Wednesday, November 23

Wordless Wednesday #14

2 ribu komen
Alolo tomey tomey iye ..
||
||
Make over begins ..
||
||
urmmm ..
||
||
Heeyah .. Heeyah
||
||
then
||
||
Tadaa!
||
V

Semangat Harimau Malaya. Ghaumm!

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, November 18

aku, hari jadi dan kek pisang

4 ribu komen
Sambungan dari entri ini. Sebab apa aku cakap besdei aku tahun ni tak best? Manalah aku tahu. Hahaha kiddin. #Lawak lettew konon. Alah seloroh sikit pun taboley, orang saje je :P

Biar aku ceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian. Kisahnya bermula ...

Petang 3 November itu aku ngan kawan aku menunggu bas Rahimah Alamaya (bukan nama sebenar) untuk ke Kuantan. Tunggu, punya tungu, punya tunggu lebih 2 jam bas tak muncul² jugak. Yang aku nak hangin gila babi time tu, before that kitorang dah siap call syarikat bas tu tanya masuk ke tak Yuempi. Pakcik jaga kaunter tu dengan penuh yakin dan konfiden cakap masuk. Grrr .. patut kasi rejam dengan batu je manusia camni. PENTIPU!

Nak magrib tu kitorang blah mencekik kat cafe sebab kebuluran tak makan dari pagi. Perut lapar memang rasa macam nak makan orang je rasanya. Serba serbi nak naik hangen. Nasib baik bas pukul8.30, so aku amik keputusan naik kat simpang Yuempi jela. Mesti korang pelik, pekejadah kau susah payah pegi Kuantan sana kalau boleh naik kat simpang Yuempi? Urm aku ada alasan yang tersendiri. HAHAHA #annoying

Oke dipendekkan cerita, Alhamdulillah aku selamat naik bas untuk pulang bercuti raya bersama keluarga terchenta. Johor Bahru, piss yo! here I come! Dalam bas, biasalah aku layan diri dengan mp3 dan terus krohh² .. 

Tetiba peha aku bergetar. Hempon vibrate. Dalam bas memang aku silent hempon, macam naik flight pulak kan. HAHA Segan kot hempon bunyi dalam bas yang senyap. Nanti sume orang tengok. Yeah, dapat sms! 3 sms .. aku tersenyum. 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU
Lepas tu sampai lagi beberapa sms. Call pun ada. Haa jeng .. jeng .. jeng. Mesti dalam kepala hotak korang "Pakwe lettew" AKU SINGLE HOKAY. Yeah, dalam usia cenggini diriku masih single. Rozita Che Wan sangat diri ini. So sad. Dah² lari topik ni.

Then aku baru teringat aku lupa nak private wall fesbuk. Alamak, mesti penuh wall aku ngan wish² rerakan fesbuk. Bajet howt sangat kau tuh sampai nak private² wall. Bukan camtu, I'm really appriciate those wishes just tawu² jelah fesbuk ni tak semua ikhlas wish kita. Penuhkan noti aku je.

Jenis² birthday wishes:

1 - happy birthday to you OR selamat hari lahir
(Pengepost jenis skema dan monotype. mesti pakai google translate, i bet!)

2- hewpi bufdey beybi. sayunk gilewr at kaw, lebiu ngat!
(Aku tak sure apa masalah pengepost jenis ini. Terlebeh kretip. Berdarah hidung nak menggayakannya. Baby ke babi? erk)

3 - happy birthday!!! :)
(tambahan tanda seru yang banyak plus smiley menunjukkan pengepost sangat teruja dan excited kemain dengan besdei kau even dia tak kenal or baru kenal kau)

4 - Happy Birthday dear! ;D or Happy birthday sayang!!!!  c:
(lebih kurang 3. tambahan panggilan mucuk² tomey menunjukkan pengepost kenal rapat dengan kau)

5 - HePi BiRthDay saHaBaT, tUwe dAh diEr. hEhE :P
(sian ngat. button capslock ngan shift pengepost berkemungkinan rosak tapi bagusnya still lagi gigih nak wish besdei kau)

6 - HB
(Haa ini serupa mintak rejam sama itu batu. Pomaleh!)

7 - sanah helwa ya habibti ukhti/akhi dotdot ..  eid milad saeed.
(Pengepost seorang/bekas pelajar skola SMKA or kelas aliran agama or amek kelas bahasa arab kat universiti or pengepost memang asal daripada tanah arab)

8 - salam ultah
(Selamat ulang tahun. Waduh, bagus deh lorh punya temen dari Indonesia ucapin ulang tahunnya)  #bawel, bandung welcome

9 - Eh harini besdei ko eh? hepi besdei weh! 
(Kalau kau dapat post camni kau ucap Alhamdulillah je sebab ada fesbuk tolong ingatkan pengepost yang kuang asam ni akan besdei kau)

10 - Happy birthday sayang!!!! Best tak kita nyanyi bday td?? hehe.. Moga pnjg umur murah rezeki, sentiasa cemerlang dalam setiap exam, ceria2 selalu. May Allah bless you my dear.. ♥
(Pengepost memang rapat dan sayang dengan kau. Ini kalau kau just like post or komen 'Thanks beb' memang kau patut kena rejam dengan batu sebab tak gheti hargai doa sahabat kau)

11 - Although I can't wish you a happy birthday in person, I will spend the whole day with happy thoughts of you. May your days be filled with sunshine and beautiful colors. And may your nights be filled with comforting dreams and wishes to come.
(Pengepost mungkin seorang guru bahasa inggeris ataupun sedang praktis untuk muet esok lusa)

12 - Selamat Pengantin Baru.. oppsss.. Selamat Hari Raya. eh silap lagi, Selamat Hari Lahir. hehehehehe
(Pengepost cuba melawak di hari jadi anda. Kalau kau rasa kelakar, kau gelak. Kalau tak, kau boleh tengok siri CSI cara-cara nak bunuh orang secara profesional)

13 - Post gambar kek atau video lagu happy birthday nyanyian chipmunks kat yutiup.
(Pengepost seorang yang kretif dan cuba mencari kelainan dalam mengucapkan besdei wishnya)

14 - (●̮̮̃•̃)۶ ♫♪ ♥♥ H A P P Y B I R T H D A Y ♥♥ ~ ♫♪٩¯\_(ツ)_/¯ (^o^)
(Sama macam 13 just lainnya, pengepost jenis ini kaki kopipes. Dia akan post benda yang sama untuk setiap besdei dalam frenlistnya)

15 - hapy bzdy akk fesi =)
(To Adilah Zubir, hampir semua komen diatas akak amek daripada wall kau. Have a best day babe)

Terasa lettew. HAHA Actually apa pun jenis wish kau samada post kat fesbuk ke twitter ke sms ke or call, those wishes are completing the day. Sapa tak suka orang wish besdei dia kan? 
bukti aku femes tahap retis, kau ada?
Sehinga pukul 2.20am, 207 orang dah wish besdei aku malam tu. Terasa howt sangat kot. HAHA. Mujur ada wifi dalam bas, canggih bas express lenim. Lelaju aku on fesbuk via mobile. Memang sepanjang perjalanan tu aku senyum je, tak tidow baca post-post kat wall. Sambut besdei dalam bas, not bad. 


Sampai je Larkin, melihat wajah-wajah kesayangan aku tersenyum menyambut kepulanganku dengan kek pisang beli kat seben eleben felt like itulah hadiah hari jadi yang terhebat tahun ini. Smile.

p/s: bongok, kata tak best? ayat macam keling kau ni. demm..

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Wednesday, November 16

sedihnya pabila digantung tak bertali

5 ribu komen
Hari ini aku ber-Twitter seperti hari-hari sudah. Dalam ber-tweet itu adalah beberapa pop-up ayat-ayat cinta daripada Twitter. Tapi aku tak endahkan. Aku teruskan juga menggila ber-tweet sampai berasap keyboard. Sedang aku asyik ber-Twitter itu tetiba pop-up lagi ayat cinta,

Your account is suspended and is not permitted to send Tweets.

Aku pangkah jelah macam pop-up yang tu, heran pulak aku kan. Aku bermonolog dalaman tanpa memahami message yang cuba disampaikan pop-up terbabit. #skema Then aku try tweet lagi. Banyak kali. Ada la dalam sejuta enam kali tapi tak boleh tweet jugak. Still keluar pop-up pasal spender suspended tu. 

Masuk je cubaan retweet untuk kali ke sejuta tujuh keluar bapak pop-up kat header. E'eh, apa kejadah pulak ni? Kaler merah jambu cair gitu, konon amaran lembut kot.

Following/Followers aku yang juta lemon pun kena suspended juga :c
Your account (@TejaAhmed) is currently suspended. For more information, please visit Suspended Accounts.

Haa itulah padah degil-2 lagi. Orang tak bagi tweet paksa-2 jugak, ini makan dia! Wuwuwu sedih aku. Account kena gantung rupanya. Apa salah beta? #ImranAjmain Aku tweet biasa je bukan melucah pun. Then aku picit la link Suspended Account tu then check email dapat surat layang ini:
Tak nampak picit je atas gambar. Tak paham pegi google translate.
Adapun dalam email amaran terbabit diperkatakan sebab aku digantung adalah kerana aku bersikap agresif #aggresive following behaviourPerilaku agresif secara psikologinya bermaksud cenderung (ingin) menyerang kepada sesuatu yang dipandang sebagai hal yang mengecewakan, menghalangi atau menghambat (KBBI: 1995: 12). 

Apakah semua ini?! Aku bukan buat jenayah apa kat Twitter tu. Aku tak melucah, tak usik orang, tak mencarut bukan-2, jauh sekali merogol. Apa salah aku?! Apa salah aku sampai digantung begitu sekali? 

Kepada staff Twitter jika kau terbaca entri ini tak payah la gantung account aku tu, delete jelah bagi anjing makan. Fedap aku tau. Begini kau perlakukan aku setelah ku berpaling tadah daripada Facebook hanya untukmu. Semata-mata untukmu Twitter!

Twitterian yang teraniya.

sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, November 8

guwa hapdet belog bila-bila guwa suka

0 ribu komen
Abaikan tajuk entri. Wah, November datang lagi and wish a very happy belated birthday to me .. Hepi ke? So-so. Kurang kaww sambutan besday guwa tahun ni. Sebab? Haa ni la nak cerita sbg modal entri kali ini. Yelah, dah berdekad rasanya belog ni terbengkalai. Kalau rumah, dah jadi rumah usang berpuaka pun.

Mana kau pegi Teja? Kenapa lama tak hapdet belog? Tak bayar bil karen ke? Berukben kena potong? bla bla bla .. dan sejuta satu soalan yang mungkin menerjah diminda para readers belog ni. *Kau ada readers ke? OMG Ya Rabbi, buktinya? Ada, dengan jawapan sekali...

picit atas gambo untuk yang rabun
Ni sample je. Ada namploh juta lagi request yg guwa tak sempat haplod kat sini. Diikutkan guwa boleh je kalau nak celen belog-belog retis macam Cik Penyu Cik Sarah, Cik Bella dan Cik Encik Zme. *Komisyen 90% sebab letak nama korang kat sini. Serius! Saja malas nak show off. Haa guwa tengah bajet gila babi ni ..

Oke, berbalek pada besday tadi. Rasanya seantero dunia dah taw tarikhnya. Yang baru taw tu sila buat reminder dalam hempon anda sekarang. Yang tak taw tu, sila blah dari belog dan hidup guwa. Sebab apa guwa cakap tahun ni punya tak best? Urmm ..

E'eh cerita Atasinchi guwa kejap lagi nak start, next entri guwa sambung ea. Promise! Lagipun guwa tak sihat ni. Mabuk daging. #janganmarahnantikenajual Oh tak lupa juga, Salam Aidiladha buat semua. c:

p/s: Maaf atas penggunaan 'guwa' dalam rangkap diatas. Pengaruh filem Samsul Yusuf la ni, astagfirullazim.
sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...