Thursday, August 25

the making of.. Coco Crunch Coklat

Coco crunch coklat nama diberi. Ada pulak coco crunch bukan coklat? HAHA Kali ini aku tak tau apa nama biskut resepi adik aku dak Ekin ni. Dia beriye sangat nak buat. Aku kurang sikit coklat-coklat ni. Urghh kembang tekak. Huhu. Pada penggemar coklat, boleh la nak try bikin biskut budak-budak ni. Mudah macam korek hidung je sebab tak perlu nak bakar dalam oven or acuan bagai.
kat [SINI] namanya Kue Coco Crunch Siram Coklat
Bahan-bahannya:

  • coco cruch tiruan untuk penjimatan
  • coklat masak
  • butter *jangan guna majerin nanti masin
  • colour rice *coklat rice pun boleh tapi nanti tak nampak la sebab sama-sama negro
  • cup kertas secukupnya
p/s: kuantiti ikut suka kaulah

Cara-cara nak bikin:
Maaf lukisan buruk. Harap faham.
  1. Memula masak coklat bersama butter sampai cair. Refer diagram di atas. Kalau coklatnya pekat sangat, tambahlah air sikit.
  2. Pastu humban coco crunch tadi dalam coklat cair tadi pastu gaul sebati. Jangan sampai hancur pulak. Bukan nak buat sambal belacan ni.
  3. Lepas tu masukkan dalam cup kertas dan laju-laju tabur colour rice atas dia. Kang coklat mengeras dah tak lekat.
  4. Pastu biarlah coklat membeku dan bolehlah ngap! Setel.
Mudahkan? Lagi mudah daripada korek hidung aku rasa. Ini rakaman video bukti adik aku yang buat. Aku tukang tabur je. Kalau adik aku yang belum cukup umur ni boleh bikin kuih sendiri, malulah kalau korang beli kat kedai.
video

tadaa.. hasilnya sebab kurang coklat ni.
akan diperbaiki lagi di masa akan datang hee..
Ahaa, tak lupa juga fakta kesihatan. Makanlah berpada-pada kerana coklat mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat dan caffein yang mampu membuat anda kurang selera makan dan magrain. Ia juga merbahaya kepada binatang peliharaan kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera. *aku nak bagi kucing kat rumah tu makan kuih ni kalau dia degil-degil. Hehe

Jangan risau, ada juga kebaikannya. Coklat mengandungi endorphins yang mampu mengatasi sakit kronik seperti kanser dan sakit jantung, di samping bertindak sebagai penenang fikiran. So kalau ada yang tension or stress tu bolehlah makan Coco Crunch Coklat ini. Selamat mencuba :)

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...