Tuesday, August 23

the making of.. Kuih Makmur

Kuih Makmur atau Biskut Makmur aman sentosa ialah kuih yang amat popular pada zaman dahulu. Ini kuih raya pertama aku bikin tahun ni. Lambat sikit start buat sebab kesibukan sebagai tokei kuli butik. 


Camna kau buat weh? Ahaa takda resepi-resepi rahsia ni. Aku tak kedekut ilmu. Senang je nak buat. Korang sediakan bebahan berikut:

  • oven *kalau nak kukus or goreng pakai dapor kayu sedap sikit
  • tepung gandum
  • telur putih *yg kuning goreng wat makan utk berbuka. kalau susah sgt tak reti nak asing2kan telur putih dgn kuning. Haa bedal je marjerin pon boleh tapi nanti biskut kau tak putih macam aku la.
  • minyak sapi punya susu lembu dapat nama
  • kacang tanah *jgn guna kacang botol pulak
  • gula pasir
  • gula ising/gula halus

p/s: kuantiti bahan kau belasah jela berapa pun

1. Ayak tepung gandum pastu kau humban dalam besen. pastu masukkan minyak sapi dan gaul sebati . nanti dia jadi cam berderai sikit, jangan kau nangis pulak.
2. Humban pulak telur putih/marjerin dan uli sampai jadi doh yang lembut. *kemain
3. Pastu cubit bulatbulat, kasi penyekpenyek sikit sumbat kacang tanah tadi. kacang tu kisar dgn gula pasir dulu, jangan kau letak sejibik-sejibik dalam tuh. kau buatlah bentuk apa pun kau suka janji kacang tak terburai keluar.
4. Susun atas tray leklok pastu bakar dalam oven dalam suhu around 150 darjah celcius 15-20minit gitu tengok saiz kuih kau. lagi besar lagi lama. jangan pegi goreng/kukus pulak. aku memain je tadi. jangan lurus bendul sangat jadi orang tu. Ni bukan lepat pisang.
5. Dah bunyik TING! keluarkan kuih kau tadi. Biar sejuk sikit pastu kau bedakkan dia dengan gula aising tadi. dah lawa tu hidanglah.

aku letak dalam cup kertas ni sebab tanak dia 
melekat dan nak seragamkan saiz
Sesetengah orang buat dalam bentuk daun nak drag perhatian orang ramai. Ada tu buat kaler hijau tapi biasa putih la. Tambah pewarna je pun. Orang biasa buat kaler putih bulatbulat sebab tak larat bulan pose ni, bikin mudah sudah. Rasa sama je.

kalau orang tua buat memanglah lawa sebab ada pengalaman
Walaupun Kuih Makmur ini enak dimakan, ia tidak bergitu baik untuk kesihatan kita ye puan-puan/tuan-tuan. Ia dipercayai mempunyai kalesterol yang tinggi sebab wujudnya kacang tanah dalam kuih ini. Jaga permakanan kita untuk kehidupan yang lebih sihat. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Teja Al-Almed. Selamat mencuba.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

3 ribu komen:

khalid kadir said...

nak resepi batang buruk, haha.. mcm chef lak an akak nih

sLpmEpLz™ said...

@khalid kadir resepi btg buruk?? ketuk je dgn kayu, maka buruklah ia.. hahaha.. *xtaw la cmna nak ajo..

Azahari Rahim said...

uu dah ade pelita dah blog nie.. somngat rayo botul.. haha. ;)
nak kueh ghayo kak lisa ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...