Wednesday, August 3

MPPB The Series [Ep. 10]

Sorotan cerita tempoh hari, macammacam aduan diterima. Pelajar ponteng, pelajar hilang, pelajar menyorok, pelajar itu, pelajar ini. Semua menghentam Biro Asrama sebab mulanya kewujudan pelajar itu adalah daripada asrama. Baiklah, kini aku tekad dan nekad! Lagi terbawabawa perasaan amarah yang tak berkesudahan, malam itu ketika sibuk orang lain berpost-mortem aku berpakat dengan fesifesi wanita lain buat rokol malam tu jugak. Misi rahsia. Actually rokol adalah HARAM dilakukan ketika orentasi ye. Itulah 'kerugian besar' orentasi sekarang. APA PUN TAK BOLEH..

Che Wan Selamoh ada bertanya aku, "Akak buat rokol apa??sapakah gerangan yang mengadu tu?? Bila pulak biro kerohanian berlari2 kat tgh padang?? pukol bape?? kenapa saya tak tau pape. Haha..rokol tu apa sebenarnya ek??"

Mariah Jonet pun mencelah, "A'a lah, rokol tu apa kak?? saya pernah bace pasal 'roll call', bende yg same ke tuu???"

Banyak soal la bebudak ni! Aku pun tak tahu apa itu apa sebenarnya rokol @ roll call @ row cole @ apaapa saja yang bunyi sewaktu dengannya. Ejaan pun tak pernah nak ambil tahu. Haha. Setahu aku rokol ini macam panggilan emergency untuk berkumpul ramairamai di tempat yang ditetapkan. Wah ayat kamus dewan.

Gambar Hiasan
Menceritakan kisah rokol pertama kalinya dalam sejarah hidup aku juga. Aku tak pernah la nak rokolrokol sebelum ni ikut je orang. Tapi disebabkan dah '30tahun' jadi fesi dan mungkin yang terakhir kali juga aku buat juga. Kenangan akan menjadi kenangan kalau kita yang mengukir kenangan itu. Betul tak? bermadah pula dia.

Aku berpakat dengan Kak Long mulanya nak buat rokol malam tu. Jangan bagitahu Big Boss sebab konfemkonfem dia tak bagi. Then sebab sangat2 geram dgn perangai sekor2 budak baru yang sudah berani tunjuk taring ni gigih aku cabut masa meeting post mortem tu berlari selaju cheetah dengan Ocha ke kluster C. Hiperbola sangat kau! Roger semua fesifesi asrama usher semua budak kumpul.

Lepas post-mortem aku terus berlari balik ke blok asrama. Aku last skali sampai sebenarnya HAHA. Roger fesifesi lain gegas kumpulkan budak. Bebudak time tuh dah habis program. Cadangnya sebelum diorg habeh program kumpul. Baru dapat tangkap manamana yang try nak escape tuh tapi tak sempat sebab kami tak habis post-mortem lagi. Itu yang cabut kelaur je tu.

Sampaisampai kat asrama tengok beudak ada yang tengah makan kat cafe. Ada jugak yang tengah isi air. Yang tengah mandi. Yang dah tidur pun ada. Tiada yang alasan untuk lari. Semua kena turun. Gegar satu kluster. Terkocoh-kocoh budakbudak berkumpul. Sampai ada yang turun pakai tuala je kain batik tu biasa je. Nasib baik tak berkemban. Haha. Memang aku penat giler masa tu.  Penat berlari. Muka masingmasing lesu, pahit, payau semua ada. Yang skema tu ikut jela, yang jenis kepala gong pon ada. Ketuk berapa kali buat derk saja. Ini pesen pesen makan kaki ini. Pastu tuduh fesi garang la. Fesi makan budak la. Fesi gila meroyan la. Hati kesian pun hilang rasa.

Paling aku tak boleh lupa ada sorang ni tengah gigih angkat air botol 5 liter kiri kanan. Baru isi kat cafe tadi kot. Terkial-kial angkat air naik tangga blok C2. Dah la kurus, kecik saja budaknya. Pastu dengar fesifesi riuh panggil suruh cepat berkumpul, kalut dia angkat air lajulaju naik tangga. HAHAHA pastu aku tegurlah.

"Adik tinggal jela air tu dulu. Pergi kumpul sana. Nanti boleh angkat. Takkan awak nak bawak naik blok pastu awak turun balik.."

Dengar je aku cakap camtu terus dia tinggalkan air tu betul2 kat tengahtengah tangga. HAHAHA kelakarlah kau dik oi. Kenapalah lurus bebeno anakanak ini.

"Adik, awak angkat sampai atas dulu pastu turunlah. Tergolek botol tu kang, penat je isi"

Macammacam hal la budakbudak ini. Kesian tu kesian juga. Muka masingmasing polos je. Muka je polos, dalam hati aku tahu sedap maki hamun aku. HAHAHA sokay. Selagi tak sampai kat lubang telinga aku ni, kutuk la puaspuas. Aku dulu sama je macam korang kot. Hahaha.

Dah kumpul semua, buat counting setiap blok. Molek je yang tak cukup tu jadi cukup. Yang hilang dah ditemui. Yang menyorok keluar dari sarangnya. Operasi lewat 5minit saja. Kalau tak, konfem dapat tangkap sapa jadi 'hantu asrama' selama ini. Lepas tu, setiap blok kena bebel dek aku. Sampai hilang suara aku. Penat nak repeat ayat sama 3-4kali. Nasib baik la blok ada 4 je. Itupun bukan semua dengar. Yang kat belakang tu konfem buat taik mata je. Apa yang kau bebelkan Teja? Rahsia. HAHAHA.
rokol untuk mengenalpasti suspek yang hilang
Pada itu, naik 2-3orang guard. Aku dah cuak dah. Yelah, rokol tak boleh buat kot. Kot-kot la aku pulak yang kena rokol malam tu dengan guard huhu.. abang-abang tu lalu lalang dengan motor, pastu berhenti depan aku.

Guard: Ada apa ini?
Aku: Sportcheck. carik budak hilang.
Guard: Oh ingat ada apa tadi. Jangan lewat sangat ea.
Aku: oke oke, kejap je ni. Hee

Gelabah la kau. Guard tu ronda tengok kawasan je pun. Tak lama lepas tu datang pulak dua bijik kereta. Apa lagi ni?? Kantoi busuk aku buat rokol malam tu kalau ada yang merepot. Rupanya hantar budak sakit. Kes apa entah, aku pun lupa sudah.

Malam tu takda yang kena dera pun. Takda yang kena turun naik bukit seperti yang dirancang sebab suspek tak dapat ditangkap. Selamatlah mereka. Tape, dapat dera diorang tidur lambat pun dah cukup puas hati. HAHA jahat! Tak siasia aku membebel sampai kering tekak sebab esoknya mereka menjadi yang lebih baik. Bagus budakbudak ni sebenarnya. Dengar kata senang kerja. Itupun lepas puas kena bebel. Itulah Kluster Cendekia yang ku kenal. Insyallah kalau diberi peluang nak jaga Kluster Jauhari pulak.

Esoknya fesifesi lelaki bising tanya pasal rokol malam tadi. Lusanya Mr Syah, our big boss very very big boss dapat aduan pasal kejadian tersebut. Amboi kecoh sematrik, misi rahsia tak jadi rahsia dah. Mr Syah tak marah just bagi warning jela, jangan buat macam tu lagi. Aku pun explain bela diri sebab munasababnya tindakan aku itu. Then tak sangka dia boleh pulak support tapi jangan sampai SI DAFI tu dapat tahulah. Katanya nak rokol tetiap malam pon tak kisah. Haha supportive sungguh sir. Then subuh tu pulak...

Apa yang terjadi pulak kali ini? Rokol lagi ke? Ke ada yang kena gigit tikus lagi?  In the next episode..  Jeng, jeng jenggg.. hehe

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

2 ribu komen:

qudwa said...

haaaaaaaaaa....

episod 10..??...da bape bnyak telepas ni...XD

sLpmEpLz™ said...

nmpk sgt x4low blog akak.. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...