Tuesday, September 16

Day 10 - Your favorite song ever

7 ribu komen
Orang kata, save the best for last. Tak sangka kita dah sampai ke hari terakhir untuk 10 Day Music Challenge. Fuh! Bukan senang. Gigih hari-hari gali lagu kot.

Actually lagu-lagu favourite aku semua dah diluahkan dalam entri-entri untuk 10DMC sebelum ini. So apa lagi lagu best nak letak ni? Hmm..

(setelah 5jam 32minit dan 14saat berfikir)

Telefon menyanyi-nyanyi.

Okay, dah tahu! Inilah lagunya yang konon feberet sangat tu. (mata ke atas tangan menaip) Kahkahkah

AMARAN: Hanya untuk orang yang mengantuk dan lemau tak bersemangat. Yang tengah sakit kepala dan berserabut otak dilarang sama sekali untuk mendengar lagu ini.


Aku kaki anime. Hantu anime sebenarnya. Dan lagu Mugen Loop ini adalah second ending song untuk anime Kaichou wa Maid-sama! (Boleh tengok di youtube) Aku dah pakai lagu ini as my ringtone dekat setahun lebih. TAK TUKAR. Setiap kali hempon aku berbunyi, satu rumah alert kot. Kat office, aku mute. Kalau tak, ada kang kena baling dengan fail. Hahaha.


Day 1 - A Song That Reminds Me of Myself (Zombie - Cranberries)
Day 2 - A Song They Should Play at My Wedding (A Thousand Years - Christina Perri)
Day 3 - A Song that Makes Me Laugh (Miow Miow Poona - Kandasamy)
Day 4 - A Song You Would Sing To My Crush (A Drop in The Ocean - Ron Pope)
Day 5 - A Song That Makes Me Want To Dance (One in Million - Neyo)
Day 6 - A Song I Listen To On Repeat (Mewangi - Akim ft. The Majistret)
Day 7 - A Song That You Hate (#gilabola - Joe Flizzow)
Day 8 - A Song You Are Secretly Obsessed With (Titanium - David Guetta ft. Sia)
Day 9 - A Song That Makes You Think Of Your Family (1234 - Aris Ariwatan)



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Monday, September 15

Liebster Award Lagi!

9 ribu komen
Ini yang ke-3 daripada Sara Liyana, 2 lagi kat sini >>> Liebster Award. Jangan jelly --

Rupanya Liebster Award ini adalah untuk discover blog-blog baru. Kira untuk bagi semangat berblogging. Jangan jadi macam aku, blogger paling fail. 5 tahun dah buat blog, aktifnya setahun sekali. Sebab itu aku layak dapat Liebster Award banyak-banyak. Nampak permainannya? Kahkahkah.


The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

Soalan daripada Sara Liyana,

1. Pernah selfie duckface?
Tak pernah. Tak sanggup nak buat.

2. Kalau pernah apa perasaan lepas tengok gambar tuh sekarang?
So tak payah jawab soalan ni kan? Yeayyy..

3. Benda yang tak kan pernah lupa sampai sekarang?
Benda? Baju sekolah. Err...

4. Benda nakal pernah anda buat?
Banyak. Paling nakal, ada one day tu aku tak siap kerja sekolah. Bila cikgu mintak, buku homework tu aku hantar jugak sebab takut didenda. Waktu rehat, aku sesenyap pegi bilik guru curik balik buku aku dengan buku kawan aku. Aku tiru laju-laju dan hantar semula. Lega. (ini nakal ke jahat?)

5.Subjek paling tak suka dari zaman sekolah?
Geografi.

6. Hadiah harijadi yang hampa sentiasa impikan?
Keterlaluan tak kalau aku cakap jongkong emas? Tak kannn.

7. Kalau dah kahwin apa jawapan yang diberi kalau orang tanya 'ko bila lagi' , kalau belum kawin apa jawapan hampa nak prepare?


8. Longhat negeri yang tak berapa nak faham?
Sarawak.

9. Colour baju yang paling banyak?
Merah.

10. Hampa paham dak bahasa utaqa?
Padiaaaaaa?

11. Tak tau nak tanya apa , hampa jawap lah ikut suka.
Meh aku yang tanya kau, apa yang kau hampa sangat ni? Dari tadi asyik hampa-hampa. Luahkan je.


Nominate 11 other bloggers yang kurang daripada 500 followers. Hmm malas boleh? Awak-awak yang rasa berkelayakan, ini saya bagi awak-awak. Yang dah kena tag dalam Liebster Award sebelum ini, jangan nak lari. Aku tahu ada yang belum buat lagi.


11 soalan daripada aku untuk engkorang jawab. Tak susah pun, baling dadu je.

*Mohon tak kisah dengan penggunaan 'aku-kau' dalam ayat. Muah ciked! :*
  1. Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat, kenapa?
  2. Perkara paling gila pernah kau buat.
  3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
  4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
  5. Barang paling kau sayang.
  6. Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
  7. Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
  8. Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
  9. Perkara paling sweet pernah kau buat.
  10. Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
  11. Kalau kau adalah sejenis haiwan. Haiwan apa kau nak jadi?

Aku kopipes soalan aku sebelum ini. Layankan jelah. Haha k I'm done! *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family

4 ribu komen
One more to go. Yeayyyyy!

Lagu yang mengingatkan aku pada keluarga. Okay, tetiba kena berfikir secara teruk. Banyak lagu cinta kekasih melebihi lagu untuk keluarga. But I got one song yang kalau aku dengar mesti terikut-ikut menyanyi..


Part suara kanak-kanak verse awal tu, comelnyaaaaaaaaaaaaaa. Sebak pulak kita dengar.*kesat air mata* Budak-budak dulu kalau nyanyi dengar suaranya ikhlas je, bukan macam sekarang.

Satu.. kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua.. sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga.. lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat.. mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

(Air mata bergenang lagi) :')

[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[DONE] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With
[DONE] Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family
[NEXT] Day 10 - Your favorite song ever



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Sunday, September 14

Day 08 - A Song I'm Secretly Obsessed With

4 ribu komen
Kita teruskan lagi cabaran untuk hari ke-8 dengan lagu yang aku obses secara senyap-senyap. LOL. Obses dengan lagu secretly? Macam obses dengan laki orang pulak.

Actually banyak lagu aku obses, antaranya dah dinyatakan dalam cabaran A Song That Reminds Me of Myself dan A Song That Makes Me Want To Dance


Titanium - Versi original ke cover ke akustik ke instrument, semua aku suka. Suka sangat-sangat. Sangat-sangat suka. Obses ke gini? Dan aku sangat-sangat naik angin kalau dalam contest nyanyian, peserta nyanyi lagu ni pastu tak sedap. Rasa macam nak ikat ketat-ketat orang tu kat pokok pastu letak sarang kerengga dalam baju dia.


Galau by 5 Minutes. Galau Dato Siti pun best jugak tapi belum sampai tahap obses haha. Ada ke yang tak suka lagu ni?


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[DONE] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With
[NEXT] Day 09 - A Song That Makes You Think Of Your Family



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Saturday, September 13

Day 07 - A Song That You Hate

3 ribu komen
Aku kurang gemar lagu rap dan hip-hop, nak-nak yang diorang restyle balik lagu lama kepada rap. Kesian aku dengar lagu sesedap dirosakkan camtu. Aku tau kalau aku list lagu-lagu rap hip-hop yang aku tak suka (banyak sangat), ada kena carut aku jakgi. Kakakaka.

Aku bagi satu contoh lagu aku dengar sekali lepas tu kalau dengar lagi confirm aku off,


Lagu-lagu rap or hip-hop bukanlah tak sedap langsung tapi kalau dibuang part rap tu lagi sedap. Just my two cent. Kbai *cabut*


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 07 - A Song That You Hate
[NEXT] Day 08 - A Song You Are Secretly Obsessed With



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Liebster Award

11 ribu komen

The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.
Wah, susah jugak dapat award ni. Bersyarat bagai ngalahkan Oscar. Haha. Haritu dapat The Versatile Blogger Award, kali ini Liebster Award. Apa sey liebster? Libresse tahulah. Hiks

Oh anyway, thanks to Iwan (istanalarangan.blogspot.com) and Amiez (amieznuown.blogspot.com) who nominates me to this award. Menang 2 award sekaligus, kau hado?



Daripada Iwan -- Soalan-soalan ni dia kopipes je soalan Faeytynn. Pemalas mengalahkan aku. Cubit sikit dak Iwan ni Tynn. It's okay, kita layankan. So here we go,

1) Korang ade impian tak? Klo ade dah tercapai?
Mestilah ada. Ada yang dah, ada yang belum. Tak tanya impian apa kan? K next!

2) Pernah tak berlaku suatu perubahan dalam hidup korang? Perubahan baik atau buruk?
Pernah, 2-2 pun pernah. Tak tanya perubahan apa kan? K next! Kahkahkah

Okay-okay, aku cerita sikit. Contoh perubahan baik pernah berlaku dalam hidup ini adalah sekarang aku dah bekerjaya. Daripada budak yang nakal (seriously nakal), boleh masuk kolej, kemudian universiti dan sekarang dah bekerjaya. Alhamdulillah.Yang buruk pulak, hmm.. entah. Haha. Apapun, niat hati itu penting. Nak berubah kena ada strategi dan sikap positif.

3) Samsung atau iPhone atau Sony? Korang rasa?
Ini macam bandingkan cupcake, pavlova, dan lempeng. Kalau ikut rasa, aku pilih lempeng. Lempeng boleh cicah sambal ikan bilis ke, gula ke, susu pekat ke.. Pehh kecur liur. (lari topik)

4) Kalau dapat peluang pergi melancong,korang rasa better pergi Europe atau Asia?
Mestilah Europe. Kita dah berada di Asia, rugilah tak merasa berada di benua yang lain.

5) Ada bela kucing? Berapa ekor kucing korang ada?
Ada, seekor jantan jenama parsi. Tapi bukan aku bela, mak yang bela. Malas uruskan binatang, aku sendiri tak terurus. Haha.

6) Ada "crush" tak? Kalau ade, kenapa korang suka die?
Dulu adalah, zaman anak-anak gadis merenyam. Suka sebab tampan, kacak, gagah, macho, cool, wangi, bergaya, mutu dan keunggulan. Biasanya si dia merupakan atlete/kaki sukan.

7) Rumah korang ade Astro tak? Ape channel favourite korang?
Ada. Takda favourite, semua channel yang tayang cerita best aku tengok.

8) Kalau pergi jalan-jalan atau keluar rumah, korang selalu pakai pakaian formal atau casual?
Keluar rumah pakai formal memang kena bahan sekampung. Kahkahkah. Pakai selekeh je, selipar, jeans, tshirt dengan tudung. Dah.

9) Contact lens atau Spec? Korang rasa?
No to both. Alhamdulillah, mata saya masih dalam keadaan baik. (saya gittew)

10) Umur bila korang ada handphone?
Form3, 15tahun.

11) Thank you atau terima kasih?
Ini soalan ke, google translate? Terima kasih kerana bertanya. Muah ciked!


Daripada Amiez --

1) Sejak bila anda berblogging? kenapa?
Since 2009, dah hampir 5 tahun. WOW! Hahaha, baru sedar. Tapi untuk 2014, start blogging bulan lepas. Kahkahkah

2) State '7 things' that describe yourself. ^^
Comel (tipu), nakal, fun, awesomely annoying (kah!), sport people, pemalas and sarcastic.

3) Print screen wallpaper yang korang guna sekarang, then upload. tell me why u like to use the wallpaper.
Desktop ke? Seriously kena print screen? LOL. Hope tak terkejut. Kahkahkah


Semua benda aku save kat desktop. Problem? Disebabkan itu aku memerlukan wallpaper yang banyak ruang plain colour, senang nak cari file. Air tu saja kasi sejuk mata memandang.

4) Apa yang korang suka makan untuk breakfast tiap-tiap hari?
Hari-hari roti. Roti hari-hari. Tak roti canai, roti ikan bilis. Tak roti ikan bilis, roti bakar sapu butter dengan gula. Hari-hari. Sebab aku paling malas buat breakfast.

5) Apa cita-cita korang waktu kecik-kecik dulu?
Arkitek. Sampai sekarang still bercita-cita untuk jadi arkitek.

6) Apa peristiwa yang korang tak boleh sangat lupa sampai ke hari ini?
Banyak. Antaranya peristiwa balik rumah jalan kaki balik dari sekolah yang sejauh hampir 10km, itupun lepas menunggu dekat 2 jam kat sekolah. Ayah aku tertidur, tak teringat ambil anak dia ni. Gewghammm.

7) Apa yang korang nak sangat buat dalam masa terdekat ni?
Kawen. Kahkahkah kalau bolehlah. (goncang tabung ayam)

8) Apa perancangan korang untuk masa depan, let say 10 tahun akan datang?
10 tahun lagi dah 30-an dah aku. Hmm, berharap untuk ada bisnes yang maju dan sedang berkembang.

9) Andai anda berjumpa dengan kawan lama yang memang dah lama tak jumpa, what is the first thing u want to tell him/her?
"Eh, lama tak jumpa. Apa dah nama kau?" (mmg pesen aku susah ingat nama orang)

10) Senaraikan nama orang-orang yang anda terpikir sekarang. kenapa? Haha
Alamak! Tengah fikir pasal kerja, ingat nama bos jelah. *sigh*

11) what do you think about my blog??
Diary budak nerd? Simple dan clean. Aku suka. Tak berserabut. Nampak la blog student yang nerd. Hahaha. Betul ke student?


11 blogger bertuah yang ditag untuk Liebster Award adalah.. (calon-calonnya)
Eh terlebih! Takpelah, biasa calon-calon untuk award memang ada lebih kan? Hiks


Oh-oh, ingat dah habis. Ada lagi. 11 soalan daripada aku untuk yang telah dinominate diatas, mohon dapat jawab. Tak susah pun, baling dadu je.

*Mohon tak kisah dengan penggunaan 'aku-kau' dalam ayat. Muah ciked! :*
  1. Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat dan kenapa?
  2. Perkara paling gila pernah kau buat.
  3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
  4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
  5. Barang paling kau sayang.
  6. Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
  7. Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
  8. Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
  9. Perkara paling sweet/romantik pernah kau buat.
  10. Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
  11. Secara jujurnya, pendapat (impression) kau tentang aku? *asah parang*
Soalan mengarut kan? Layankan jelah. Haha k i'm done! Yang tak ditag, nak jugak award ini. Silakan, anggap aku tag korang secara telepati. Kahkahkah. Happy blogging!



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, September 12

Day 06 - A Song You Listen To On Repeat

3 ribu komen
Aku tahu orang lain dah ramai habis dengan 10 Day Music Challenge mereka, aku masih ada 4 hari lagi. Fuhfuh..

Okay, hari ke-enam dengan lagu yang aku selalu dengar berulang-kali. Kau ghase? Perasan tak lagu dalam blog aku ni? Haa.. terus autoplay repeat sampai muntah. Everybody by Ingrid anak Micheal.

Omputeh lagi? Kebetulan je lagu-lagu aku suka semua omputeh, bukan sebab anti lagu local. Aku sama macam orang lain, dengar lagu baru lepas tu rasa lagu tu macam best, mesti aku download dengar ulang-ulang sampai lebam. Pastu jumpa lagu lain, ulang step sama.

Current song yang aku tengah repeat on--


Siapa kata aku tak dengar lagu Melayu? Pewlissss..


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 06 - A Song I Listen To On Repeat
[NEXT] Day 07 - A Song That You Hate Day



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Thursday, September 11

Promosi Canadian Pizza RM10 je!

4 ribu komen
Pernah makan pizza Canadian Pizza?

Okay, kita tukar soalan.

Pernah dengar kedai Canadian Pizza?

Ah engkorang kenal Pizza Hut dengan Dominos je. Yang duduk area Selangor, anda bertuah sebab Canadian Pizza buat promotion nokharom murah. Only RM10 for 1 regular Thin Crust Pizza. Nak makan situ boleh, nak bawak balik pun boleh. Kalau malas sangat takut tapak kasut kotor, call delivery.

Cawangan Canadian Pizza Malaysia. Jangan risau, confirm halal.


Al-kisahnya aku beli kot-kot kena outstation ke sana nanti, bolehlah melantak tempat best dengan harga murah. Beli 2 voucher, so boleh makan 2 bijik pizza dengan harga RM20. Yumyum! Pizza hunter begins, jyeahh!

Siapa boleh tahan tengok benda alah ini beb? Kecur liur baq anggg..

So, grab cepat sebelum voucher habis! Tinggal sikit je lagi. Beli voucher disini: Canadian Pizza RM10!




sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Day 05 - A Song That Makes You Want To Dance

4 ribu komen
Assalamulaikum dan selamat pagi dunia!
Hamboih, ceria kemain.

Hari ke-5 untuk 10 Day Music Challenge, lagu yang membuatkan kita mahu berdansa ala Beauty and The Beast.

Aku tak reti menari. Langsung tak reti. Tapi suka tengok orang menari start sejak tengok Mari Menari Step Up. Geng-geng flash mobbers. Aku taklah up-to-date sangat movie-movie wayang, so start dengan Step Up 3D barulah cari yang lain. Benda yang berkaitan dengan street dance ni actually seronok lebih, nak dibandingkan dengan salsa, tango, waltz, dan lain-lain yang buat aku rasa macam nak tidur guling-guling sampai jatuh katil. Broadway dance pun best. Apapun, tarian tradisi melesia tetap paling best.


Eh ini music challenge ke movie challenge? Kahkahkah.

Okay, back to the topic. Ada cakap pasal broadway tadi kan? Aku suka sebab macam comel dan cool giler diorang. Nak-nak yang jans-jans, gewgham nengok abang-abang bertuxedo. Kacak kemain. So the song for today,


Ne-yo, one of my favourite singer. Lelagu dia semua buat aku addicted, especially Miss Independent, sebab aku rasa dia nyanyikan lagu tu untuk aku. Kahkahkah. Over sangat. Lagu one in million pun aku obses sampaikan step dance dia aku hafal. Nampak tak fanatiknya aku dengan lelagu Ne-yo?


P/S: Semua pengaruh So You Think You Can Dance, tahu je jenis-jenis tarian dunia. Haha.


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 05 - A Song That Makes You Want To Dance
[NEXT] Day 06 - A Song You Listen To On Repeat



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Wednesday, September 10

SEGMEN BLOGGERS: 20 FACTS ABOUT ME

9 ribu komen
Kata Cik POP, "At least , kita kenal bloggers dan readers..bukannya setakat follow you, follow me back.."

Rasa terpanah didada 2 minit. Kah!



Okay, kita sahut cabaran segmen Cik POP. Here we go, 20 fakta mengenai Teja..

Eh, kejap-kejap. Hmm aci tak kalau aku sambung daripada The Versatile Blogger Award? Dah ada 7 facts disitu. Bolehlah ea. Muah ciked! *ngelat* Kahkahkah

Sambung,

8. Tinggi 165cm. Ketinggian ini adalah petite dikalangan penduduk Europe dan dikatakan macam hantu galah dikalangan penduduk Malaysia.

9. Tak ada dan tak pernah beli heels. Sebab? Rujuk fact no.8

10. Kemahiran trengkas atau Kelajuan Menaip Bahasa Melayu: 72 p.s.m. (hegeh giler)

9. Hadiah termahal pernah aku belikan untuk  birthday orang adalah sebijik TV 43" -- cash! Pastu berbulan aku catu makan dan nafsu shopping. Kah!

10. Bekas pelajar KMNS (alumni) dan pernah jadi fasilitator minggu orentasi KMNS untuk 3tahun

11. November,04 is my birthday. Dah tahu kan? Start kumpul duit sekarang, belikan hadiah aku.

12. Mudah terpesona dengan lelaki yang memasak. Maybe sebab my dad pandai masak. Aku tak pernah miss tengok Hot Guys Who Cook -- from here, I'm crazy in love with Erwan Heussaff.

Homaigadd! Homaigadd! *scream like a crazy fanatic fan*

Hey Erwan, tell me how can I don't love you?

13. Tak kenal jenis-jenis sayur berdaun dan jenis-jenis ikan (selain ikan bilis, ikan paus dan ikan sardin dalam tin). Aku pernah kena maki dgn mak sebab disuruh beli daun kari, aku pegi beli kangkung. Kau ghase? Kalau pergi market, kerja aku tukang tolak troli je.

14. Walaupun fact no.13 memalukan aku sbg seorang perempuan, tapi aku hebat memasak. Campak-campak je dalam kuali, konfem sedap.

15. Walaupun aku masak sedap, aku tak suka pulak makan apa yang aku masak. Kalau makan pun takat jamah je. Orang lain masak lauk hangus pun, aku makan dengan penuh berselera macam ada bela saka.

16. Alergi (elegik) dengan nenas. Yes, NENAS.

17. Sangat independent dan tidak suka menyusahkan orang. Tayar kereta pecah pun aku tak kalut carik orang tolong, aku tertonggeng-tonggeng sorang-sorang tepi jalan tukar tayar sendiri.

18. Berdarah Melayu-Siam-Jawa. My mom Jawa, my dad Melayu-Siam. Raya haji tahun ini, kami beraya di negara Sawadhikappp, yeay!

19. Suka sungai daripada laut. Suka gunung daripada pulau. Suka kampung daripada bandar.

20. Wanita bekerjaya. Wanita ke? Kah! Nak tahu aku kerja apa? Guess the emoji Guess the picture.

Yes, I do this everyday, everyday and everyday. #zzz

Nak tahu lebih lanjut, PM me. Kahkahkah. *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Day 04 - A Song You Would Sing To Your Crush

2 ribu komen
Orang lain dah nak habis, aku baru masuk hari ke-4. Kfine!

Lagu yang akan aku nyanyikan untuk crush aka seseorang yg sangat aku minat, fallen in love rom the first sight dgn dia tetapi aku tak berusaha utk memiliki dirinya, lepas tu bila nampak dia dengan orang lain, aku mogok lapar, nangis kat bucu katil sendiri bersedih tepi gobok.. Gittew, fuh senapas!


It's just a drop in the ocean
A change in the weather
I was praying that you and me might end up together
It's like wishing for rain as I stand in the desert
But I'm holding you closer than most 'cause you are my heaven

Pergh ini kalau aku bebetul nyanyi lagu ni sebijik gaya Ron Pope depan crush, konfem macam kena calit minyak dagu dia angaukan aku. Kahkahkah. Berangan jelah, seperti mana kita berangankan crush kita tu pun crush dengan kita. Eh pening.


P/S: Suka main Candy Crush kat hempon orang, sendiri punya malas nak download.


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[DONE] Day 04 - A Song You Would Sing To Your Crush
[NEXT] Day 05 - A Song That Makes You Want To Dance



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Giveaway September by Karya Mahirah

16 ribu komen
Assalamualaikum

[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, September 9

Day 03 - A Song that Makes Me Laugh

4 ribu komen
I'm back! Kita sambung 10 Day Music Challenge yang terbengkalai last week --

To be honest, tak pernah lagi aku dengar mana-mana lagu dan aku tergelak. Seriously. Mungkin adalah lagu-lagu dengan lirik-lirik kelakar tapi respon paling hebat aku senyum je. Ke aku bosan sangat? Blergh.

Tapi, tapi -- 

Ada music video yang buat aku gelak. Music jugak kan. Kena tengok, baru boleh gelak.

AMARAN: [PG13] Penonton di bawah 13 tahun perlu bimbingan ibu bapa atau penjaga.


Keseluruhan lagu-lagu dalam movie Kandasamy semua boleh buat kau gelak. Cerita ni pernah main kat TV3.

"Kau layan Tamil?"

Okay ini rahsia, jangan bagitau sesiapa. Sebenarnya bila aku seteghes teruk, aku akan layan movie tamil. HAHAHA. Kan dah gelak, baru taip belum tengok lagi. Tamil kalau bab bertumbuk dengan joget pawer nokharom. Sangat laju. Sangat over. Sangat tak masuk dek akal.

Kelakar ke idokkk? Kalau kelakar, gelaklah KAHKAHKAH. Kbai.


[DONE] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh
[NEXT] Day 04 - A Song You Would Sing to Your Crush



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

13 ribu komen
As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]




sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Saturday, September 6

KIV 10 Day Music Challenge

5 ribu komen
Oleh kerana aku terlalu sibuk (bajet) dan perlu outstation untuk beberapa hari ini, maka tak dapatlah aku meneruskan 10 Day Challenge. Arghhh tanak kalah! tanak kalah! Nanti aku balik, aku sambung boleh? *ngelat* Tak berturutan tak apa kan? Heh




Untuk yang juga turut serta challenge ini, feel free to drop link entri kau kat sini okay. Aku nak baca. *smile*

[NEXT] Day 03 - A Song that Makes Me Laugh



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, September 5

GIVEAWAY BY ZYRAZHR

5 ribu komen
Demam giveaway belum berakhir lagi. Satu lagi untuk hari ini, panas-panas lagi baru keluar oven.


Tag tiga orang? Dengan kuasa random.org, yang dipilih utk ditag adalah
  1. Budak
  2. Cik Mimie
  3. Aiman Arif 
*Tipu je pakai random.org tu hahaha. 

Yang tak ditag jangan sedih. Boleh join sama. Macam biasa, picit saja banner ittewwww.

Expired: 20 September 2014



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

KERANA KEWANGIAN MU BEGITU BERHARGA

3 ribu komen
Kerana contest ini seriously senang je.
Kerana syarat-syaratnya tak leceh langsung.
Kerana hadiah contest sangat rare.
Kerana perfume aku dah nak habis.
Kerana apa aku join?
Kerana aku nak engkorang pon join.



Kerna dia.. ewahhh~



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Mini MMR Giveaway

8 ribu komen
Lagi Giveaway for today. Yeayyy!





Oh-oh, and happy birthday Ariff Nawfal! *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen: Nak Blog URL By Macam-Macam Cerita

5 ribu komen
Tak tahu nak cakap apa. Tak sangka blogger-blogger melesia ni baik hati dan pemurah sangat. Giveaway non stop. Kali ini daripada thisni3zahata.blogspot.com.


Tak payah cakap banyak, nak join picit atas gambar sebelum 12 September 2014. Goodluck!



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen: Too Kawaii For You

6 ribu komen
Malas cakap banyak, nak comel klik je banner comel dibawah.




sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

2nd Giveaway by Miminadam

8 ribu komen
Katanya,

"Dengan ini, Mimin merasmikan 2nd Giveaway by Miminadam yang bermula pada hari ini, 3 September 2014 sehingga 6 October 2014. "

Hadiahnya, osemmmm. Joinlah weh!



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar

13 ribu komen
Thanks to Wawa, ajak kita join GA ini.

This giveaway hosted by Iola Caviar. Katanya,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Suka cita diumumkan bahawa Mind Meld menganjurkan giveaway kali ke 3 
untuk tahun pertama ini. Segmen giveaway ini berlangsung bermula pada hari ini, 
1 September sehinggalah 30 September 2014, 
selama sebulan insyaallah sekiranya tiada aral melintang.


Giveaway simple nokhorom macam ini, rugi tak join. Mana tahu ada rezeki. Nak join? Picit atas perut cik rebit dalam banner yang comel di atas.



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Thursday, September 4

Day 02 - A Song They Should Play at Your Wedding

6 ribu komen
10 Day Challenge diteruskan dengan lagu yang patut dimainkan di hari aku menjadi pemaisuri sehari, gittew. (fefeeling ratu 2 minit)

It’s “A Thousand Years” by Christina Perri. (omputeh lagi)

So I first listened to this song on the radio and totally fell in love! Later aku tahu it’s a soundtrack from Twilight yang aku.. hmm boleh tahan minat jugaklah (blah) haha.. So, is it cheesy to use this song for a wedding? It's a good wedding song, isn't it? Rasa macam nak menari ala-ala Cinderella dengan Prince Charming gitew, kannnn..



Tingginya aku berangan wedding ala fairy-tales, tapi sebenar-benar lagu yang sesuai untuk aku ketika ini adalah


OUCH! Kena setepek atas dahi. Macam kena pulak penyanyinya dengan bulan September, Nak Kahwin Duit Tak Ada by Sweet September. Bila aku nak merasa sweet september ni? Hmm.

(* ̄0 ̄)θ~♪ Duit tak ada, tapi hati ingin kawin. Lalala.. (´△`)♪  (ewah)

Reti main gitar? Nah aku bagi reference cord gitar untuk lagu ini: Guitar Chords Lagu Nak Kahwin Duit Tak Ada. Try buat cover lagu ni, record, pastu bagi aku tengok. Nanti aku bagi bintang. *smile*


[DONE] Day 01 - A Song That Reminds You of Yourself


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Cara Letak Iklan Churp-Churp Di Blog

5 ribu komen

As requested, hamba nak sharelah sedikit ilmu yang hamba sendiri pun google je sebenarnya. Hohoho. Tutorial ini hasil adaptasi daripada tutorial disini, disini dan disini.

Dah tahukan macam mana nak dapat URL IKLAN CHURP-CHURP korang? Okay, kita terus ke cara iklankannya pada blog kita.

  1. Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript
  2. Copy code di bawah ni and paste dibahagian HTML/JavaScript

DESIGN PERTAMA
Iklan ChurpChurp bogel. Sesuai ditepek dimana-mana bahagian blog.


Kelebaran width="70" dan ketinggian height="70" adalah code untuk size gambar iklanboleh diubah-ubah ikut ruang blog masing-masing.

URL IMAGE boleh dalam bentuk JPG atau GIF. Cara paling senang, google image > pilih gambar mana kau suka > View Image > Copy URLnya dan pasti pada code. Nak pakai gambar sendiri, upload kat photobucket.com.


DESIGN KEDUA
Iklan ChurpChurp bungkus dengan border. Bentuknya begini,



border: 2px solid adalah code untuk border style, boleh tukar size (px) tebal mana dan style solid/dotted/dashed, ikut citarasa masing-masing. 

border-(top/bottom)-(left/right)-radius: 20px adalah code untuk radius border atau dalam bahasa pasarnya, ketajaman bucu kotak. Makin besar value px, makin membulatlah bucu border tersebut. Kalau nak bucu tajam, buang code tersebut.


DESIGN KE-TIGA
Iklan ChurpChurp macam aku punya. Rujuk bawah header aku, pastu kliklah dah alang-alang. Takkan tengok je. Yang ini border style tak boleh tukar sebabnya aku belum buat expriment code lagi.



Contoh URL LOGO CHURP-CHURP yang sesuai:
  1. http://2.bp.blogspot.com/_y0IUVmbP0nU/TUexHGdF5CI/AAAAAAAAADQ/tnUEvUOadsI/s1600/churp-churp.png
  2. http://dapurmalaysia.com/wp-content/uploads/2010/08/churpchurp_logo.png
  3. http://s8.postimg.org/n4pn3f2dh/churpchurp_logo2.gif
Pepandailah adjust saiz dia pada code width="140" height="70". Rasa tak suka dengan logo, nak pakai word sahaja pun boleh. Replace code antara legend dan /legend dengan perkataan yang kau suka, contoh



DESIGN KE-EMPAT
Iklan ChurpChurp dengan border dalam dan luar. Ini sesuai untuk dipasang pada sidebar. Macam gini rupanya,
Yang ini aku buang code untuk border radius, thats why bucu tajam.



DESIGN KE-LIMA
Hamboih, tak cukup lagi? Google-lah sendiri. Wakakaka.

Rasa nak muntah tak? Mabuk ketum coding lettew. HAHAHA. Rerasa tak boleh paham step diatas, engkorang google (google lagi, LOL) "Cara Letak Iklan Churp-Churp Di Blog". Pilih yang mana satu, idaman kalbu.


P/S: Kalau perasan, aku takda tepek-tepek iklan nufnang ke apa selain churpy pada blog aku sebab aku rasa semak dan serabut. Walaupun blog aku simple nokharom, tapi aku envy tengok blog orang lain yang meriah-meriah ala diva kedebass gittew. Heh




sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Wednesday, September 3

Day 01 - A Song That Reminds You of Yourself

7 ribu komen
Hari 01 -  Lagu yang mengingatkan anda mengenai diri anda sendiri.


Ubah sikit lirik,

Bangun pagi, gosok gigi, 
Cuci muka, pakai baju,
Tak sempat sarap, pergi *kerja..

Hmm ada ke lagu lain yang lebih sesuai untuk seorang marhean seperti aku? Kah! Okay, matang sikit. Actually bila sebut sahaja lagu, ada satu lagu yang aku fikir. This,




Zombie by The Cranberries -- My all time favourite. Boleh tak repeat lagu sama untuk challenge hari ke 6,8 dan 10? HAHAHA (pemalas). Masuk bilik karok, kengkawan aku tahu dah lagu apa nak petik untuk aku. Bukan acacah lidah keju sangat, ini je lagu yang sesuai dengan suara katak aku ni, tak tinggi tak rendah. Kahkahkah.

Well. it's a beautiful, sad song. Lagu ini adalah lagu anti-perang, berkisarkan pergelutan the innocents yang suffer sepanjang peperangan. Korang boleh terus baca fakta disebalik lagu ini di: Zombie by The Cranberries. This song totally reminds me yang kita hidup bukan untuk diri kita sorang. Sentiasa bersyukur. Jangan pentingkan diri sendiri. Berusaha selagi daya untuk apa yang kita nak. Inspiring kan?


So disini, aku translatekan (English-BM) lirik lagu Zombie by The Cranberrie:


Another head hangs lowly
Satu lagi kepala tergantung (tunduk) rendah
Child is slowly taken
Seorang anak diambil perlahan
And the violence caused such silence
Dan kekerasan telah menyebabkan sunyi sepi
Who are we mistaken?
Siapa yang kita salahkan?

But you see, it's not me, it's not my family
Tapi kau tahu, bukan aku, bukan keluargaku
In your head, in your head they are fighting
Di benakmu, di benakmu, mereka berperang
With their tanks and their bombs
Dengan kereta kebal dan bom mereka
And their bombs and their guns
Dan bom serta senapang mereka
In your head, in your head, they are crying...
Di benakmu, di benakmu, mereka menangis

(Chorus)
In your head, in your head,
Di fikiranmu, di fikiranmu
Zombie, zombie, zombie,
Mayat hidup
Hey, hey, hey. What's in your head,
Hey, apa yang ada di kepalamu
In your head,
Di kepalamu
Zombie, zombie, zombie?
Mayat hidup?
Hey, hey, hey, hey, oh, dou, dou, dou, dou, dou...
*Ini bahasa alien, tak boleh translate

Another mother's breakin',
Seorang lagi ibu terluka
Heart is taking over
Hatinya merana
When the violence causes silence
Saat kekejaman menyebabkan keheningan
We must be mistaken
Kita pasti disalahkan
It's the same old theme since nineteen-sixteen.
Temanya (Situasinya) masih masih sama sejak 1916
In your head, in your head they're still fighting,
Di benakmu, di benakmu mereka masih berperang
With their tanks and their bombs
Dengan kereta kebal dan bom mereka
And their bombs and their guns
Dan bom serta senapang mereka
In your head, in your head, they are dying...
Di benakmu, di benakmu, mereka mati...

(Repeat Chorus)
Hey, hey, hey, hey, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, hey, oh, ya, ya-a...

Musik dia, especially gitar sangat bestkan? Dah, jangan nak headbanging sangat. So, I'm done with my first challenge. Wehuuu..






sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, September 2

10 Day Blog Challenge

5 ribu komen
Masa follow para sponsor GIVEAWAY BLOGWALKING BERSAMA MAMANIZA.COM, terjumpa entri mengenai


Menarik. Untuk blogger-blogger yang kering idea macam aku, ini memang best. Tak payah pening-pening fikir topik entri setiap hari. Tapi.. 10 secrets on day 10 tu diluar kemampuan diri rasanya hoho. So aku cuba stalk blogwalking blog orang lain, kot-kot ada yang buat challenge yang lebih kurang sama dan lebih mudah. Blogwalking punya blogwalking, jumpa..
30 Day Song Challenge Days 11-15


30 Day Song Challenge Days 11-15 (clipped to polyvore.com)


Puihhhyoooooo tigeploh? Haa takpelah aku guna-pakai 10 Days Music Challenge by Budak, baru sepuloh. Kahkahkah (pemalas) Budak kata setatnya esok. So esoklah kita mulakan..
10 day music challenge


10 day music challenge (clipped to polyvore.com)


Yeayyy, dah ada modal buat entri hari-hari.



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...