Monday, December 17

No more slpmeplz!

Sejajar dengan kemeceten aku sebagai manusia normal, aku rasa aku perlu lakukan perubahan pada belog aku yang dah season ni. Inilah hasilnya. Header baru. *Rujuk header diatas. Hiks
Selamat tinggal SlpMePlz. tsk tsk :'(
Ramai juga yang tanya (sapa entah yang tanya HAHA), apa "slpmeplz" atau orang baca as "slap me please"?

Menceritakan sejarah wujudnya word tu adalah ketika aku di zaman persekolahan. Time tu femes sangatlah Friendster dan Myspace ni. Time tu boleh dikatakan separuh daripada 24jam masa aku dalam sehari aku abdikan menghadap benda-benda tak berpekdah ini. Nampak tak betapa obsesnya aku dengan dunia komputer.

Nak dijadikan cerita, atas kesedaran aku sendiri tentang hobi tak sihat aku ini aku selalu cakap kat member-member rapat aku, "Lempang aku kalau nampak aku macam tak ingat dunia ngadap PC". Tapi tak menjadi jugak sebab kawan mana sanggup lempang member yang baik, comel, sopan-santun, suci murni macam aku ni kan. So aku letak la nickname kat profile frienster/myspace aku as SLPMEPLZ. Shortform sebab nickname boleh muat 10 character je.

So sekarang kenapa tukar SlpMePlz tu?

Sebab sekarang PC, laptop, mouse, OS, motherboard, keyboard, pendrive, thumbdrive, CD, DVD dan entah hapa-hapa lagi gadget yang sewaktu dengannya kini adalah hidup aku.! It's a part of my life, and now on whos dare to slap me? Aku pulak yang slap orang kalau kacau aku. HAHAHA.

Begitulah ceritanya. Say, "Ooooooo ..." ramai-ramai.

Yang aku masih aktif : Myspace Frienster Blogger Facebook Twitter
*Disusun mengikut tahap keaktifan daripada tak aktif langsung (kiri) sehingga terlampau aktif (kanan)

************
Siapa Syima?! Tak tawu kenapa keluar menatang ini bila aku bukak belog aku. Adakah sebab pertukaran diatas? Hamboi-hamboi sampai boikot begitu sekali. Aku klik je advance tu dan take the risk on my own. Tak pernah lagi laptop or PC meletop sebab page sebegini. HOHOHO *gelak lagak otromen*


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

2 ribu komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...