Monday, December 5

'How to print screen?' edisi Bahasa Melayu

Print screen atau cetak skrin adalah salah satu cara mudah utk copy page website selain download image. Yang dah tawu tu mesti common dah dengan step button [PrtSc Sysrq]. Tapi aku tawu, masih ada diluar sana yang tak tahu mcm mana nak printscreen. 
picit atas gambar untuk tumbesaran sihat dan kuat
Bila Aku terbaca post diatas, terasa bertanggungjwb utk aku share ilmu yg tak seberapa ini disini. Bagus tak aku? ekeke Ekceli banyak caranya. Kat tenet pun banyak software² untuk print screen ni tapi gigih sangat nak install bagai. So aku  aku titipkan disini beberapa cara yang biasa orang pakai.

PRINT SCREEN VIA PAINT
Bahannya adalah sepapan keyboard. Kalau kau nak
1. Print keseluruhan screen desktop, picit 
  • [PrtSc Sysrq] + [Ctrl] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Shift] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Caps Lock] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] + [Tab] ATAU
  • [PrtSc Sysrq] sahaja. :D HAHAHA
Ceit, kenapa tak cakap semua button atas keyboard + [PrtSc Sysrq] ? Kadang² tekan [PrtSc Sysrq] saja pun tak jadi, so aku bagi la altenative way-nya. Ingat aku suka² nak trolling kau ke?

2. Print window sahaja, picit [PrtSc Sysrq] + [Alt]

Pastu aktiviti paste, edit dan crop dilakukan kat Paint. Paint pun tak tawu kat mana?! Hamboi kronik naw level buta IT kau tuh. Kau refer step² seterusnya kat belog² berikut:
Sama je stepnya, so watpe aku nak buang masa dan tebiat wat keje 2x. Kalau still tak puas hati or tak paham, boleh google tempat lain. Yang hensem kacak bergaya boleh tanya aku direct via phone. 

"Alah lecehlah weh. Jari aku tak sampai nak picit button [PrtSc Sysrq].."

"Alamak keyboard aku rosak la. Semalam main gem Sally's Spa habis tercabut semua button."

Pulak.. -.- Sokay, ada cara lain.

PRINT SCREEN VIA PHOTOSCAPE
Untuk step ini, refer belog ciktom gadis tomato. Aku pun tapenah pakai cara ni.

"Takde Photoscape, Window Media Player adalah."

Pergilah install dodol. -.-

"Erk, malas nak install Photoscape boleh? Local Disk aku dah merah, tunggu masa format je.."

Sokay, ada cara lagi senang. 

PRINT SCREEN VIA GOOGLE CHROME
Kalau kau suka guna Google Chrome, kau install extionsion dia kat link Awesome Screenshot ini. Ini dulu aku pernah la pakai kejap. Lagi senang daripada 2 cara diatas.

"Aku tak paham la yg Google Chrome tu. Dia speaking, bajet MUET ben sik lettew."

"Kalau aku pakai Mozilla MusangApi camna?"

Hamboi, memacam alasan. Untunglah aku nak ajar. Yang diatas ini cara biasa orang pakai. Ada lagi cara lagi-lagi mudah.

PRINT SCREEN VIA SNIPPING TOOL
Haa.. ini the best of the best. Tak pernah dengar dan tak pernah hambek tawu kan? Kacang dalam botol je ni. Start >> All Programs >> Accessories >> Snipping Tool. Tak pun pergi kat  ruang 'Search program and files' tu then taip je 'Snipping Tool'.
as easy as crop and save
Ooooo baru tawu. :D Dah tawu tu jangan pulak disalah guna. Selamat beramal.


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

0 ribu komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...