Wednesday, July 27

MPPB The Series [Ep. 8]

HAHA dah lama gamaknya series ini terhenti and maybe yang follow pun dah lupa. Itulah belog slapMeplz, cerita tak pernah sampai habis. Korang mesti rasa macam nak lempang lajulaju je muka si tukang karut ni kan? Hehe maap, maap, maap! Busy kot, belog pun lama dah tak update ni. So bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini, aku nak abiskan semua series yang ada. Insyallah. azam taik kucing!

Oke sambung cerita lepas. Dalam episod tu banyak story kena skip, so aku akan rungkaikan segala misteri dan persoalan dalam benak kepala lutut hotak korang tu satu per satu...

Dari pagi, aku lakukan duty seperti selalu. Semuanya berjalan lancar seperti yg dijadualkan. Cerita bermula tengah hari tu. Lepas lunch hour, pukul1.50 kami fesi blok kena escort bebudak dari asrama pegi tempat aktiviti diorang. Kebetulan ada sorang budak ni cakap kat fesi blok lupa sapa dia turun aktiviti lambat sebab nak tunggu felo kat asrama. Pasaipa pulak ni?

Aku: Ada apa dengan felo? macam tajuk filem indon pulak
Adik: Felo suruh tunggu sini sebab nak ambil kunci pada rumet saya. Dia masuk hospital semalam. dengan muka kesian
Fesi X: Nak saya tunggu dengan dia ke?
Aku: Tapelah, korang gerak dulu. Kita dah lewat ni. Budak ni biar akak jaga.

Memang tugas fesi asrama tak boleh membiarkan sesiapa berada di blok ketika aktiviti dijalankan. Tamau ada yang ponteng, even yang tak sihat pun kami tak benarkan berada di asrama. Asrama kosong, apaapa pun boleh terjadi. Bukan nak cakap KMNS tu tak selamat. Setakat hantu tu oke lagi, orang yang berperangai hantu ni masalahnya. Aku pun tunggu budak tu kat asrama. Takkan nak biar dia sorangsorang kat situ. Felo blok, Cik Na entah bila sampainya. Rasa bertanggungjawab pulak nak tunggu budak tu kat asrama. Lagipun aku tak sempat makan nasik yang dibungkus tengahari tu. So sementara tunggu tu, dapatlah masa nak mencekik. HAHA pandai kau ye?

Sementara menunggu tu, aku pun makan nasik. Adik tu diam je. Pelawa makan tak nak, nasik lauk ayam kari. Takda la sedap sangat kalau nak diikutkan tapi sebab lapar sampai jilat2 jari. Lepas kenyangkan perut, aku pun bukak mulut.

Aku: Rumet tu masuk hospital sebab apa?
Adik: Semalam dia kena gigit tikus kat tangan. Berdarah.
Aku: Uish, teruk sangat ke?
Adik: Satu malam kat hospital. saya tak tahu lah teruk ke tak. rasanya dah oke kot, doktor check takut kena jangkitan apaapa nanti.
Aku: macam mana boleh kena gigit tikus?? akak tak pernah nampak tikus kat asrama ni. Kucing banyaklah..
Adik: Tikus tu besar kak. Masa saya masuk sini nampak dia mainmain dalam baldi. Tak sangak bahaya sampai gigit orang. Malam tu dia makan nasik lambat. Maybe basuh tangan tak sabun, tikus gigit la kot. Sedarsedar je pagi tu tangan dia dah berdarah.
Aku: Tikus gigit ke awak yang gigit? Haha.. Cuci tak bersih, tu la. Ish3 macammacam korang ni. Akak bertahun kat sini sekor tikus pun tak pernah nampak.
Adik: Entahlah.

Aku bersama Mickey dan Minnie. Nasib baik tak kena gigit!
Lepas tu banyak diam. Adik ni pun aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Aku melawak dia macam takuttakut nak gelak. Lawak aku tak kelakar ke atau dia takut dengan aku? Fesi garang an kononnya. Cuak la kot tibatiba bukan fesi lain yang tunggu dia. HAHA tiada alasan nak ponteng aktiviti.

Aku: Nama apa ni?
Adik: Panggil Ain je.
Aku: Ain? Oh sedap nama tu.

saja besarkan font

HAHAHA. Dari tadi borak baru nak tanya nama. Dandan nama nak sama pulak. Nasib baik dia tak tanya nama aku balik. Aku diam jela.

Aku: Ain asal mana?
Adik: *** (aku lupalah tapi dekat je)
Aku: Lorh dekat je. Ingat duk kelantan ke perlis. Muka sedih sangat.
Adik: Saya first time duduk asrama. Sedih jugaklah. Tak biasa lagi sorangsorang.
Aku: Takkan dah homesick kot? Nanti weekend boleh balek. Jangan risau. Akak dulu pun sama je. Ada kawankawan, rumet semua oke je nanti. Dah start study, rumah pun dah tak ingat.

Bla.. bla.. bla.. Then melaratlarat ceritanya sampai ke cara study kat matrik dan life kat universiti. Banyaklah yang kitorang borakkan nak tunggu CikNa sampai tu. Tak lama lepas tu CikNa sampai jugak akhirnya.

CikNa: Maaf amek masa awak. Saya pinjam student awak kejap ye. Saya hantar dia kat tempat aktiviti terus.
Aku: Sokay tice. Tugas saya.
CikNa: Eh muka awak macam familiar lah. artis kan? sapa tak kenal HAHA
Aku: Sayalah budak C5 yang 'baik' tu. Hahaha
CikNa: Oh yes, yes. Tice ingat dah. Mintak number phone.. bla.. bla.. bla..

Fuhh.. lega. Nasib baik CikNa tak tanya macammacam. Aku ekceli nak elakkan sebut nama and status 'itu' depan budak Ain ni. Lepas tu CikNa suruh aku tunggu lagi sebab nak bawak balek budak yang kat hospital tu. Ain dia bawa naik kereta ke tempat aktiviti. Mataku menghantar mereka berlalu pergi.

Arghh tibatiba rasa menyesal. Baik aku suruh fesi lain tunggu tadi. Sorangsorang. Nak buat apa ni? Aku berjalan turun ke cafe C. Haus kot tadi makan tak minum air. Nampak Cik Midah tengah sibuk potong sayur. Lepak dengan Cik Midah lagi bagus. Borakborak dengan Cik Midah ngan abang cafe tu lupa lagi nama dia lepas tu CikNa sampai. Alhamdulillah. Budak kena gigit tikus tu pun ada. Muka pucat. Tangan berbalut. Maybe masuk air kot. Aku teka saja. Lepas hantar dia masuk bilik aku pun blah ke tempat aktiviti. Sepatutnya aku tak boleh tinggalkan budak tu sorangsorang kat bilik ketika asrama kosong tapi...

Bersambung lagi. Hehe.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

4 ribu komen:

En. Am said...

jeng3...name den xde..sdh..

GUGU ZERRANI said...

hahaha time ni aku ade~mkn x basuh tangan la tuh~

sLpmEpLz™ said...

@En. Am nex episod la ea.. hehe

sLpmEpLz™ said...

@GUGU ZERRANI tgn bau kari kot haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...