Sunday, August 7

MPPB The Series [Ep. 12]

Ada orang tanya, "Bila nak abes cerita kau pasal orentasi ni?" Eh suka hati akulah kan, belog ni bukan aku sewa dari opah kau pun. *kwang hajaq hang noh! Hee.. tapi sebenarnya aku pun tak tahu camna nak end kan cerita ni. Serius, aku tak nak ianya berakhir. *sebak

tekan pada gambar untuk skodeng gambar lain
Orentasi time aku dulu masih ada rokol, denda mendenda, dera mendera ni. Tahun lepas kami semua dah start dimanjamanja, dibelaibelai, dipeluk cium bagai menatang minyak yang penuh. Kitorang dulu berlari balik blok. Kau bayangkan bertapa jauhnya C5 tu, kitorg berlari balik tawu.. Baru nak bukak paip mandi, kena rokol pukul 2-3 pagi. Kena buat helikopter la,  ketuk ketampi la, kena lari berbogel macam-macam.. Saban hari kena marah, hari-hari kena bebel. SUMPAH AKU BENCI GILER FESI MASA ORENTASI.. Tapi kini, aku juga menjadi sebahagian daripadanya. Sangat LOL disitu. Tak sangka.

wajib berlaku bila ada taklimat kat depan
Mariah Jonet: Ha'a mase orientasi tahun lepas saya pun pelik jugak selalu dapat tidur awal. Macam xde bnde sgt..xde kene2 buli sume..hehe..

Che Wan Selamoh: Kak teja kita try lah jugak kan nak jadi garang tapi diorang pandang sebelah mata je. Sengal betul. Sakit2 tekak menjerit2 kat diorang tapi diorang buat bodoh je.Bengong..Last2 saya tanya budak2 ni akak garang tak? skali dorg cakap tak garang tapi happy go lucky. Penat aku jerit marah2, dorg cakap aku happy go lucky?! Pelik2.. Ketua biro asrama untuk Blok A lemah lembut kot sebab tu budak2 pijak kepala. Siap boleh kutip duit tolong belikan dorg roti. Haiyo, pelik2..hahaha..

Mariah Jonet: Kat blok A, Faa lah fesi yang paling garang. Aku tak bolehlah garang-garang, cepat panas.. hahaha.. tgok muka Faa dgn taring dia tu pun dah cuak kot.. hahaha..

TJJ: Batch atas aku dah start semua pelajar tidur kol11. tak boleh rokol, tak boleh nyanyi2, tak boleh ragging, tak boleh joget2, tak boleh lari2, tak boleh marah2. Jambu kata apa pun tak boleh! Memang orentasi paling bosan la. Pegi dgar taklimat, balek tidor, bgun dgr taklimat lagi, pastu tido. Naib baik la cheers war tu tak dibekukan jugak klu tak aku pon malas nak jadi fesi.

Che Wan Selamoh: Tapikan aku rase tahun kami pukol12, kau ingat lagi tak Yah? still kena dengar briefing dari fesi lagi. Tapi tahun ni pukol10 dah kena cepat2 balik blok. Tak best, tak best. Masing2 mengeluh skali aku jawab kitorang dulu pukol12.30 kat DSG lagi dgr briefing tau. Banyak kali jugaklah kita ulang ayat yang same bila dgr je budak2 ni mengeluh..

Mariah Jonet: Ha'a. Dulu always briefing. Yang paling aku ingatkan Semah, before pergi mentor ke interaksi ke mesti kene kumpul dulu. Always aku rasa.. memang briefing dulu, baru lepas pergi sume2 tuu..

Che Wan Selamoh: Memang asyik kene briefing jelah tapi time kita ada je mase buat gemuruh jiwa, lagu lantai yang cantik. Buat yg gambate2 tu.. Eh banyak bende kot fesi2 ajar lagulagu semue time tu. Tapi kenapa skang ni smue bnde xde ek. Sedih kot..

Mariah Jonet: Main game siput tak payah citer ar. Teka-teki la, apa. Banyak giler yang aku rakam fesi2 lepas ajarkan. Sekarang ni, nak buat gemuruh pun xde nyer..

Che Wan Selamoh: Banyak kan? Tapi skang nape satu pun takde. Ada sehari tu kitorang buat tapi depan budakbudak yg tak boleh smbahyang dan pelajar non-muslim. Time tu je aku rase. Kenapa ek?? Pelik bin ajaib. Lagi satu, ada ke majlis penutup buat petang? Tak best langsung. Buat malam lagi gempak dan time kita persembahan majlis penutup ada 2-3 persembahan. Sekarang ni satu je? Bosan2.. Kesian kita kan dapat jadi fesi yg aktivitinya semue kene cut tapi best fesi ni sebab familynya fesi. Kenal tak kenal bantai je borak sakan skali terus rapat. Best2..

*****

Itu yang kami rasa. Tapi ikhlaskan hati, berbakti untuk kolej. Bukan senang nak dapat masuk matrik. Kalau kita yang tak hargainya, siapa lagi? *patriotik giler

Juga ku titipkan disini video lagu gemuruh time orentasi zaman aku. Muahaha.. yang lead kat depan sekali, si baju hajau tu nama dia Maaz aka Roy *bukan sebab dia boroi ea. Kitorang gelar dia Abang Semangat. Sebab apa beliau dapat gelaran sebegitu? Korang layan video ini untuk mencari jawapannya..


bersambung..

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

1 ribu komen:

nadia fatihah said...

saya juga rendu pada orentation week :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...