Saturday, June 18

dari Kuantan Pahang ke Rome Italia

Aku beboring ni terasa nak citer pasal journey balik ngumah aku kat Italy tempoh hari. Lapuk dah la citer kau ni wey, citer lain la! Yg lebih terkini dan berinfomasi takde ke? Hey, ni belog opah kau ke? Sukati akulah. *kemelut jiwa ni namanya

Actually sehari sebelum tu aku eksiden motor. Eksiden apa ni TJJ? tak tahu menahu pun. InsyaAllah, lain entri aku ceritain oke. Skip story. So sebab rasa bersalah, trauma, takut mati pun ada. Tak sempat nak mohon maap kat mak ayah. Ditambah kekawan aku semuanya balik kampung, so aku pun nak baliklah juga. Gamble jela pegi terminal petang tu, ada ke takda tiket belakang kira. Dengan kaki terincut-incut dan berselipar jepun aku ikut Wan Nor Ainie dan Siti Hajar Che Daud ke terminal. Diorang balik Kelantan, tiket dah beli awal. So tak fikir banyak la. Satu je, mereka sangat caring ye. Yelah, sanggup susahpayah dgn OKU ni. Usung beg turun naik tangga, lintas jalan lagi. Terima kasih sahabat. Tak lupa juga Dayangku Aqilah bt Awang Uzihan. *Maap weh, aku pakai tembak je nama kau ni. Haha.

Sampai terminal ada juga tiket pukul10.30, untunglah ada tiket. Then menapak je dalam bas tu tengok sit 10C, kusi sorang. Yes! but oh No! sebab sit belakang sekali, atas tayar pulak tu. Alamak, aku ni dah la jenis mabuk bus. Nasib baik ada plastik yg Siti Hajar bekalkan tadi. Baguslah diorang ni. Jap! Kau naik bas pegi Italy? So what?!

Continue. Jumpa sit aku pun siapsiap pakai kasut, pakai stoken, pakai sweater, betulbetul econ sikit, alter kusi ikut keselesaan. Oke dah selesa tu, baru nak panas bontot ni aku tengok ada makcikmakcik *or dah pangkat nenek pun kot tengah gigih carik sit memasing. Kesian pulak aku tengok. Dah la mata tak nampak, bawak barang pulak banyak macam nak menjaja atas bas tu. Ni yang susah jadi orang berhati mulia ni, aku pun bangun tolong la sorang acik tu carik sit dia. Then setel dia, ada lagi asoh ni. Kusi dia ada orang duduk pulak. Tolong lagi. Kesian nenek tu, terkulatkulat dia tengok asoh tu bebel dia duduk salah sit. Si asoh ni pulak cakap melayu pun tak betul, manalah nenek ni paham. *mcm ckp melayu kau betul sgt Aku pun tolong jadi translator kat situ, wah gigih bebenor aku ni dgn kaki sakit. Tak memasal jadi konduktor bas. Pakcik bas sebok pekena asap kat bawah, aku pulak buat keje dia kat atas ni. Terajang pankreas tu karang, baru tahu! Nasib baik kaki aku sakit.

Kesian nenek tu, dah lama tak naik bas katanya. Actually banyak lagi dia cakap just aku tak paham sebab loghat pahang dia pekat sangat. Tapelah janji dia dah jumpa sit dia. Dekat dgn sit aku je pun. Baru aku perasan, dalam bas ni majoriti warga tua. Apa ada rombongan rumah orangorang tua ke kuantan ke? Haa aku lempang sapa yg nak cakap aku warga tua tu. Jangan tak tawu, aku boleh baca kepala otak orang yang baca belog aku ni. Oke continue. Sedang sesedap aku melayan lagu bruno mars dan neyo, terasa bahuku dicuit. Nenek tadi rupanya. Eh dah stop kat tempat rehat. Amboi cepatnya, tak perasan Huhu.

*aku translate ayat nenek ni ikut apa yg aku paham la. kalau lari maksud tu, itu masalah nenek tu bukan masalah teknikal.

"Nak, ni kat mana ye?"

Tanya nenek itu dgn muka ketat. Maybe dah panggil aku banyak kali tapi aku tak dengar sebab telinga dah sumbat dgn earfon. Ni telaah aku saja. Sukati nak percaya ke tak.

"Urm..baru kuar kuantan ni. Saya pun tak sure"

Jawab aku raguragu smbil mata melilau carik signboard kat luar. Jam dah pukul12.30.

"Acik nak turun boleh? nak pegi tandas. Sejuk sangat ni.."
"Eh turunlah, ada masa lagi ni. Nak saya teman ke?"
"Never mind, acik pegi sendiri. Menyusah anak je"
"Tak lah, saya oke je."


Santunnya anak En Ahmed ni. Eh jgn cakap camtu, biasa2 je. Aku kesian nenek ni. Jalan pun slow je. Nak pegi toilet siap mintak izin aku. Macam apa je. Haha. Yelah, yang muda dan baik dalam bas tu ada aku je pun. Sapa lagi dia nak bertanya sebab yang lain pun, bantai tido saja. Orang tua.

Naik orang tua tu dia mengadu sejuk sangat. Kena air lagi kat toilet tadi. Lorh nenek ni, tak tutup econ. Patutlah dari tadi mengeluh sejuk memanjang. Dah la kurus kering pulak tu pakai baju kurung je, memang sejuklah. Aku tutup econ dia then bagi dia sweater aku. Amboi mulianya hatimu. Ini bukan purapura or cubaan membodek ye, yang ada rasa kesian dan simpati je. Memula nenek tu kelihatan segansegan nak pakai, maybe sweater aku terlalu stylo utk beliau pakai. Leklok tradisional dgn baju kurung terus jadi ranggi dgn sweater hiphop itu. Lelama aku suruh pakai tu, dia pakai jugak.

This is what a really cool GRANNY looks like.



Gambar ihsan daripada Uncle Google.
This is not my grandma though.
 
45minit kemudiaan.. Perghhh sejuknya sampai ke tulang hitam. Dah lah hujan kat luar, aku tengok nenek tu sedap betul tidonya. Nak saja aku cakap, "Acik, pulang balik kita share sweater tu boleh?" Aku mengongkol kesejukkan. Sabar TJJ sabar, dah nak sampai dah ni. Tak sampai 10minit pastu terasa peha pulak dicuit. Ingat ada yg cuba meraba rupanya nenek tadi lagi. Nasib baik tak bukak tomoi.

"Nah baju nak. Acik dah sampai ni. Terima kasih ye."

Sejuk badan sesejuk hatiku tatkala mendengar baris ayat nenek tadi. *BM sgt ayat kau. Senyum saja mampu kuberikan. Oh nenek ni turun Rompin rupanya. Yes, kejap lagi masuk sempadan Johor Italy. WELCOME HOME BABEH!

Amboi, panjangnya. Macam cerpan dah ni. Cerita panjang. Cukupcukup lah tu. Bebila aku update lagi. Babai.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

4 ribu komen:

ShafiqHashim said...

Dasyt gambar nenek tu, sure lepas tu dia sakit pinggang..haha

akmar said...

ok, ini mgkin skema tp seyely bangga sbb ade akak yg sgt santun . thehehe

sLpmEpLz™ said...

ShafiqHashim: tengok gamba je ke?

sLpmEpLz™ said...

akmar: sai kan? HAHA. well. malas la nak riak sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...