Wednesday, August 10

manisnya lelaki belikan tudung untuk wanita ini

Amboi, tajuk kemain lagi. Tadi, baru kejapkejap tadi aku didatangi seorang pemuda. Gaya macam pelajar tahfiz. Mungkin juga pak ustaz. Berjubah. Tanpa serban. Tanpa jambang. Maybe sebaya aku. Pelik juga dia masuk Hijab Department *aceh, bajet midvalley ada department bagai.

Pemuda : Cik, ada tudung saiz besar tak?
Aku : Nak lerang berapa tu?
Pemuda : Err.. saya tak surelah. Paling besar berapa?
Aku : Lerang 60 paling besar. Sambil menunjukkan lokasi tudung tersebut berada

Sambil membelek-belek tudung yang ada. Aku tengok jelah gelagatnya. Comel tengok lelaki beli tudung. Kalau orang tua tu aku tak heran sangat. Kalau yang muda-muda ni, aumm! Eh bukan, nampak sweet la. Dekat 20minit lepas tu..

Pemuda : Agak-agak kaler mana yang sesuai dengan semua baju?
Aku : Err.. biasa hitam, putih, krim sesuailah. Encik nak kaler apa?
Pemuda : Yang sesuai dengan semua bajulah. Agak-agak kaler ni sesuai tak? Sambil menunjukkan tudung Akel maroon kosong.
Aku: Boleh juga. Janji pandai digayakan. *tipu sunat, janji barang laku

Dia belek lagi. Aku tunggu lagi.

Aku : Encik nak beli untuk siapa?
Pemuda : Err.. untuk tunang saya. *Memalu tenuk pulak brader neh
Aku : Maroon cantik. Lagi kalau kulit dia cerah, naik seri. *aku cuba mengayat
Pemuda : Bolehlah.
Aku : Satu je ke? Kalau amek dua saya bagi diskaun.
Pemuda : Satu dululah. Hee.. yang baru ada?
Aku : Ada. Nanti saya ambilkan.
Pemuda : Bungkus elok-elok ea.
Amboi banyak songeh pulak. Tahulah untuk tunangan kamu. Aku senyum saja.  Tak perlu kata apa-apa. Lepas runding harga, maka terjuallah sehelai tudung untuk hari ini. Malas aku nak merenyeh lebih-lebih dengan tunang orang. Lagi tengah puasa ni. Tapi comel kan? Belikan tudung yang labuh untuk bakal isteri. Sejuk perut aku. *motif?

Cintaku buat mu, bagaikan huruf-huruf yang terpateri di setiap helaian kitab.
p/s: kebelakangan ini aku dikelilingi orang-orang yang bahagia. Sanggaattt manis *melayu sangat ;p

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

24 ribu komen:

En. Am said...

akak..nak beli tudung..

Shorim Kasih said...

well..kenangan lalu

ipa faiza~ said...

lau aku beli tdung ko, dpt murah x?

hehe

sLpmEpLz™ said...

@En. Am xjual.. nnt en am jadik pondan lak

sLpmEpLz™ said...

@Shorim Kasih kenangan lalu mengusik jiwa ni..

sLpmEpLz™ said...

@ipa faiza~ boleh la murah sposen.. hehehe

Fathiah Hamim said...

hehe comell. fa baca neh tersipu-sipu pulak. *tatau nape* =D

En. Am said...

nak belikan utk si dia....

sLpmEpLz™ said...

@Fathiah Hamim elelele fa pnh lettew.. suatu masa dulu kononnya.. weewiit...

sLpmEpLz™ said...

@En. Am ohoo.. boleh2. lg manis klu belikan utk org disini skali ;p

deqlis said...

baca blog kamu...wah pernah ada pengalaman jual tudung yer..mmg sweet rase lelaki belikan tudung...:-)

ct odah said...

wah sejuk jgk perut bayangkan laki tu..haha

qudwa said...

err...akak tudung(name baru)...klu beli 2 diskaun ea..?
klu camtu saye nak 3 la..dpt free teros...haha

cite2 akak??klik sini..
http://lifelikethese.blogspot.com/2011/08/people-ask-we-answer.html

nadia fatihah said...

alaaa,,nak jugakkk...hehe

Pesona Algebra said...

Auwwwwww <3

sLpmEpLz™ said...

@deqlis xdenya.. berbekalkan pengalaman menjual kopok 2posen je haha

sLpmEpLz™ said...

@deqlis xdenya.. berbekalkan pengalaman menjual kopok 2posen je haha

sLpmEpLz™ said...

@ct odah tu sejuk minum air batu tu odah oi haha

sLpmEpLz™ said...

@qudwa nak watpe?? selimut?? haha

sLpmEpLz™ said...

@nadia fatihah lai3.. dtg kedai. jgn memalu..

sLpmEpLz™ said...

@Pesona Algebra aummm!

Pesona Algebra said...

ni nk makan ke Aumm lak , haha

sLpmEpLz™ said...

@Pesona Algebra muahaha entahlah.. da smulajadi cmtu..

faeza said...

lerang ea kak? dah mcm berey lah pulak nak lerang bagai.
alololo, sweet nye laki tuh,..
sejuk aty den kalau dpt laki mcm tuh.
haks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...