Saturday, June 25

MPPB The Series [Ep. 7]

Kita dah baca pengalaman Siti Nur Sarinah binti Sariman tempoh hari. So kali ini, cerita pengalaman aku pula. Petang itu, petang yang sama Siti Nur Sarinah hambat kambing tu. Aku ingat lagi memang petang tu aku betulbetul naik angin sampai malamnya, aku perasan naik 3 bijik jerawat batu diwajah jelita aku ini.

beginilah rupa aku bila naik jerawat
Dari pagi, aku lakukan duty seperti selalu. Semuanya berjalan lancar seperti yg dijadualkan. Cerita bermula tengah hari tu. Lepas lunch hour, pukul 13.50 kami fesi blok kena escort bebudak dari asrama pegi tempat aktiviti diorang. Kebetulan ada sorang budak ni kena tunggu kat asrama kes rumet dia kena gigit biawak tikus. Alah yang ini tunggu lain entri aku citer. Skip story.

Setel hal kat asrama. Dalam pukul 15.30 tu aku bergerak ke tempat aktiviti. Dalam jadual, aktiviti habis pukul 16.00. Jalan sepanjang susur gajah tu aku nampak kelibat beberapa orang pelajar lelaki, dan perempuan menuju ke asrama. Aku tengok sekitar kotkot ada fesi jaga ke apa. TAKDA. Aku call si polan tanya mana fesi bertugas ni? Kenapa budakbudak balik asrama? dan bla.. bla.. bla... Semuanya soalan berbentuk pertanyaan.

Aku pun kejar bebudak tu semua, hambat suruh pegi surau sebab setahu aku lepas habis aktiviti kena solat Asar berjemaah kat surau kolej. Aku terjerit terlolong kat situ. Muka masingmasing tak puas hati, aku buat muka garang. Jaga tengahtengah laluan ke asrama tu macam polis trafik ni.

Then adalah sekor pelajar ni, dgn muka tak puas hati datang kat aku. Oke, ini kes kurang hajor. Juga aku cerita dalam lain entri. *kalau aku igt HAHA. Skip story.

Dalam 10minit lepas tu, muncullah si polan dan si polan. Kemudian aku citer permasalahan disitu. Then datang lagi beberapa fesi lain. Masa tu cuaca macam nak hujan. Adalah beberapa student perempuan ni minta balik asrama. Seribu satu alasan. Lupa bawak telekung, nak angkat kain baju bersidai, lupa bawak purse, tertinggal fail, nak amek nasik pun ada. Macammacam. Jawapan aku satu je, "TAK BOLEH!" Tegas tak? Garang? Ke kejam? Fasi taik kucing!

Setel kat situ. Aku bergerak ke banquet. Sampai tengah padang, dalam pukul 16.00 suku kot, ramai lagi yang berjalan lenggang kangkung. Yang catwalk pun ada. Siap gelak ketawa dengan kawan baru. Yelah, dah dua hari orentasi ni mesti dah jumpa kawankawan. Tengok jam, kejap lagi dah nak masuk waktu. Aku yang sememangnya tgh panaspanas sebab penat kat asrama tadi lagi tak habis. Dah lah klustes C tu jauh. Aku hambat bebudak ni suruh cepat. Macam citer Siti Nur Sarinah tula. Tapi diorg ni tak makan dek arahan aku. Apa tak cukup garang ke muka ni? Suara aku rasanya cukup untuk didengari satu Kuala Pilah tu.

Then aku tengok sekeliling kotkot ada fesi. Ada. Juga tengah jalanjalan bersamasama pelajar. Haiyo. Apa lagi, dgn fesifesi aku sergah. Apakah aku buat sorangsorang berdiri tengah padang itu kalau ada juga fesi yang lain nampak perkara sama tapi do nothing. DO NOTHING. Kemudiannya ditambah dengan arahan yang bertukartukar setiap seminit rasanya. Pening. Marah aku lagi. Pening lagi. Tapi ada juga yang lucu, kelibat ketua Biro Kerohanian menggeletek hati. *BM sangat ayat ni Si polan berlari dengan berkain pelikat berulang kali dari surau ke DSG. Haha. Nampak serabut sangat dia. Aku lagi serabut dengan situasi kucarkacir tu. Semua orang juga sangat kabut lah petang tu. First day bertugas katanya.

So tersebutlah kisah, kak Teja garang dan bajet senior sangat. HAHA. Ada fesifesi yang aku suruh ikut budak tu, panggil budak ni, hambat budak tu, sergah budak ni. Dengan muka inesen tu, blur pun ada haa.. BARU nak bukak mulut cakap "Adik, cepat-cepat" bak kata Siti Nur Sarinah. Siapakah fesifesi itu, serius aku sendiri pun tak ingat.

Then sampai kat astaka. Tempat pengumpulan pelajar tak solat. Bukan malas or tak reti solat. Kena panah petir jugak kang. Yang ehemehem la, jangan buatbuat tanyalah. Terajang usus tu kang! *emo Haa, ini lagi satu cerita. Ramai gila, gila ramai gegurl yang tak boleh solat ni. Konfem ada yang try nak klepet fesi. Aku dah masak sangat dah perangai bebudak ni. Bila penat, malas tu menjadijadi la. Sebabkan perkara inilah kitorang jalankan Ops Datang Bulan. Oke, yang ini juga aku cerita dalam entri lain. Insyallah. Skip story lagi.

Okeylah, panjang sangat dah ni. Mahu tahu apa terjadi seterusnya, yakni kemuncak kepada kemarahan Kak Teja? Dan juga semua story-mori yang kena skip tadi? Tunggu...

P/S: Orang kata aku ada iras Khatijah Tan Fauziah Ghaous tapi bila aku tilik-tilik depan cermin ajaib, muka aku ni more to Lisa Surihani. Tak percaya? Scroll gambar diatas. Sama tak? Urmm..
 
kena ada jerawat juga baru nampak ada iras aku sikit
*konfem ada yang muntah hijau
eh. eh ada lagi lah..

click pada gambo untuk tumbesaran
muka macam Nora Elena pulak? Siti Saleha lateww
ini paling tak munasabah sangatlah
tapi aku suka HAHA *bangga 2 minit

haa yang ini special
wa tacap lu lebih sikit jerawat dari yang lain
sebab
wa benci lu romantik romantik dengan Seth Tan wa

What ever it is, i will take it as a compliment. Nasib baik semuanya cantik cantik. Gamaknya samakan aku dengan Rosnah Mat Aris? Memang makan lempanglah makhluk tuhan tersebut.  Alhamdulillah dan insyallah, aku akan jaga anugerah Allah beri pada aku ni sebaiknya. *hafal doa tengok cermin. Aku bet lepas ni korang mesti nak kelebet gegambo aku pastu compare dgn artis an? HAHA


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

5 ribu komen:

sLpmEpLz™ said...

baru prasan dia cakap pasal MARIA ELENA.. erkk spa maria elena?? maria tan kacuk nora elena ke??

saye nani! :D said...

haahaha..gle lawak r...huhu~ jealous seyh da life..at least ade r pengalaman2 yg best2 camnie..hahaha..nway, kte kenal budak uh! haha..akak blurkan gmba dya tp dpt cam..lol.hahaha..best bace mende nie..hahaha..

saye nani! :D said...

tp gamba akak letak jerawat uh mmg xleh bla r..hahahahahah..
*gelak guling2*

sLpmEpLz™ said...

@hanani: haha, dapat cam ke? cis. mybe ptot akak kaburkan smua skali kot haha

sLpmEpLz™ said...

@saya nani! :: haha letak jerawat la sikit, muka akak xselicin diorg ni ha. klu letak jerawat at least tang jerawat tu da sma dgn muka akak ni hahaha.

**mcm hanani dgn nani org yg berlainan je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...