Saturday, September 10

the making of.. Cornflakes Madu

Tup-2 kira dah pun masuk 10 Syawal. Dah posenam? Senam pun jauh, apatah lagi nak pose ye dak? HAHA. *yang wajib ganti ni didahulukan Yelah! (-.-") Ahaa.. kali ini Mastercep Teja membawa anda ke resepi feberetnya yakni, CORNFLAKES MADU. Amboi kelass kau jah! Raya sebulan oke, pedulik apanyer aku. Saja buat lagi tadi sebab stok sebelum ni dah sapan dah. Sold out gitu! So Mak Jemah Mastercep Teja bikin ni untuk dibawa balik asrama nanti. Ada juga benda nak dikunyah time study nanti.. *kemain


So kita terus ke bahan-bahannya:
Beberapa guni emping jagung *melayu sangat you~
Buttercup
Sebijik sarang landak lebah hutan *tiada jaminan keselamatan
Gula halus/kastor
Kekacang/kismis/ceri *untuk memeriahkan majlis saja
Papercup

Cara-caranya pulak:
1. Cairkan sebijik buttercup 250g kalau tak silap aku lah.
2. Butter dah cair, kau humban madu dan gula halus. Masak sampai cair semua.
3. Humban pulak cornflakes td dlm 500-600g. Jangan seguni, aku gurau je tu. Agak-2 la, bagi ngam-2 dengan adunan madu tadi. Gaul sebati dalam api kecik. Kang hangus. Kalau nak cantik, humban skali kekacang/kismis/ceri etc.


4. Pastu masukkan dalam papercup molek-2. Nak meriah lagi, tabur color rice or bijan atas dia.


5. Bakar dalam ketuhar selama mana kau nak. HAHA. Gurau. Kejap dah la dalam 5 minit, nak kasi lekat je.


Mudahkan? Sangat mudah la sampai adik bujang aku yang baru lepas sunat tu pun dah reti bikin. Nak tahu tak kenapa corflakes kitorang bikin ni even tak berapa lawa macam jual kat kedai-2 tu tapi habis licin menjilat jari??? Haa.. saksikanlaahhhh...


Ini penyedapnya. Nasib kaulah sapa yang makan kuih yang adik aku buat. KAHKAHKAH3jutalemon.. *muntah cornflakes*

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...