Friday, August 5

MPPB The Series [Ep. 11]

Ada lagi?! Bila mau tamat daa.. Relax, chill bebeh. *omputeh gitu Tak lama lagi tamat sudah MPPB The Series minggu orentasi. Tinggal lagi dua hari je lagi. Lepas rokol malam tadi, *refer  last entri kitorang fesifesi asrama tak tido. Kami berjaga sampai pukol4 pagi tunggu saat nak kejut bebudak bangun dan bersiap untuk berkumpul. Tapi baru nak pekik ke turun, dah ramai dah yang bangun bersiap. Wah bagus. Ada perkembangan positif daripada bebelan aku semalam.

So pagi tu, semua kelihatan berjalan lancar akan tetapi ketika salah seorang fesi... *aku tak ingat macam mana mula kejadian dan fesi mana yang terlibat Dia naik berang. Kenapa lagi ni?! Repot demi repot diterima. Dah macam kaunter pak polisi aku ni. Huhu.

Fesi: Ada orang buat taik kat kita.
Aku: Kenapa lagi?
Fesi: Ada orang letak !#$% atas sabun kita mandi der.
Aku: Perghh sabun aku!!! Bila? Ada lagi ke?
Fesi: Ada lagi cantik je letaknya berganding bak pinang dibelah dua kat tempat sabun.
*dialog dibikin mengikut kesesuaian peringkat umur.

Hamboi, hamboi, hamboiiih! Balas dendam apa ini? C3 ku rasakan begitu malang ditika itu. Dah la blok paling tinggi dipuncak bukit, paling jauh.. juga paling 'bertuah' sebab jadi tempat kumpulan fesifesi otai. Dengan Kak Mai boleh la korang ajak main congkak, kami layan takraw je. *Ini perumpamaan oke. Maybe ada budak2 blok C3 rasa macam nak tukar blok sebab fesifesi diorang 'baik' sangat. Memandangkan pagi itu aku tak mampu nak terpekikpekik macam malam rokol. Ku serahkan tugas kepada kakak kawasan, Kak Gugu. Walaupun artis lagu tradisional asli, beliau sangat ganas mengalahkan artis lagu heavymetal ye. Ganas giler! Rugi sesangat sesapa yang takda waktu tu. Macam kerbau naik minyak lagaknya.

"Aku nak korang cuci satu toilet tu, SEKARANG!"

Itulah kata-kata keramat yang aku ingat. Satu aras berlari dengan muka mengantuk tu pakat cuci toilet semua. Maybe dengan mencuci toilet disubuh hari dapat menceriakan hari mereka. Hahaha. Sumpah tak langsung. Sangat berani mereka ye. Dah la kau letak !@#$% atas sabun yang aku buat mandi harihari pastu yang tukang buang !@#$% kau tu pulak Gugu Errani. Perghh excellent sangat tindakan itu. Sokay, aku redha. Alhamdulillah, lucky badan aku tak berkurap or naik kudis pakai sabun tu tahu! Ish budakbudak ni..

aku dan Ocha kerat sabun guna gunting si Uya
C3 kena bebel lagi. LOL. Tapelah, korang dapat kami pun dapat. So samasama merasa. Tapi korang rasa lebeh la. Hehe Jangan ingat seronok bulibuli orang ini ea *memang seronok kot Rasa dibenci itu tetap ada. Rasa bersalah sangat apatah lagi. Aku dulu pernah ada ditempat korang berada ketika itu. Dari hujung sana sampai hujung sini aku mohon maaf pada semua, sapasapalah yang terasa aku or manamana fesi yang berkenaan ni perangai buruk, mulut jahat dan kejam yang amat sampai mendera fizikal dan mental kalian. Niatnya hanya satu, nak berseronok nak menjalankan amanah dan tugas yang dipikul. Lagipun dapat jugak kenangan dan modal untuk dicerita pasal orentasi nanti. Tak gitu ling? *bukan Ling Tepung Gandum oke Hee

bersambung...

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

5 ribu komen:

AinsHa=( said...

dasat, sabun jd mangsa... ish2

sLpmEpLz™ said...

@AinsHa=(

nak berjimat huhu

ct odah said...

eh ape yg dorg ltak..hehe

fairuz said...

blok c3 ke? rindu laaaaaaaaaa. *jeles

AinsHa=( said...

haha.. tips dari akak hagemaru..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...