Sunday, June 12

best lepak dalam keadaan basah dengan gigih tahan sejuk

Lega rasanya dapat balik rumah selepas hampir half of year aku tak balik. HALF OF YEAR? SETENGAH TAHUN? ENAM BULAN? Yelah, aku tahu itu period yang sangat lama dan boleh jatuh derhaka bak kata kekawan aku. Bukan saja taknak balik, ingat aku ni hati kayu ke? I got homesick oke. Sangatsangat rindu makan kat rumah, gaduhgaduh dgn adikadik, dengar mak membebel, ngeteh dgn ayah sambil tgok bola even aku tak minat bola, lepak dgn kekawan sekola. Rindu sangat.

Ye, semalam aku kembali ke Taman Daya. Tempat budak degil ni membesar. Jumpa kekawan lama. Dari satu tempat ke satu tempat kami lawat kekawan yang tengah bekerja. Yelah, cuti semester ni orang keje. Aku je penganggur setia. So aktiviti aku melawat tempat koje deme ni. Bak kata faten, "Macam checkpoint treasure hunt" *treasure hunt tu aku tambah bagi sedap ayat Jumpa FATEN, marlia, KELLY, fera, wan lembut, SYAPIKA, FARAH, alep, azimah, amirul. Even tak dapat jumpa semua, at least aku tahu kekawan aku semua dah besaresar. Bukan lagi budak hingusan. Budak hingusan pun bukan sebarangan hingusan, mereka ini sangat femes disekola oke. Ratu Somokotod. Ingat zaman kegemilangan kita buat aku tersenyum. Miss that moment so much babe.

p/s: terharu aku baca entri S.A.H.A.B.A.T.S kat belog kau Kila. Ada muka aku. Even Farah cakap macam muka mintak pelempang tapi oke je aku rasa. Comel. Hee..

Pendek cerita lepas rondaronda taman daya yang dah tersangat maju sekarang, kami lepak Jusco then masuk Daiman Bowling JJ dengan jemputan khas, Amirul anak cegu Zubaidah. Besday sama dgn aku, blajo pun satu U tapi lain campus. Lagi.. err perlu ke detail camni? Jangan risau, not my taste pun. *mampus dia baca ni Itulah dia amirul yang si faten ni kenalkan. Mesti faten sound aku, Asal kau takda nak sebut pasal kawan aku bawak si Marlia? *kalau tak silap nama marlia sbb nama pompan masuk dlm short term memory Sukati akulah, ni kan belog aku. Apapun faten, kau memang tak terjangka. Sangat hebat berboling. Aku sempat rakam aksi seorang juara boling berboling. *betul ke ayat aku ni? Btw aku nak korang teliti budak comel sebelah kanan line kitorang main. Dia sangat terer berboling. Setiap set markah tak pernah bawah 150. Tengok saja cara baling bola. Perghh..


The fact is kalah teruk aku kali ni. Semua game tak cecah seratus pon tapi nasib baik dapat strike. Buat tebus malu. Kekadang aku ni oke, kekadang tu longkang saja mainnya. Tengok tempat jugaklah. Maybe tempat kita tak biasa an. Tu yang longkang je bola tu lalu. Aku baling dah betul dah, tapi longkang juga dia masuk. Degil betul bola tu. Ni mesti lantai tu licin sangat sebab baru je lepas staff tu bersihbersih sebelum kami start game. Alasan! Meh tengok aku dalam versi gerakgerak pulak.



Eh mana kau, takde pon? Ye, muka aku takde dalam video ni. Tak payah duk replay banyak sangat. Muka tak komersial utk disiarkan pun. Haha. Moral of the story, jangan hang out dalam keadan basah kuyup. Kenapa TJJ? Malas aku nak cerita. Babai.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

0 ribu komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...