Sunday, May 20

kurangnya kasih-sayang manusia

2 ribu komen
Mungkin cuma ada seorang seperti aku di dunia ini.
*Kemain ayat aku kan?*
Itulah. Seperti kebiasannya.
Belog aku mengalami masalah kurang kasih-sayang manusia.
Siapa manusia itu, tak perlulah aku hegeh jawabkan.
Manusia tu tak punya masa berbelogging hebat seperti dulu.
Idea yang ada disimpan mereput sendiri dalam kepala.
Habis luah pun kat tuiter dan fesbuk.

MAAF

Manusia itu dah biasa hidup tanpa komitmen.
Kali ini tetiba dia mimpi basah nak menjenguk belog gersang dia ni.
Tengok apa dah jadi!
Tu kotak-kotak tepi kanan tu rosak semuanya. Pasaipa?
Gersang lettew. Sampai tak terbela dah.
Kurangnya kasih-sayang manusia.
Bebukak tetiba jadi noob tak reti camna nak compose entri.
Orang blogging, nak blogging jugak. Dang!

KOMITMEN

Homaigod .. Homaigod .. Homaigod ..
Taksuke betul dengan perkataan itu boleh?

Taksuke sampai tanak join pape aktiviti kolej. Sebab aktiviti kolej banyak komitmen.
Taksuke sampai tanak tidur bila mengantuk.
Taksuke sampai tanak mandi bila busuk.
Taksuke sampai tanak makan bila kenyang.
Taksuke sampai tak kesah pon kalau takde boipren sepanjang hayat.
Taksuke sampai kalau boleh tak kawen pon takpe. Opss

Today's meal. Makanan orang kurang kasih-sayang . sobs
Entahlahh apa nak jadi dengan aku neh.
Dah lali hidup sendiri dan tak berkomitmen dengan orang lain.
*ayat mak-mak janda*
Hempon selalu dalam mode senyap.
Letak volume 8 pun tak perasan jugak.
Hempon tak senyap, aku yang senyap. LOL.

Disebabkan aku dan hempon selalu dalam mode senyap,
Maka pelbagai tomahan dan kritikan yang berbaur nganjingan aku terima dari kengkawan.

“Tu yg aku malas tu nak mesej kau. Lepas patblas jam baru kau nak balas kan?”

“Kau dah kenapa tak namploh kali aku call tak angkat? Stress la camneh sokmo”

“Orang macam kau ni menyusahkan tahu tak?! Klu emergency ke apa camna?”

“Kau baik tak payah ada henset. Bagus letak dalam akuarium wat mainan ikan”

SUDAH CUKUP SUDAH!
Pedas? I barely said, dah biasa dah dengar semua ni.
Gelak sikit. HA HA HA HA. Okeh.

Ye, memang saya salah pun. Saya mengaku. *sopan*
Kalau boleh saya nak bagi impulse-benci-komitmen ni dekat orang lain.
Saya sebenarnya bertanggungjawab orangnya.
Jujur. Amanah. Penyayang. Prihatin. Hormat orang tua. Pandai memasak.


TAPI

Disebabkan tiada usaha nak berubah dan EGO nak meminta maaf terhadap orang-orang tertentu memang tinggi menggunung mengalahkan menara Burj Khalifa di Dubai, maka ku ukirkan kata-kata maaf ikhlasku disini.

“SORI AH KORANG SEBAB HEMPON AKU
MEMANG AKU SELALU MAIN CAMPAK-CAMPAK JE
BERCAS TIDAK, BERTOPAP PUN TIDAK
KALAU NAK SURUH AKU UBAH PERANGAI
BAGI AKU PAKWE KACAK BOLEH?”

*Kbai. Laaaaaaaaaariiiiikkkkkkkkkkkkkk!



Yeah, thesis yang nak kena hantar esok aku tak siap lagi. *tidur dulu*

P/S: Aku pun kurang kasih sayang manusia. Oleh itu aku gemar siapkan thesis sambil tengok SuperSpontan, nyanyi lagu dengan lirik yang berlainan espcially lagu omputeh, dan kumpul baju kotor selama 3-4 minggu lamanya -- cuma kerana kurang kasih sayang. Sekian.


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...