye first dpt masuk air-asia pun kte org satu kelas tahu..gembire ar dpt tau senior jd pilot. untung2 dpt fly free..haha

Semah: yup btul..time orntsi ak dh ckp ngn mmbr ak walau ap pun ak nk jdi fesi gak..x kira..nnt Abg Zaini kawen kn request sruh dia sponsor sa2 kpl trbg bwk kta sa2 family ge wedding dia..hahaha

Harap sangatlah Pakcik Abang Zaini membaca entri ini. Biar dia sedar betapa besarnya harapan kami, adik-adik fesi ini padamu wahai ABANG. Saya rasa abang dah lupa kot, 3tahun dulu saya pernah tanya "Ada ke pilot perempuan?", abang cakap "Ain jadilah pilot perempuan tu". Do you know hows those words inspired me? Even course aku tak menjurus ke arah itu but i believe, nothing is imposible. Macam Lisa Surihani, lawyer-wanna-be to actress. So ada kemungkinan programmer-wanna-be or graphic designer-wanna-be pun boleh jadi pilot. Amin. *haha, mimpi jelah kau
Then aku kembali online setelah kekenyangan mencekik nasik kerabu, taufufa, yong taufu, kepok lekor bla.. bla.. bla.. dan terpenting DURIAN. yeah! Alhamdulillah, sangat sedap ye. Oke, chitchat kami terus rancak dengan topik yang lebih hangat seperti biasa. Nak tahu apa topik seterusnya? Wait for it in the next episode. To be continue..

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Wednesday, June 15

bila aku mula bermadah

3 ribu komen
Biarkanlah setiap apa yang orang lain fikir tentang anda walaupun baik ataupun jahat. Biarkanlah seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Andainya jika seseorang yang terlalu dengki dengan kejayaan dari anda, biarkan sahaja. Suatu hari nanti mereka pasti jemu jua dan terus meniru kejayaan yang anda kecapi. Kata orang seperti cemburu tetapi cemburu yang sihat. Maka itu tenangkanlah diri anda, lapangkanlah hati anda. Apa yang anda tahu dalam hidup ini adalah semuanya adalah drama semata dan ianya menguji sejauh mana keimanan kita dan kesediaan kita menghadapi roda hidup ini.
*kompom puas hati*

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, June 14

contest semua tentang 4

2 ribu komen
salam.
mahu cerita sesuatu. sedang aku mengedit post tadi terlihat satu post yang berstatus DRAFT. apakah? timbul keanehan dalam benak fikiran aku. post bertarikh dua bulan yang sudah. rupanya entri pasal contest semua tentang 4 oleh CIK FIQA. yang kelakarnya, dah expired pon contest ni. rupanya tak terpost olehku entri ini. memang dah nasib kot. aku memang takda luck kalau join manamana belog contest. boleh refer entri ini. sebab tu aku fedap nak join apaapa contest lagi. contoh macam contest blog cun lawa kemas ini. HEARTLESS is reallyreally heartless!
*kecewa sangat*
sokay. aku cool. memang aku suka join contest yang dah expired. so takda la kecewa kalau tak menang sebab memang kompomkompom tak menang punya. HAHA. so dah alangalang ada ni, aku sambung sajalah mana yang ada. aku tertarik dengan contest ni sebab 4 is my feberet number. 


*aku guna 'saya' disini untuk kelihatan nerd.


1. 4 perkara describe about myself
- miss independent
- hyperactive
- simple dan sempoi
- disukai ramai

2. 4 nama manja saya
- kakak *manja ke ni?
- teja/TJJ
- ain
- **** (rahsia)

3. 4 perkara baik yang saya buat hari ini
- solat
- ajar member coding *saya juga masih belajar
- teman member buka puasa *insyaallah lusa saya pula
- ... *budak jahat ini jarang buat baik
4. 4 tempat yang saya nak pergi sangat
- Makkah *tunai rukun islam ke-5
- Bora-bora Island
- Venice
- Johor Bahru *home sweet home


5. 4 benda wajib bawa time saya keluar
- hempon
- beg duit yang ada duit
- document penting eg. ic, matric card, lesen
- bawa diri saja *i told u before i'm simple

6. 4 perkara terakhir saya buat sebelum join contest ini
- blog walking
- update status kat fesbuk *sori no tweeter here
- makan lebihan pizza beli kat Giant semalam
- solat magrib

7. 4 orang yang paling saya sayang dalam dunia
- family
- diri sendiri
- calon suami *ehem ehem..
- sahabat-handai

8. 4 jenis ragam manusia yang saya jumpa hari ini
- orang macam bagus *!@#$%
- orang emosional secara tibatiba
- orang hyperactive *sama naik dengan saya juga
- orang tak dikenali tapi buatbuat kenal

9. 4 misi yang saya mesti capai tahun ini
- dean list untuk semester berikutnya
- jadi manusia yang lebih baik
- penuhkan duit tabung yang tak penah penuh itu *tabung saya kecil saja
- belajar bawak kereta manual

10. 4 habit buruk saya
- malas buat kerja rumah especially basuh baju
- suka lambatlambat angkat call or reply meset
- internet addicted
- ... *lainlain semua habit baik

11. 4 perkara yang saya fobia
- kucing kurap
- nightmare *ada  ke fobia ini?
- lelaki gila s***
- binatang yang haram untuk muslim


12. 4 sebab saya join contest ni
- contest dah expired
- sayang nak delete draft entri ini
- modal untuk entri baru
- ini belog saya, sukahati sayalah nak join apa pun!

Di ingatkan contest ini telah pun berakhir pada 31.5.2011. so tuan tanah tak perlu ikut syarat contest sangatlah kan. HAHA. maap kalau entri saya ini mengganggu kelancaran contest. piss girl.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Prolog MPPB The Series

0 ribu komen
Dah masuk dua episod baru nak post prolog ni apa kes? Hey suka hati akulah. Ni bukan belog opah hang pun. Yang bukan fesi KMNS tu musti tertanyatanya pemenda lah TJJ ni merepek. Oke aku eksplain sesatu bior kome semua paham.

Prolog ialah pengenalan. Alah yang macam dalam novel tu. Tapi prolog aku takda la dramatik mcm dlm novel tuh. MPPB ni pulak`shortform utk Minggu Pengambilan Pelajar Baru atau bahasa mudah pahamnya, ORENTASI. Apasal kau tak guna bahasa mudah orang paham je? Mengada nak guna shotpom-shotpom bagai. Hey! Nak aku ulang ayat tadi ke? Kang tersedaksedak opah kau..

The Series tu pulak saja je nak buat entri berepisod-episod macam slot akasia tu. Satu sebabnya aku malas nak taip pepanjang. Kalau aku letak semua episod dalam satu entri tunggu raya nanti baru habis taip. Tu belum baca lagi. Kang novelis Habiburrahman El Shirazy.. err tak payah contoh jauhjauh, Damya Hanna pun tak boleh carik makan nanti.

Kalau korang follow karier aku as a blogger ni mesti korang tak sangka aku ni dah 5x jadi fesi matrik an? Yelah, mana pernah aku citer pasal fesi dalam belog. Ada sikit dalam entri ini, itupun ciput je. Aku ni bukan macam Fatin Liyana, Cik Epal, Lyssa Secret, Asada Ryutaro, Azmeer Ahmad, err... or sesapa la kaki blogging tegar tu. Kalau tak update belog sehari rasa macam takda oksigen utk dia bernapas pada hari itu. Betul tak? Ke hiperbola sangat perumpamaan aku? Oke bagi perumpaan yang logik sikit, kalau tak update sehari macam tak kenyang makan nasik. Urm, bolehlah ni.

Che Wan Selamoh selalu suruh aku update belog. Dia cakap dia pembaca tegar belog aku. Kononnya, ye ke tidak aku pun tak tahu. Katanya, "Kak pegilah update blog akak tu. Nak bace, dah bosan ni..hahaha go go chaiyok kak teja, jgn malas2. mak mertua tak suke pompan malas2. Naik tak semangat akak tuk tulis blog bler kta ckp mcm ty??Ke makin menurunkan semangat akak??hahaha.."

Untuk soalan terakhir si selamoh tu korang sendiri ada jawapannya. Antara motif aku creat MPPB The Series ni sebab satunya adalah modal aku nak update belog buruk ni. Then dua, kesian dengan followers aku yang 'ramai' giler babi ni. Mesti sedih belog tak update, tuannya pemalas nak mampus. Tiga, terpenting sebab aku nak abdikan memorimemori yg kemungkinan besarnya adalah untuk terakhir kalinya aku jadi fasilitator di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Sedih an? Ye aku sedih sangatsangat. At least lepas ni aku ada benda nak dibaca yg boleh remind aku pada kolej yg terchenta.

Take noted please. Sepanjang series ini disiarkan, andaikatalah ada katakata or ayatayat yg mengguris hati, menyakitkan mata, mejentik perasaan, mengganggu jiwa dan mencakar feeling anda semua yg membacanya dengan sengaja atau tidak, awalawal si penaip mohon maaf dari hujung rambut yang bertutup dengan tudung ni hingga hujung kaki yang bersarungkan stoken merah jambu yang dibeli di Giant. Maap, maap, maap!

Nama watak dalam setiap entri adalah rekaan sematamata. Takda kaitan dengan yang mati, hidup, pengsan, yang koma juga yang tengah nazak. Cerita tu semua berdasarkan kisah benar dan datangnya ikhlas dari lubuk hati si penaip. Perbualan chitchat antara defendan dengan plaintif, yakni si penaip adalah 98.46% asli. Penaip ubah sikit je sebagai penyedap ayat dan sesuai untuk bacaan pelbagai lapisan masyarakat. Sekian.
P/S: Lagi entri pasal fasilitator daripada  akak Gugu, adek Qudwa, abang Zme, abang Zakwan, adek Faeza, adek Zu *tak mention nama nanti sentap lagi. Juga lainlain if ada yang update pasal fesi bikin panas di belogbelog anda titipkan sahaja di ruangan komen. Selamat membaca.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Monday, June 13

MPPB The Series [Ep. 2]

6 ribu komen
Dari entri ini, aku dah story pasal chitchat dgn student. so kini kita masuk topik yang lebih serius, chitchat bersama fesifesi yang terlibat. Yeah, inilah yang korang ditunggutunggu. memasing ayat taknak kalah, jemari kencang menaip tanpa segan dan silu. memang dasar kaki gosip. Aku (TJJ) start dgn the top gossip girls here, Che Wan Selamoh (Semah) dan Meriam Jonet (Yam).

Semah: haiyo aku rse kak teja ni dh mcm artis je yam..
Yam: Wahh~glamur jugak akak kite ni ye mah..
*seketika hatiku berbunga riang dengan mukadimah ini.

Dalam berbasabasi tu, tetiba tersentuh bab last day post mortem time MPPB haritu. Teknik imbas kembali dan imbas muka digunakan berselangseli tika ini.

Semah: kita x pegi tapi si Yam pegi kot yang post mortem nanges2 tu. Ada apa time post mortem tu kak??cube story sikit. Kita nk tau lah sape yg nangis..hahaha..

TJJ: xde apa pun masa post mortem tu, just dpt la tgok air mata mr syah. sedih sgt. korg yg baru mybe xphm, ada yg akak tgok terkebil2 kot. xphm lagi rasa IKATAN FAMILY FESI ni camna. korang pun nanti, bila masing2 dah sibuk dgn hidup masing2 jgn lah lupa kita2 ni. biar jauh dimata asalkan dekat dihati.. *sebak sangat

Yam: insyaAllah kak..jgn touching2....kehidupan kak, even family yg kat rumah ni pun busy ngan hidup masing2..tapi after jumpe family fesi ni..sy xsabar nk pergi uni sbb tau akan ade org yg akan guide sy kat sne nanti..i won't be alone like 1st week kat matrik last year..

TJJ: akak dulu masuk UMP xde org guide sebab xd fesi senior kat sini. rasanya akak dgn Abg Abdul Raob, also known as Abg Telur adalah fesi pertama jejak UMP ni. so for those adik2 fesi yg masuk UMP ni kire bertuah la. just sapa yg dapat UMS je kesian sket. xde fesi KMNS kat sana..

Semah: kak teja jgn lah sebak sgt..kami x kn lupe kn anda smue..korg smue best..first time rse best duk mtrk 2 bler jdi fesi je...hahaha

Setuju kata Che wan Selamoh, time jadi fesi adalah memori terbaik di KMNS. Masa post-mortem tu, aku diberi peluang bg tazkirah last words. Actually banyak yang ingin diperkatakan. Maybe dipanggil secara spontan sebegitu membuat aku sedikit lost. Lost dan speechless. Sedih membayangkan itulah detik terakhir aku bersama mereka. Mungkin detik terakhir berada di matrikulasi sbg fasilitator.

Disini aku nak luahkan apa yang tak terluah di banquet pada pagi itu especially untuk yang takda dalam banquet masa tu. Baca ayat ini baikbaik.

Mr Syafarin Syah: 1st of all, saya mohon maaf sesangat sebab sepatutnya saya dahulukan ucapan saya pada pagi tu utk sir, orang yang berjasa membawa saya ke matrikulasi ini setiap tahun. Nothing i can said other than thank you, thank you and thanking you to infinity coz gave me the chance to devote my khidmat bakti under your managed. Saya rasa terharu sangat sebab nama saya masih menjadi fesi pilihan setiap kali MPPB KMNS berlangsung. Mungkin selepas ini tiada lagi nama Lisa Surihani binti Ahmed dalam senarai, rasa syukur saya untuk kenangan selama 3tahun ini takkan saya lupa sampai bebila. Air mata itu juga. Air mata ayahanda.

Fesi Senior Lelaki: Kau sahabat terbaik. Even suka menganjing aku, buaya ke biawak ke buayabiawak or biawak skalipun tak pernah aku amek hati lagi aku hepi dgn kerenah korang. Untuk abang-abang fesi ini, tak kira kau dari pasukan kegelapan atau saudagar minyak, muda, sebaya or tua dari aku, tanpa korang family fesi sangat hambar. Mekaseh kerana berjaya memeriahkan family fesi ini.

Fesi Senior Wanita: Sokay an guna wanita? Nampak matured sket *oke lagi dari tua bangka One by one oke.

Bee: Semangat C5 tak mudah luntur kan? Thanks sgt dari awal smp habis even kali ni kita dipisahkan dgn pnempatan kluster. Sabun aku dalam kereta kau an? Wuteva it is, peristiwa terbabas bas, lori sawit terbalek, tiket bas, dan kereta tu terpenting. Guilty gegiler sbb dah 'rasmi'kan bumper kereta anda. Guilty masih bersisa sehingga kini. Sorry.

Ocha: mandor batch kami! fesi paling berpengaruh ni. Thx tumpangkan beg. Thx tumpangkan bilik. Thx sudi share sabun DOVE. Thx sudi share ubat gigi. Thx bg tikar buluh. Thx bg plaster luka. aku terharu.

Mak: Kau sempoi mak. Happening sangat sampai peningpening aku. Gaya 10!

Fafau: frankly talk, aku rasa a bit kekok dgn kau.tak berapa reti nak start cerita dgn kau HAHA. takde ocha or mak, mau main kelipkelip mata je kita nnt. Tapi, pasal aku jejalu masa memula kau masuk bilik tu, off topic ea. For sure aku takkan tanya kau "Ni sapa?" Sadisnya kisahmu.

Syam: Caramel itu sedap. Jangan sedihsedih lagi. Kau juga sempoi. err.. speechless!

Adib: comel adib ni. suka cara anda sangat HAHA. thanks turut menjayakan Ops Datang Bulan. aku suka itu.

Along: gigih kak long kita. thanks ada tolongtolong aku sepanjang minggu tu. next time, nak merajuk dgn cik abang rogerroger dulu. bikin kaget je.

Yufi&AJ: share boleh?sbb korg pun dtg kejap je tapi still dah creat a big memory here. Peristiwa 'budak ketiga' tu boleh bikin cerpen. Korang sempoi juga.

Nor & the geng: ni pun share juga. korang sangat menceriakan harihari akak di matrik. Even kita lepak sesekali je tapi mmg best. Nor mandor batch dia. Dila dah kurang kerutnya. Nanti ajuk gaya si polan tu lagi, akak suka. Ekin ni time cheerswar macam kena rasuk jin, risau aku. 'Musuhnya halus binasa' ye yana? Hehe. Maria sangat gigih. Its not a big deal with u, maria. Akak cukup makan spjg minggu. Syu, alia, munifa juga. Korang best.

Fesi Junior lelaki:
Urmm.. akak rapat dgn siapa? takda rasanya. oke, tukar soalan. sapa yang rajin tegur akak? for real yang akak igt mat nor, azami, roy, midi, epi, sabree, hafiz, paan.. yang gebang kat fb tak diambil kira oke. apapun akak ucapkan terima kasih jugak dan tahniah terpilih untuk menyertai family ini.

Fesi Junior pompan: Aha, yang ini akak rasa hampir semua akak dah kenal. Muka dah igt, nama tu susah sket or vice versa. Gigih tak akak siap catit nama sengsorang sebab tkut lupa. Untuk yang berada di kluster C terutamanya, seminggu macam tak cukup an? Sorry sangat adik-adik akak sekalian. *ter- means tak sengaja kalau ada akak terdera korang, termarah, terpukul manamana, terbajet ketua sgt, tergurau kasar, tergurau bodoh, tak terlayan, tersombong, apa-apa TER- lah maafkan kakakmu ini ye.

Tu je aku mampu taip kat sini. Lainlain pesanan sama je macam orang lain. Nak lebihlebih takut sedangsedang menaip ni, empangan johor bahru pecah pula. Btw thanks for everything. Lots of love from me.

Next episode:
Gempar, TJJ hilang!! Kemana? Sapa bakal membawa Watak TJJ nanti? Menjawab semua persoalan itu, tungguu..
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Sunday, June 12

best lepak dalam keadaan basah dengan gigih tahan sejuk

0 ribu komen
Lega rasanya dapat balik rumah selepas hampir half of year aku tak balik. HALF OF YEAR? SETENGAH TAHUN? ENAM BULAN? Yelah, aku tahu itu period yang sangat lama dan boleh jatuh derhaka bak kata kekawan aku. Bukan saja taknak balik, ingat aku ni hati kayu ke? I got homesick oke. Sangatsangat rindu makan kat rumah, gaduhgaduh dgn adikadik, dengar mak membebel, ngeteh dgn ayah sambil tgok bola even aku tak minat bola, lepak dgn kekawan sekola. Rindu sangat.

Ye, semalam aku kembali ke Taman Daya. Tempat budak degil ni membesar. Jumpa kekawan lama. Dari satu tempat ke satu tempat kami lawat kekawan yang tengah bekerja. Yelah, cuti semester ni orang keje. Aku je penganggur setia. So aktiviti aku melawat tempat koje deme ni. Bak kata faten, "Macam checkpoint treasure hunt" *treasure hunt tu aku tambah bagi sedap ayat Jumpa FATEN, marlia, KELLY, fera, wan lembut, SYAPIKA, FARAH, alep, azimah, amirul. Even tak dapat jumpa semua, at least aku tahu kekawan aku semua dah besaresar. Bukan lagi budak hingusan. Budak hingusan pun bukan sebarangan hingusan, mereka ini sangat femes disekola oke. Ratu Somokotod. Ingat zaman kegemilangan kita buat aku tersenyum. Miss that moment so much babe.

p/s: terharu aku baca entri S.A.H.A.B.A.T.S kat belog kau Kila. Ada muka aku. Even Farah cakap macam muka mintak pelempang tapi oke je aku rasa. Comel. Hee..

Pendek cerita lepas rondaronda taman daya yang dah tersangat maju sekarang, kami lepak Jusco then masuk Daiman Bowling JJ dengan jemputan khas, Amirul anak cegu Zubaidah. Besday sama dgn aku, blajo pun satu U tapi lain campus. Lagi.. err perlu ke detail camni? Jangan risau, not my taste pun. *mampus dia baca ni Itulah dia amirul yang si faten ni kenalkan. Mesti faten sound aku, Asal kau takda nak sebut pasal kawan aku bawak si Marlia? *kalau tak silap nama marlia sbb nama pompan masuk dlm short term memory Sukati akulah, ni kan belog aku. Apapun faten, kau memang tak terjangka. Sangat hebat berboling. Aku sempat rakam aksi seorang juara boling berboling. *betul ke ayat aku ni? Btw aku nak korang teliti budak comel sebelah kanan line kitorang main. Dia sangat terer berboling. Setiap set markah tak pernah bawah 150. Tengok saja cara baling bola. Perghh..


The fact is kalah teruk aku kali ni. Semua game tak cecah seratus pon tapi nasib baik dapat strike. Buat tebus malu. Kekadang aku ni oke, kekadang tu longkang saja mainnya. Tengok tempat jugaklah. Maybe tempat kita tak biasa an. Tu yang longkang je bola tu lalu. Aku baling dah betul dah, tapi longkang juga dia masuk. Degil betul bola tu. Ni mesti lantai tu licin sangat sebab baru je lepas staff tu bersihbersih sebelum kami start game. Alasan! Meh tengok aku dalam versi gerakgerak pulak.



Eh mana kau, takde pon? Ye, muka aku takde dalam video ni. Tak payah duk replay banyak sangat. Muka tak komersial utk disiarkan pun. Haha. Moral of the story, jangan hang out dalam keadan basah kuyup. Kenapa TJJ? Malas aku nak cerita. Babai.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...