Tuesday, December 27

Ku makan buahnya. Eh!

Celik mata pagi tadi, mencekik buah sampai ke petang. Naik mabuk rasa. Mana tak, dari pagi asyik mencekik buah je. Kenyang buah aku harini. Mana datang buah-buah ni semua? Opkos bukan dari langit. Dusun? Aha tepat sekali tapi bukan dusun aku. Semalam tengah malam rumet aku balik bawak hempat plastik besar buah-buahan. Tak banyak pun, tiga jenis buah je.


Ini buah dokong. *katanya*
Bergaduh sesama rumet pasal nama buah ni. Yang sorang kata dokong, sorang lagi kata langsat, sorang tu pulak kata rambai, yang aku kata duku. Last-last yang menang dokong sebabnya dia yang bawak buah ni. So redha jelah. Yang penting dapat makan. Sedap. Manis kot. Tapi aku tak suka sangat buah ni.


Ini campur-campur seplastik besar rambutan pulasan dengan manggis. Pulasan tu rasanya sama je macam rambutan cuma bau dia lain sket. Eh yeke? Hee .. Kulit dia pun keras dan tebal sikit. Apa yang bagus pulasan, kalau makan banyak-banyak tak sakit tekak macam rambutan. Manggis pula dalam baso kelate Mak Jemah oyak, oghe kelate panggil Woh Seto. Yoloh eh? Aku paling banyak mencekik buah manggis sebab jarang jumpa. Nak beli mahal kot. Huhu ..

Isi gebu dengan jus yang manis-manis masam. Perghhhh
And all time favourite.
.
.
.
.
.
.
.
Senang dikupas.
.
.
.
.
.
.
.
Berbulu keras. 
*jangan kuning*
.
.
.
.
.
.
.
Berwarna merah saga.
.
.
.
.
.
.
.
Manis berlemak macam aku.
.
.
.
.
.
.
.
PULASAN!

Aku lagi suka buah-buahan kampung daripada buah-buah orang kaya macam strawberi, orange, kiwi etc. Teringat zaman kecik-kecik panjat-panjat pokok time musim buah. Feberet pokok jambu dengan rambutan. Sampai kena kejar dengan tuan pokok paling tak tahan tu. Hehehe.. memori budak nakal.



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

0 ribu komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...