Sunday, August 31

Wordless Sunday

2 ribu komen

Disini lahirnya sebuah cinta. Salam 57 tahun.



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Saturday, August 30

TRICK! Cara Atasi 'Disable Right Click'

4 ribu komen

Ada orang Google search,

"How to disable right click on blog?"

Ada orang pula Google search,

"How to disable disable right click on blog?"

Sangat nakal. Majoriti buat disable right-click (nyahfungsi klik kanan) kononnya nak elak content blog/website dia dicuri. Hak cipta terpelihara (copyright). Betul, itu memang hak cipta engkorang yang engkorang perlu pelihara daripada si pentiru dan pengopi-pes yang pemalas taip sendiri.

But for me, disabling right click isn't security, it's just annoying the page visitors. Right-click je, keluar

"HAAAA! Buat apa tu? Nak tiru ea?"
"Maaf, kita tak izinkan awak mencuri hasil kerja kita."
"Siapa right-click, ketiak dia busuk."
"HAHAHA padan muka, tak boleh copy."

Kejam kan? Lepastu bila segmen/giveaway tak ada sambutan, mengamuk sendiri. Padahal dia disable right-click. So here, solution untuk masalah sebegini,

Tekan [Ctrl] + click atas gambar.
Lepastu 'Save-As' sahaja image tersebut.
ATAU
Tekan [Ctrl] + A (highlight)
[Ctrl] + C (copy) dan [Ctrl] + V (paste)
ATAU
Disable kejap JavaScript pada browser.

Contoh disable JavaScript untuk browser Google Chrome
Note: Step di atas hanya untuk window user sahaja.

Actually memana browser yang tak support function disable, worthless-lah juga usaha abang-kakak main code betul tak? Disebabkan itu, aku tak pakai function tersebut. Buatlah apa engkorang suka kat blog picisan aku ni. Baikkan aku? Heh

Ini win-win entri, jangan risau. Aku ada cara juga untuk elakkan downloader gambar kita memanipulasikan gambar tersebut dijalan yang salah. Watermark is the way to go. Tak tahu apa itu watermark? Google.

Baca: Useful Keyboard Shortcuts for Windows Computers untuk meningkatkan kepantasan, kecekapan, dan efficiency jari-jemari engkorang (blogger) ketika menggunakan PC.

Ada lagi cara lain tapi aku tak terbuka hati lagi nak share. Plus, kesian pada blogger yang dah penat-penat 'pagar' (disable right click) blog dia elak pentiru dan pemalas macam aku. Kihkihkih jangan marah haa..

P/S: To be honest, aku taip sendiri setiap post aku.


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Give-Away Contest by Izzlegacy Boutique - Part 2

5 ribu komen
Thanks to Cik Madiah tag kita. 
GA ini anjuran Izzlegacy. Katanya,

"Salam semua. Ya, Give Away Contest by Izzlegacy Boutique kini kembali bersempena Merdeka Sales dan Hari Malaysia Sales. Merdeka Sales sedang berlangsung dari 23 Ogos hingga 31 Ogos 2014 dan Hari Malaysia Sales akan berlangsung bermula 12 September hingga 16 September 2014. Pelbagai diskaun menarik sehingga 60% dengan lebih 500 produk dijual di Izzlegacy Boutique. Ada jugak jualan penghabisan stok dan setiap pembelian melebihi RM50 akan mendapat free gift dari Izzlegacy Boutique."


Jika berkesempatan shopping di Izzlegacy Boutique, kita nak beli.. Hmm (belek-belek izzlegacy.com) semua osem-osem kot, tapi aku terpikat dengan yang satu ini..

Chiffon Flaire Skirt

Effect ke-gegerrrrl-an memang takkan mampu ditidakkan, begitu gadis-gadis sangat. Untuk abang-abang yang tak tahu pujuk awek, belikan je sekewt gini confirm awek lebur bang. Banyak pilihan warna, ada Fuchsia Pink, Grey, Lavender, Salmon dan Yellow. Yang kaler Lavender tu rasa macam nak kunyah-kunyah je. Harga memang mampu milik punya, bukan mampu tengok macam sekewt-sekewt tempat lain. Tailor made pulak tu. Gewghammm tengok! (confirm nanti aku rembat satu)

Pegilah jengah-jengah izzlegacy.com, kekadang dia feature jubah, kebaya, telekung dan macam-macam produk lain tau!

Paling best, cookies! All-time-favourite, bangkit cheese pun ada. Tak payah tunggu raya. Yumyum! *kecur liur*

Tag sekurang-kurangnya 7 rakan. Okay, so here we go:
  1. Syaz (hobi dia join GA haha) - http://syazdanny2329.blogspot.com/
  2. Nurina - http://www.nurinaizzati.com/
  3. Hazman  - http://cerita2-islam.blogspot.com/
  4. Shameel - http://www.bicaradariaku.com/
  5. Kely - http://theghostofkely.blogspot.com/
  6. Ana - http://anajingga.blogspot.com/
  7. Cik Mimie - http://norshamimi.blogspot.com/
  8. Awak!
Hadiah-hadiah dia sumpah osem namati. Rugi tak join!



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, August 29

10 Jenis Lelaki Yang Membahayakan Wanita

7 ribu komen
Stop sekejap daripada segala giveaway, segmen dan bloglist.

Meh kita borak mengenai 10 jenis lelaki yang membahayakan wanita.


Aku bukan pakar cinta. Tips ini untuk wanita-wanita dan bakal wanita diluar sana, agar lebih berhati-hati dengan lelaki. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.

1) Lelaki yang sering berkata: “Saya suka awak, tapi saya belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah bertahun berkepit sana-sini, masih belum bersedia ke? Ha..ini lelaki tarak boleh pakai punya worang, pengecut sebab takut dengan komitmen. Pesen ini biasanya sesaja nak flirt dengan engkorang, acacah dia hot sangat.

2) Lelaki yang call, sms atau cari kita bila-bila dia rasa dia nak. Eh ikut suka hati dia je nak jumpa kita, nak call kita, lagi setan kalau paksa-paksa dan ugut merajuk. Aku tak suka lelaki pesen ini sebab tak reti hormat masa dan privacy orang lain. Bila kita perlukan dia, bayang pun tak nampak.

3) Lelaki yang suka ajak dating tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? Ala, pernah tengok a couple pergi dinner berdua, jejalan berdua sambil gelak-gelak macam dalam romantika, acacah sweet tengok sunset berdua? Semua benda dibuat macam pasangan kekasih yang sedang bercengkerang bercengkerama, padahal bukan couple pun. KAWAN JE. Kau perempuan, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti beb.

Gambar ihsan Bang Google
Dah begini, kawan lagi? Motif?

4) Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call dan jumpa anda. Ohoi ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Melesia. Lelaki jenis ini dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap, "Kawan je, takkan nak berkawan tak boleh?" Ewah, rasa macam nak lututkan rusuk dia. Bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ini ternyata buaya tembaga yang kekurangan kasih-sayang.

5) Lelaki yang fikir apa dia buat semua betul. Yes, Mr Always Right. Lelaki jenis ini pentingkan diri sendiri dan degil nauzubillah. Dia tak akan fikir perasaan orang sekeliling dan susah terima pendapat/nasihat orang lain, terutamanya wanita. Boleh hilang sabar dengan lelaki pesen ini.

Mr Arrogant dalam dunia realiti tak sama dengan Mr Arrogant dalam drama Melayu

6) Lelaki yang "No money, bae!" atau dalam erti kata lain KEDEKUT. Dia tahu kita bukan jenis perempuan materialistik, independent, dan tak kisah pun kalau diajak makan megi cup depan 7E. Women don't necessarily want a rich millionaire, but a little something can be a good thing. Even lelaki pun mesti nak jaga imej dia depan perempuan, tak banyak dapat hulur sikit pun jadilah. Eh tak, kita pulak yang dikikisnya - girl, dump the moron now! Bakhil mengalahkan Hj Bakhil.

7) Lelaki yang blurrrr sentiasa. Seperti yang umum tahu, lelaki tak berapa faham dengan kiasan. Maybe sel-sel otak lelaki tak sebanyak sel-sel otak wanita. (maybe) Tapi yang ini adalah lelaki yang tak paham langsung kehendak wanita, even kau cakap terus terang pun tak paham. Tongong mungkin. Dia ingat semua benda remeh, ambil ringan perasaan kita.

8) Lelaki yang selalu kacau kau, walaupun kau tu tengah busy menyelamatkan dunia. Jenis nak berkepit dengan kau, tak kira masa. Tak fikir orang tengah meeting ke meneran berak ke apa. Sesikit call, sesikit sms, sesikit nak jumpa. Memang kedengaran macam "alala sweetnya, caring nokharom laki ni". Tapi tak lama kemudian, mesti tak tahan. Rimas dan lemas.

9) Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan kau tak mendekati atau cuba nak berkawan dengan lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki pesen ini kuat jeles, dan jangan terkejut jenis ini suka ngada-ngada. Kau akan dapat rasa sorang-sorang kawan kau hilang disebabkan lelaki seperti ini. Dia hanya nak korang bagi full attention pada dia sorang je, orang lain pegi mati.
10) Lelaki yang tangannya 'ramah' sangat. Ulat bulu naik daun, haa inilah dia! Baru beberapa kali jumpa, dah berani nak mencuit-cuit tubuh yang bukan mahram. Mula-mula cuit, lepas tu (isi dengan andaian kau). Apabila ditegur, dia berlagak selamba dengan alasan macam orang yang tak tahu hukum-hakam. Jangan sekali-kali berdampingan dengan lelaki seperti ini. Lebih baik lupakan sahaja niat untuk terus berkawan dengannya.

**************************

[INFO] MAKSUD MUHRIM, MAHRAM DAN AJNABI
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia adalah panggilan untuk orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik-beradik kita, ibubapa mertua kita, dan lain-lain.

Ajnabi (bukan mahram) membawa maksud orang asing, yakni orang yang tidak ada pertalian darah dan kita boleh kahwin dengannya.

Contoh: Sepupu aku bukan ajnabi tapi bukan mahram aku. Fahrin Ahmad, ajnabi dan bukan mahram aku. Jadi jangan salah penggunaan kata 'bukan muhrim' dan 'bukan mahram'. *smile*


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

GIVEAWAY : BLOGGER 1 MALAYSIA

8 ribu komen
Katanya,

"Buat julung kalinya Perjalanan RASA mengadakan 1st GA sempena bulan kemerdekaan nei. rasa macam neves lak pulak 1st time schaz buat GA nei.."


GA ini akan berlangsung sehingga 27 September 2014. Klik pada gambar untuk join. Antara syaratnya kena nyatakan kita blogger dari mana dan nyatakan kenapa jadi blogger.

'Dari mana' tu maksudnya apa? Kang jawab 'Dari rumah si Jenab tadi Pah, singgah mengumpat kejap", takut disqualified pulak. Ok, maybe dia tanya tempat asal kot. Aku blogger JDT, gittew. Aktif blogging since 2009 (tak berapa aktif mana pun) ketika aku study di matrikulasi. Tak ada sebab spesifik pun buat blog, suka-suka isi masa lapang yang tak berapa lapang time tu. Blog umpama e-dairi. Rasa maju ke depan sikit daripada orang lain. Kehkehkeh.

Masuk universiti 2010, barulah aku aktif sikit blogging. Kalau baca balik entri-entri awal tu cambodo je. Dalam hati, "inikah aku?" Hahaha. Penulisan budak-budak baru nak up, malu dengan blogger budak-budak sekolah yang jauh lagi pawer. Sekarang pun style penulisan masih ditakuk 'budak-budak baru nak up.' Jangan gelak, tak kelakar okay.

Tag 3 orang kawan? So aku petik . 
  1. Yun Sing - http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/
  2. Cik POP - http://pelik-oh-pelik.blogspot.com/
  3. Budak baru habis ujian bulanan 2 - http://the-astraphobia.blogspot.com/
Dan sesiapa sahaja boleh join, aku tag kau secara telepati. Selamat ber-giveaway. *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Mini Merdeka Giveaway

10 ribu komen
(Entri ini menggunakan kata ganti diri 'kita' untuk menggantikan 'aku')

Mini Merdeka Giveaway ini adalah anjuran Ajan cantik dan Apis kacak. Nama diorang kita main petik hasil stalk blog diorang. Tak pasti pula hubungan keduanya. Hmm (kontroversi) haha. Oh-oh before that, thanks to Cik Mimie  sebab dia yang tag kita. Muah ciked!



Tak payah buang masa, giveaway ini seriously simple nokharom. Join cecepat sebab due date dia tak tahu bila. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin kejap lagi. Untuk join, just picit pada gambar.

And suprise! I'm tangging,
  1. Izza Hassan - http://atudisma83.blogspot.com/
  2. Miss Yana - http://bilaakutravel.blogspot.com/
  3. Autumnzira - http://sharecareloveseason.blogspot.com/

GOOD NEWS!

Kita menang Giveaway Harry Potter by JINDRISSKA. Yeay!


Tak percaya aku menang? Tengok Pemenang Giveaway Harry Potter by JINDRISSKA. *flip bawal*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Wednesday, August 27

The Versatile Blogger Award

16 ribu komen
I have been tagged on an award -- The Versatile Blogger Award. Wahwahwah, versatile ke?

For The Versatile Blogger Award, orang yang kena tag kena bagitahu 7 perkara tentang diri mereka. Done telling about themselves, mereka akan tag 15 yang lain. (KEMAIN RAMAI HAAA..) Kalau kau terkena, kau akan buat perkara yang aku akan buat lepasni.

So, let's get started:
  • Thanks to the person who gave you this award. In this case, thanks with love to Fiffe Feyca (adik fifi fairuz fuiyoohh) and  Aina Hanis. Muah ciked!
  • Write 7 things about yourself. Continue reading.
1. Appearance. Malas nak ulas, beginilah ceritanya.. 


2. Kelakar. Orang kata aku kelakar. Agaknya mereka jenis mudah terhibur kot. Aku cakap sikit gelak, aku gerak sikit ketawa. Entahlah. Aku rasa aku cool dan awesome, tak kelakar langsung.*flip bawal*

If you know what I mean.
Beberapa pendapat rakan twitter mengenai aku perempuan yang kelakar.
Okay, aku kelakar. Hohohoho.. (terus mengaku) Oleh kerana aku perempuan yang (mungkin) bersifat kelakar, aku suka lelaki bersifat pendiam dan cool. Sebab aku tamau dia lagi kelakar dan hambar daripada aku. Please take note bakal suamiku.

3. Sport lover. Aku gila sukan. Sejak aku menjuarai larian dalam guni zaman aku tadika, terus minat aku pada sukan membuak-buak. Tennis, polo air, basketball, futsal, badminton, bola tampar, bola baling (favourite), sukan trek, lontar peluru, rejam lembing, rejam orang, lompat jauh, lompat tinggi, lompat si katak lompat.. Eh pendek kata, semua sukan yang ada aku join zaman student dulu. Disebabkan ini, I was one of the “popular crowd” in school/college. (berlagak pulak, kah!)


4. This is my favorite number.

5. Anime and lakorn lover. Apa lakorn? Lakorn is Thai drama series. Kalau di Indonesia kita panggil sinetron, kalau Korea pula dipanggil K-drama. Aku ada ada berpuluh koleksi drama siam. Hero siam seriously boleh buat tak tidur malam. *miang*

*heavy breathing*
Tik Jesdaporn Pholdee itulah Pattaya (Soda & Ice Tea) dan Anothai (The Princess), hero siam pujaan ramai suatu masa dahulu. Ingatkah lagi? Yang terbaru, Forget Me Not, seriously best. Dia main watak jahat pun boleh melting. Tengok Forget Me Not dekat youtube cepat sebelum kena delete!

Anime, ini semua orang tahu. Petik anime apa yang aku tak tengok? Tapi aku lagi minat season series daripada yang beratus-ratus episode sebab malas nak follow. Pesen cepat jemu. Selain TV dan DVD, sinilah tempat aku melayan jiwa kekartunan aku:

6. Ok this is weird. I can’t eat chocolate, milky chocolate especially. Kesian lelaki acacah romantik yang teringin hadiahkan aku chocolate. The last time I had chocolate was in form one when I ate a Cadbury bar and spit it out. Lebih spesifik lagi, lepas aku menjadi 'wanita' my tastebuds semacam oversensitive. To me, it tastes like sh*t!!! (tak boleh imagine, loya) But don’t worry, disebabkan aku suka minum susu, white chocolate masih acceptable.


7. I'm a bad time manager. Ini disebabkan oleh penyakit 'perfectionism' yang ada dalam badan aku. This is one of the symptoms which I have suffered from myself. Orang-orang yang mengalami benda yang sama sahaja yang paham. Seriously, I'm really suffering for this kind of sickness -- PERFECTIONISM.


Eh, dah cukup 7? Macam banyak lagi belum cerita. Hahaha. Ok enough for today. Yang belum kenal/tak cukup kenal aku, pelan-pelan kita berkenalan ye. Yang dah kena tag tadi, jangan lupa rajin-rajinkan diri up entri The Versatile Blogger Award. Yang tak kena tag tapi nak join, engkorang anggap jelah aku tag korang jugak secara telepati.

Happy blogging. *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal

7 ribu komen
Hari ini aku rajin sikit join segmen-segmen yang perlu mengarang.
Dah lama tak eksesaih jari-jemari, dah gemuk dah. So kena bagi kurus sikit.

Aku tertarik dengan segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal. Katanya,

"Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke 57 buat semua rakyat Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua pengunjung blog Dunia Zumal ini. Bersempena bulan kemerdekaan ini dengan rasminya Zumal melancarkan Segmen Ceritera Merdekaku yang bakal menceriakan bulan kemerdekaan ini. Dengan segmen ini dapat kita kongsikan kisah kemerdekaan kita dan semangat patriotisme kita semua sejajar dengan tema kemerdekaan tahun ini Malaysia : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta."


Kisah kemerdekaan aku? *damn* Berat topik ni, macam salah pilih segmen je. HAHAHA. Nak pulak sejarah bukan subjek yang aku minat di sekolah dulu. (Ada keorang minat sejarah?)

It's okay. Seingat aku, hari merdeka bagi aku taklah sehebat hari raya. I'm a typical rakyat melesia, beli bendera kecik letak penjuru kereta. Habis best pun, kibar-kibar bendera reramai sambil nyanyi lagu "Tanggal Tiga Puluh Satu.. Haribulan.. lalala" time sambutan hari kemerdekaan di sekolah. Malam merdeka, duduk depan TV layan cerita Sarjan Hassan, lepas tu tengah malam sikit tengok bunga api berdentam-dentum. Pagi merdeka, boleh tengok perarakkan kawad kaki orang-orang kerajaan dan paling aku suka, persembahan kebudayaan etnik-etnik pelbagai kaum di melesia.

One of my favourite P.Ramlee song in Sarjan Hassan

Orang kata MERDEKA itu ertinya BEBAS. Bebas apa? Mungkin idealoginya seperti kentut; bila ditahan kita senak, dah dilepaskan rasa lega. Mungkin. Tapi apakah pula maksud 'bebas' kepada masyarakat Malaysia yang merdeka pada hari ini? 

Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, ponteng sekolah, meragut, menubuhkan kumpulan haram, memukul guru, bergaduh di sekolah, porno, rempit, punk, meninggalkan solat, derhaka kepada ibubapa, membunuh, mencuri, dan minum arak adalah sebahagian kecil budaya bebas yang sedang menular diamalkan oleh remaja merdeka 2014.


ITU DULU. Sekarang kat youtube tu haa lagi banyak.. macam-macam parodi ada, termasuklah yang hina negara. Bersepah tanpa rasa bersalah. Lupa agaknya macam mana nenek moyang dia mempertahankan negara dulu.

Pesen lidah pendek kekecik dulu. Itu yang merdeka jadi mendeka.
Jika aku ditanya, dimana paras moral dan penghayatan merdeka kau? Aku pun tak tahu dan tak berapa paham sebenarnya. Yang aku tahu, jadi orang baik, jangan kacau orang. Jaga diri. Pupuk rasa tanggungjawab untuk buktikan semua ini tidak benar dan bukan ini generasi yang kita mahu. Semoga kita dapat melihat suatu keindahan merdeka yang berbeza suatu masa nanti.

InsyaaAllah, amin.



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen Blogwalking: When I Was A Kid by Aina Akmal

14 ribu komen
Katanya,

"Assalamualaikum semua. (Waalaikumsalam wbt)

Okay, sebenarnya dah beberapa hari aku rancang nak buat. Nervous ni. Takut tak ada orang nak join~ T__T

So hari ini aku akan lancarkan Segmen Blogwalking: When I Was A Kid. So, di samping anda berblogwalking boleh anda baca kenangan-kenangan sahabat-sabahat blogger kita yang pernah jadi lagend masa kecik-kecik duluu kan?"


Hahahaha (peluh jantan didahi). Aku sebenarnya dah tak berapa nak ingat kenangan masa kekecik dulu. Hmm macam tua sangat gaya. Mihmihmih. Kalau aku taip, mau dekat patjuta lapan billion patah perkataan entri kali ini. So, biarlah gambar yang berbicara.

Aku seorang kanak-kanak yang comel, lincah (baca: terlebih gula) dan bijak bestari suatu masa dahulu. Dibawah adalah antara kenangan dan memori aku sepanjang bergelar kanak-kanak. Engkorang yang juga membesar di zaman 80-an dan 90-an, mesti sinonim dengan ini.

Permainan aku petang-petang. Jaguh taman aku ni dulu.
Puah main, korek tabung beli jajan. Makan jajan macam makan nasik.
Kalau cuti sekolah lagi sakan. Tak duduk rumah mengalahkan orang kerja outstation.
Kalau duduk rumah pun takda makna nak duduk tengok katun dediam depan TV.
Mak jadi gorilla kalau kami adik-beradik ada kat rumah.

Itulah kisahnya serba sedikit zaman aku seorang kanak-kanak yang comel, lincah dan bijak suatu masa dahulu. Bestkan zaman kekecik aku? Throwback ke idokkk? Kini...


*sigh*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen I Love Malaysia Bersama Cik POP

9 ribu komen
Salam lima kosong dan dua sama.

Cik Pop buat segmen. Katanya,

"Halo guys , hari ini teringin nak buat segmen. Yelah , bulan kemerdekaan Malaysia kan.. heehe.. Sempena bulan kemerdekaan yang ke 57 , jom join ramai2

Tajuk Segmen : Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP
Deadline : Sepanjang bulan kemerdekaan :) 11.59pm ( 31 Ogos 2014 )
Siapa boleh join : Bloggers"


I love Malaysia and I'm from Johor!


Sila picit atas gambar diatas untuk syarat-syarat join segmen. Bestkan dapat kenal blogger-blogger senegeri dengan kita? Jom join sebelum expired.

Belanja gambar dagu Zila Jalil setepek.

P/S: Walaupun semalam JDT menang 5-0 ke atas Pulau Pinang, anak mami dan anak mamu sekalian jangan pulak ajak cheq perang noh, noh. noh! *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Giveaway Merdeka Lestari

4 ribu komen
Katanya,

"Assalamualaikum...

Tetiba mood nak buat giveaway datang...Memandangkan sekarang bulan merdeka,So,KLA pun buat lah Giveaway Merdeka Lestari."


Syarat penyertaan simple namati. Picit atas gambar diatas untuk join. Hadiahnya pulak osem nauzubillah, sebuah buku tulisan Ammar Zahari. Siapa Ammar Zahari ni? Hero Setia Hujung Nyawa tu ke? Bukan, tapi level kehenseman lebih kurang hero drama melayu.


Memandangkan pemenang dinilai 'top referral' tertinggi, maka aku yang join last menet ini kompemlah tipis nokharom nak menang buku abam Ammar yang kacak ittew. But its okay. Tanda support rerakan blogger, kita join jugaklah. (bodek hadiah saguhati at least) kahkahkah


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Tuesday, August 26

Dhiya's First Giveaway

6 ribu komen
Katanya,

"Assalamualaikum wbt (Waalaikumsalam wbt)

Rakan-rakan blogger yang dikasihi,

Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)

Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda."


Sweetkan Dhiya? Syarat pernyertaan first GA Dari Diri Dhiya senang dan simple nokharom. Dengan ketulusan dan keikhlasan Dhiya ini, aku terpikat untuk join. (padahal teringin GA dari Korea, kah!) Kalau engkorang nak join, picit pada gambar comel di atas.


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme

5 ribu komen
Katanya,

"Assalamualaikum uolls...

Selamat petang... so.. buat pertama kalinya syaz nak buat Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme.. syaz dah lama nak buat segman nih.. tapi asyik tangguhh jerr.. macam2 syaz fkr.. boleh ke syaz buat..? ade ke yang nak join segmen syaz buat? kalau asyik fikir camtu sampai bila2 pon niat syaz nk buat segmen tak jadik .. kan2.. syaz teruskan jerr.. di harap mendapat sambutan laa erkk :D

So... tanpa membuang masa.. syaz lancarkan SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST nih...
Tujuan utama syaz buat segmen nih adalah untuk menambah rakan dalam bloglist syaz supaya senang syaz nk BW korangg... disamping menambah kenalan..  semua boleh turut serta menjayakan segmen syaz nih oke.. tak kira blogger lelaki atau wanita, baru atau lama.. join jer... oke :D"


Cara join simple nokharom, taip pakai kaki sambil tidur pun boleh. Just klik pada banner di atas. Cepat-cepat klik, jangan sampai naik syok layan kelip-kelip banner. *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Harry Potter Postcards Giveaway from JINDRISSKA!

6 ribu komen
Katanya,

"Sebagai tanda aku appreciate U olls yang budiman, yang selalu meluangkan masa membaca dan meng-komen kat blog JINDRISSKA ni, aku nak buat satu giveaway bertemakan Harry Potter! Clap. Clap. Clap. Bestlah korang, nnt dekat poskad tuh ade setem jerman! Yeay!"


Syarat-syarat pernyertaan engkorang picit jelah atas gambar di atas. Simple dan best.

GIVEAWAY BERAKHIR 27 OGOS 2014
Maksudnya ESOK!

Kepada peminat kipas susah mati Harry Potter, mesti rasa macam nak lompat bintang pastu guling-guling seronok kan? Aku yang tak minat pun seronok. Ini bukan sebarangan postcard, postcard dari Jerman kot. Kau hadoo?

Oh-oh, sebelum terlupa. Sepatah dua kata bodek tentang blog JINDRISSKA.. Hmm sebenarnya first time jumpa blog tu pun sebab Harry Potter Postcards Giveaway ni. My first impression was like.. WOW, macam travelog! Kak Jin.. Err boleh ea panggil Kak Jin? Hahaha (jangan pukul, tak sempat bodek lagi) Dia seorang yang comel, macam blog dia jugak. Dia smart, pun macam blog dia jugak. And I think she's a good friend and wife. Semorang (bloggers) suka dia, so mestilah Kak Jin best orangnya.

To Kak Jin, friends? *hulur tangan sambil sengih-sengih*


P/S: Pawer tak aku bodek? KAH!



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen Jom Blogwalk! #2 by Mellya

19 ribu komen
Katanya,

"Assalammualaikum.
(Waalaikumsalam wbt)

Mellya menjemput para bloggers sekalian untuk menyertai segmen Jom Blogwalk ! #2 by Mellya yang akan berlangsung selama 5 hari bermula pada tarikh 26 August 2014 hingga 30 August 2014."

Syarat penyertaan seriously simple nokharom. Picit atas gambar atau link Jom Blogwalk ! #2 by Mellya.

Aku memang tak berapa nak rajin nak join segmen yang leceh-leceh. Pesen yang kena buat karangan minimum patjuta patah perkataan, kena tag namratus ribu kenalan, pastu nak kena komen semua post dia sepanjang 2014, eh giler..

So I wish goodluck and thanks to Mellya yang creat segmen BW ini, also happy blogwalking people. *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Monday, August 25

PEPERIKSAAN ONLINE BAGI MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENGUASA KASTAM GRED W41

6 ribu komen
Itulah tajuk email pertama yang aku baca dalam inbox pepagi buta tadi.


Ini dikira exam SPA ke-2 aku selepas Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang aku gagal dengan jayanya tahun lepas. Betapa hancurnya hatiku ketika menerima keputusan kegagalan itu, sampai aku dah move on, tanak berharap pada kerja kerajaan lagi.

Eh tak sangka dapat lagi offer Peperiksaan Online Bagi Memasuki Perkhidmatan Awam Penguasa Kastam Gred W41. Alhamdulillah. Walaupun tak se-eksaited dulu, kita cuba jelah. Mana tahu ada rezeki. Nak-nak online exam memang feberet aku. Mengimbau zaman study dekat U dulu, suka sangat kalau lecturer buat online exam. (nakal)

Nak tips? Tengok sini:
TIPS JAWAB ONLINE EXAM PENGUASA KASTAM GRED W41 2014
Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 2014
Penguasa Kastam W41 Contoh Soalan Peperiksaan Online

Atau engkorang google jelah senang. Semua dihujung jari kot. Kalau jari sakit, guna hidung pun boleh. Pesen hidung kembang pastu kemek macam aku, boleh juga guna lidah, lutut, siku, dagu atau mana-mana bahagian badan yang runcing. No excuses, kalau nak seribu daya ye dak?

Kepada yang first time buat online exam, tak tahu macam mana rupa online exam SPA boleh download PDF manual online exam SPA Penguasa Kastam W41 di pautan Tatacara Menduduki Peperiksaan Online (Manual Pengguna) atau Panduan Peperiksaan online.

Kalau tak pahampaham jugak baca manual dalam PDF, rasa serabut tak boleh imagine dalam kepala, jangan risau dan gundah gulana. SPA ada menganjurkan Kursus Khas Panduan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Penguasa Kastam Gred W41. Semua calon digalakkan menyertai kursus ini dengan mendaftar melalui pautan aduan.spa.gov.my/SPAOutreach/W41.php.

Jangan ingat Exam SPA ini mudah. Nak pulak online exam, yang geng-geng pemalas gosok baju, mandi pagi pun mesti bersemangat sebab boleh jawab dekat atas katil sambil peluk bantal golek.

Berdasarkan Statistik Calon yang Lulus Exam SPA bagi tahun-tahun sebelum ini yang dilaporkan oleh pihak SPA menunjukkan tidak pernah sampai 5% pun calon yang lulus peperiksaan SPA. Rindu awak boleh cecah 200% tetapi tidak untuk SPA. TAK PERCAYA? Tengok sini: Statistik Pemohon SPA Yang Berjaya

Tips Jawab Online Exam daripada aku? (LIKE SERIOUSLY? HAHA) OK, aku bagi sikit tips boleh tahan berguna untuk engkorang yang juga akan turut serta exam 6 September ini,

1. BACA. Baca apa sahaja yang engko rasa berkaitan dengan exam. Jangan ada, "yang xxx tak masuk kot", konfem engko melalak keluar air mata darah kalau tetiba masuk pasal xxx dalam exam. Apa topik dan persoalan yang terlintas dalam kepala, cari tahu dan baca.

2. TANYA. Tanya sesiapa yang pernah sit exam yang sama or yang berkaitan. Kebanyakkan memang akan jawab, "Sorry, aku tak ingatlah". Kau push diorang suruh ingat jugak, if memerlukan, ugut letak pisau dekat leher diorang. Dapat pembayang sesikit pun jadilah. Kalau ada keluarga/kenalan/sedara mara/kawan yang kerja dibahagian kerajaan tersebut, lagi bagus. Boleh tanya direct.

3. HAFAL. Hafal susunan huruf pada keyboard. Hafal turutan nombor kat kakeleter. Hafal sifir. Hafal doa-doa yang berkaitan. Jangan lupa ini online exam bukan bertulis! Karang orang dah jawab soalan ke-49, kita masih terkial-kial nak taip eja nama sendiri.

4. PREPARE. Prepare (sediakan) apa? Preparelah laptop, internet access yang pawer nokharom, kalkulator, jajan secukupnya untuk kunyah-kunyah dan juga kepala otak. Tapayah sesibuk pegi kedai cari pensel 2B dengan pemadam faberkesel, pastu malam sebelum exam gilap kasut kulit. Ini online exam, engko bogel pun masih lagi boleh sit exam.

5. GOOGLE. Tapayah aku ulas details sangat, engkorang paling terer yang ini. Memandangkan ini online exam, lagilah senanglah nak cari jawapan. HAHAHA

dan yang paling pawer antara semua diatas,

6. DISCUSSION GROUP. Buat group #tolongsayajawabexamnantisayabelanjakuaci kat YM/Skype/Whatsapp/WeChat/Telegram/Forum dan invite semorang untuk tolong kita jawab exam. Calon-calon lain pun boleh join sekali. HAHAHA (mati kalau orang SPA baca ini)

Dah, ikut tips yang baik je. If masih ada rasa nak ikut tips yang acacah menipu, pakai tektik kotor, dan tidak jujur, lapangkan hati untuk baca ini: Hukum Meniru/Menipu dalam Exam.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku."
InsyaaAllah, kalau benar itu rezeki kita, ia pasti jadi milik kita. Akhir kata, mohon doa dipermudahkan segalanya daripada awak yang membaca. InsyaaAllah, amin.



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Saturday, August 23

GA Merdeka: Penang Mari Baq Ang by Siti Yang Menaip

7 ribu komen
Kali ini Giveaway Merdeka: Penang Mari Baq Ang By Siti Yang Menaip
Katanya,

Assalamualaikum. (Waalaikumsalam wbt)

Niat nak buat second giveaway lepas followers dah sampai 300. Alhamdulillah. Lama dah aku sediakan hadiah-hadiah ni. Beli while aku jalan-jalan keliling Penang ngan kawan-kawan. Maka hari ini aku lancarkan giveaway ini. Sudi-sudikanlah korang menyertakan diri korang. Memeriahkan giveaway aku. Insyallah kali ni penghantaran hadiah tak akan delay lama sebab semua dah get ready. Tunggu pemenang saja.


Untuk syarat-syarat penyertaan, picit kat banner gempak diatas atau >>> Giveaway Merdeka: Penang Mari Baq Ang

Hadiah-hadiahnya? Semua GA aku join manada bagi hadiah cikai-cikai. Semua hadiah sumpah syokkk teruk baq anggg.. Joinlah kalau korang tanak aku menang. Kbai.


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Kawaii August Giveaway

1 ribu komen
Give-away lagi! Kemain aku pulun.
Ok kali ini, Kawaii August Giveaway daripada Syaza. Katanya,

Assalamualaikum , Anyeong :) Harini Syaza nak rasmikan GA terbaru.Nama GA ni Kawaii August Giveaway.Banyak hadiah gempak untuk para peserta ^^ Nak join?


Picit sini >>> Kawaii August Giveaway untuk syarat-syarat kelayakan.

Hadiah dia semua osem-osem, kalau boleh nak semua tapi dia suruh pilih dua je. So if aku bertuah, aku nak Bag EXO Planet by NARA Kpop Online Shop  (tak jadi sebab ramai yang nak), Tudung Bawal Hoodies by Dedeq DE Wishes dengan Hand Mask by Lady Passion Style. Hahaha rare ke idokkk?

Tarikh tamat giveaway : 28 Ogos 2014  

GA akan terbatal jika kurang dari 50 peserta yang join. JOINLAH WOI!


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

GA: Jubah Dress Cantik by Ariescape Shoppe

9 ribu komen
Katanya,

Assalamualaikum..

Bersempena pembukaan butik online aku, dengan rasa rendah diri, aku nak mengadakan first Giveaway. Harapan aku korang sudi-sudilah join GA aku yang tak seberapa ni ye. Hadiah menarik tau. Dijamin puas hati. =)

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Jadi follower blog ini. (#125)
  2. Like Facebook "ARIESCAPE SHOPPE" (done!)
  3. Copy dan pastekan banner di atas dan backlink kan ke entry ini. (done!)
  4. Buat satu entry khas mengapa anda rasa layak menang dress dari Ariescape Shoppe. (jakgi)
  5. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen (done!)
  6. Entry yang menarik akan dipilih sebagai pemenang. *doa sungguh-sungguh*
  7. Semoga berjaya! (mekaseh!)

Tarikh tutup : 30 September 2014

Hadiah? Kalau tak best takkan aku join. Yang bertuah akan dapat dress sumpah gojes dari Ariescape Shoppe mengikut pilihan hati perempuan kita ni haa.. Suka ke idokkk?

Oh-oh! Lupa, syarat nombo pat tu belum buat lagi. Mengapa aku rasa aku layak menang dress dari Ariescape Shoppe... Hmm (pikir 5saat).. mungkin sebab aku ni pesen perempuan yang tak berapa nak feminin dan fashionista, tahap sikit lagi jadi tomboi kalau takda kesedaran sivik. KAH! Jadi mungkin dengan dress daripada Ariescape Shoppe ini akan merubah karakter 'abang-abang' aku ni kepada 'hakak-hakak' anggun diva kedebass. Gittew. *tolak-tolak jambul*


P/S: Tak tahulah orang percaya ke tak alasan camtu. Kahkahkah


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Friday, August 22

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

5 ribu komen
Katanya,
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
(Waalaikumsalam wbt)
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014.

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang.

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014 hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah? Sumpah best. Ada cash, topup, buku, perfume, Produa Axia yang baru launch tu (ok, ini tipu).. Memang banyak nokharom, so chance nak menang pun sangat-sangat tinggi (kalau 10 orang je yang join). Apa tunggu lagi? Meh join supaya peluang untuk aku menang tipis. Heh



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

1st Giveaway by Melangkau Garisan with Love

3 ribu komen
Katanya,


"lama dah MG nak buat GA ni tapi tak tahu lah bila masa yg sesuai nye
MG dapat sediakan 4 je hadiah untuk pemenang
4 pemenang akan di random je
tapi kalau MG tengok ada referal paling banyak dari blog dia then MG akan keluarkan hadiah untuk top referral ea
dan kalau sambutan baik MG akan tambah lagi hadiah

tapi setakat ni 4 je hadiah yg MG rasa sesuai nak bagi kat kawankawan blogger MG ni :)
sebagai tanda ukhwah kita sebagai malaysia blogger

so, apa yg korang kena buat just

1. copy gambar kat atas ni then backlink kat blog MG (macam biasa)
2. Be MG beloved follower
3. like my fanpage --> ekinrazalli da tailor
4. follow Instagram ---> ekinrazallidatailor
5. tinggalkan link kat komen

haaa, macam tulah lebih kurang nak join 1st Giveaway MG ni :)"
Tempoh: sampai 13 september 2014  

HADIAH? Hadiah dia sumpah best. Klik: 1st GA by MG with Love

Katanya lagi,

"so, jom support MG :)
korang kalau takde fb or instgram pun boleh join
just inform MG kat komen korang takde fb ke ig ke ...
join je if korang ada blog ea ^__^"

Suka ke idookkkkk? Bukti penyertaan Teja untuk 1st GA by MG adalah memenuhi syarat-syarat yang telah termaktub dalam garis panduan 1st GA by MG ini:

1. copy gambar kat atas ni then backlink kat blog MG (try klik gambar atas)
2. Be MG beloved follower (#669)

3. like my fanpage --> ekinrazalli da tailor (tinggal picit Post jettew)


4. follow Instagram ---> ekinrazallidatailor (dah kenapa private?)

5. tinggalkan link kat komen (DONE!)



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Segmen Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah

20 ribu komen
Katanya,

Assalam kengkawan semua..arini ayu nak buat satu segmen yang cukup2 simple SEMPENA bulan merdeka ini.. ayu harap ramai la kengkawan yg sudi join segmen ayu ni... hehehe... jooom ramai2 kita join... baca dibawah..


Syarat2 nyer :
1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe..kalau yang dah follow ..terima kasih banyak2...hehe
2. tajuknyer segmen : blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

Segmen ni ayu kasi masa lama sikit hingga hari merdeka.. AHAD 31/8/2014 jam 10.00 malam ..


*Aku tengah gila join segmen/GA apa bagai sekarang. Kasi up balik mood-mood blogging dedulu. Apa lagi, jom kita berblog-walking! Jyeahhh


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

National Mourning Day, Al-Fatihah

3 ribu komen


Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), YBhg. Dato’ Sheikh Hj. Abdul Halim Abd Kadir, istilah berkabung tiada dalam ajaran Islam dan ia sewajarnya tidak perlu dilakukan.

"Dalam Islam tiada istilah berkabung... apa yang ada adalah ‘idah’ bagi wanita kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari tapi ia bukan berkabung. Cuma ingin saya tegaskan, amalan yang tidak dituntut dalam Islam dan kalau ia menyerupai amalan agama lain kita tidak boleh buat. Benda yang tidak ada dalam asas Islam tidak digalakkan atau tidak boleh dibuat, mudah kata tidak perlu buat,” katanya.

Sumber: www.themalaysianinsider.com

Semalam aku terima email daripada HR, semua staff diminta untuk berpakaian gelap/suram bersempena Hari Berkabung Malaysia. Jadi hari ini, aku dengan kurung hitam dan tudung pink belacan.

Salam Jumaat.


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Thursday, August 21

Susuk

0 ribu komen
Aku ada seorang kawan. Aku namakan sebagai Munah Munawan. Munah Munawan ni pesen suka buat assumption (baca: buat cerita) melulu. Kadang-kadang assumption dia tak masuk akal. Dia dengar cerita 2-3 mulut, dengar orang-orang menyampai, mulalah naik semangat kewartawanannya. Aku bukan nak menuduh, dia sendiri mengaku hobi dia buat assumption. Kau hado?


Lebih kurang cenggini, hari tu aku tergerak nak google gambar Umi Aida. (motif sangat, kah!) Sekali Munah Munawan berbunyi;

"Dia ni muka dah berubah banyak. Mesti suntik botox sana sini," kata si Munahnya.
"Mana kau tau...?"
"Kau boleh tengok sendiri la.. dagu dah panjang, muka dah runcing.." siap juih-juih bibir.
"Dia lose weight kot.." Positiflah kononnya aku ni.
"Lose weight jadah.. Aku minat dia dah lama, aku ikut perubahan muka dia. Ini sah cucuk ni...pokpekpokpek (nak menang)"

Kfine. Aku malas nak betah lagi.

Aku bukan optimis sangat atau terlalu bersangka baik sangatlah. Samada betul ke Umi Aida suntik botox ke pejadah, kita takda bukti melainkan sumber daripada cakap-cakap orang sana-sini je.

Tapi dalam hidup ni, aku cukup sedar yang benda kita tak tau, kita jangan buat tanggapan melulu.

*Perenggan yang selepas ini aku reka semata, jangan percaya secara membabi buta.

Aku dah rasa macam mana orang kampung aku dulu nuduh aku pakai susuk. Sebab-sebab wujud sifat suka buat assumption tanpa usul periksa camnilah. Nak buktikan aku takda susuk, aku sesaja lalu bawah ampaian diorang time nak pegi kedai ke nak pegi gumah jiran ke nak pegi gali ubi ke..


Banyak kot faktor lain kepada perubahan paras fizikal manusia -- Peredaran masa, usia, penurunan berat badan, perubahan cuaca, gaya hidup, alat mekap, kamera, software-software photo editing spt Photoshop, blablabla..

Takkan lah setiap kejadian tu punca dia cuma satu je.


Haihlah Munah Munawan.. Munah Munawan..


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...