Thursday, August 25

aku bukan katun...babak 2

Entri lepas: [Babak 1]

Hari: Jumaat
Keadaan: Dilemma Wanita
Cuaca: Cerah dan ceria

Cancel camping dan menukar perancangan ke Johor Bahru melawat 'sedara' yang eksiden itu. Aku? Aku nak buat apa? Takkan aku nak pegi camping sorangsorang. Tak best la takda member. JB ada sapa je kau nak tumpang? Aku pujuk Norafidah pegi camping tapi dia sangat serabut dan sunggul. Pada hemat aku kalau ajak pergi camp pun membazir je sebab dia sangat tak bersemangat ditika itu. Aku pun mencadangkan dia stay kat rumah aku je sebab aku jelah yang dia kenal kat JB tu. Tak berani aku nak lepas anak orang ke bandar besar. Dia tak biasa dengan tempat camtu tapi berdegil jugak nak pegi. Sokay, aku pun call Kak Jue, cakap cancel camping dan bla.. bla.. bla.. Serba salah jugak sebenarnya sebab dah janji dengan orang. Tapi sebab Norafidah dah janji nak support tiket aku. Apa tunggu lagi. Peluang keemasan bukan selalu datang. Barangbarang yang dibeli semalam untuk camping dibuat bekal ke JB jelah. Yeah, balik kampung! *rasa macam amek kesempatan sangat

Kitorang pergi ke terminal ditumpangkan Kak E dan Ana Ntwogu *my fiancee hee~ Gamble je tiket bas ada ke tak. Nasib baik ada tiket tengahari tu tapi lalu Mersing. MERSING! Om em gee, i hate datz coz aku tahu aku takkan tahan bas lalu sana dengan jalan turun naik, bersimpang siur macam ular kena palu. Susah orang ada motion sickness ni. Urghh.. Ternyata telaah aku tepat. Muntah jua aku didalam bas. Malu tak malulah kan? Kesian Norafidah. HAHA. 
Then malamnya kitorang sampai JB. Dengan kepala aku peningpening lagi turun kat simpang Tebrau. First time aku turun situ sebab itu juga first time aku naik JB lalu Mersing. Turunturun bas nak call ayah then aku terperasan something. Demm!

Weh, mana henpon aku! Warghhh rasa nak menangis kat situ sebab aku ni jenis tak hapal nombo tepon orang. Nombo tepon rumah pun aku tak ingat. Om em gee.. Macam nak menangis rasa, nak gila meroyan pun ada. Pinjam henpon Norafidah call. Nasib baik nombo tepon sendiri ingat. 2-3x call baru berangkat. Suara lelaki, ada getar dalam suaraku. Macam rasa takut hilang nyawa saja. Aku rayurayu kat lelaki tu jaga henpon aku dan kembalikannya balik nanti. Memang kejujuran lelaki itu amatlah aku harapkan sangat. Henpon tulah nyawa aku. Aku sayang gilagila kot sebab tu aku tak pernah tukar henpon sehingga kini. Biarlah orang nak kata henpon aku tu jual tak laku, buat tumbuk sambal ganti anak lesung ke, orang buat baling anjing je ke apa. Aku tak kisah. Nyawa aku! Aku nak nyawa aku!

Then lepas tu aku legalah sikit. At least aku tahu henpon aku bersama orang yang dah janji nak tolong jaga dan pulangkannya nanti. Tapi camna nak call ayah? Nombo tepon tak tahu. Ingatingat lupa. Masyallah! *anak derhakakah aku tak hafal nombo tepon ayahku sendiri? Ku bawa Norafidah naik bas tambang. Itu saja altenatif yang ada. Aku bawak Norafidah macam tourist guide lagaknya. Hahaha. Seronok juga dapat balik kampung free ni.

Sampai stesen sana, aku ajak Norafidah makan dulu. Pekena kat warung feberet aku. Akak kawasan sudah sampai. Hehe. Kita layan warung je, tak mampu makan restoren. Bestnya hidup bujang! Aku saja yang excited beriye, Norafidah sunggul begitu. Tapi makan tetap makan, siap pujipuji sedap lagi.

Pastu naik teksi balik rumah sebab family aku balik kampung sebab apa entah, lupa pulak. So rumah aku memang kosong la. Lepak rumah sepupu dulu sebab kalau terus ke rumah pun takda kunci. Takkan nak merempat depan rumah. Lega... selamat untuk hari pertama. Hatiku masih gundah gulana mengenangkan tepon aku kat lelaki asing itu. Apalah nasibnya..

p/s: weh Norafidah, apahal belog kau jadi sakai camtu? kesian aku tengok terbengkalai cenggitu. Ish sedeyy!

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

0 ribu komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...