Friday, August 29

10 Jenis Lelaki Yang Membahayakan Wanita

Stop sekejap daripada segala giveaway, segmen dan bloglist.

Meh kita borak mengenai 10 jenis lelaki yang membahayakan wanita.


Aku bukan pakar cinta. Tips ini untuk wanita-wanita dan bakal wanita diluar sana, agar lebih berhati-hati dengan lelaki. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.

1) Lelaki yang sering berkata: “Saya suka awak, tapi saya belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah bertahun berkepit sana-sini, masih belum bersedia ke? Ha..ini lelaki tarak boleh pakai punya worang, pengecut sebab takut dengan komitmen. Pesen ini biasanya sesaja nak flirt dengan engkorang, acacah dia hot sangat.

2) Lelaki yang call, sms atau cari kita bila-bila dia rasa dia nak. Eh ikut suka hati dia je nak jumpa kita, nak call kita, lagi setan kalau paksa-paksa dan ugut merajuk. Aku tak suka lelaki pesen ini sebab tak reti hormat masa dan privacy orang lain. Bila kita perlukan dia, bayang pun tak nampak.

3) Lelaki yang suka ajak dating tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? Ala, pernah tengok a couple pergi dinner berdua, jejalan berdua sambil gelak-gelak macam dalam romantika, acacah sweet tengok sunset berdua? Semua benda dibuat macam pasangan kekasih yang sedang bercengkerang bercengkerama, padahal bukan couple pun. KAWAN JE. Kau perempuan, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti beb.

Gambar ihsan Bang Google
Dah begini, kawan lagi? Motif?

4) Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call dan jumpa anda. Ohoi ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Melesia. Lelaki jenis ini dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap, "Kawan je, takkan nak berkawan tak boleh?" Ewah, rasa macam nak lututkan rusuk dia. Bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ini ternyata buaya tembaga yang kekurangan kasih-sayang.

5) Lelaki yang fikir apa dia buat semua betul. Yes, Mr Always Right. Lelaki jenis ini pentingkan diri sendiri dan degil nauzubillah. Dia tak akan fikir perasaan orang sekeliling dan susah terima pendapat/nasihat orang lain, terutamanya wanita. Boleh hilang sabar dengan lelaki pesen ini.

Mr Arrogant dalam dunia realiti tak sama dengan Mr Arrogant dalam drama Melayu

6) Lelaki yang "No money, bae!" atau dalam erti kata lain KEDEKUT. Dia tahu kita bukan jenis perempuan materialistik, independent, dan tak kisah pun kalau diajak makan megi cup depan 7E. Women don't necessarily want a rich millionaire, but a little something can be a good thing. Even lelaki pun mesti nak jaga imej dia depan perempuan, tak banyak dapat hulur sikit pun jadilah. Eh tak, kita pulak yang dikikisnya - girl, dump the moron now! Bakhil mengalahkan Hj Bakhil.

7) Lelaki yang blurrrr sentiasa. Seperti yang umum tahu, lelaki tak berapa faham dengan kiasan. Maybe sel-sel otak lelaki tak sebanyak sel-sel otak wanita. (maybe) Tapi yang ini adalah lelaki yang tak paham langsung kehendak wanita, even kau cakap terus terang pun tak paham. Tongong mungkin. Dia ingat semua benda remeh, ambil ringan perasaan kita.

8) Lelaki yang selalu kacau kau, walaupun kau tu tengah busy menyelamatkan dunia. Jenis nak berkepit dengan kau, tak kira masa. Tak fikir orang tengah meeting ke meneran berak ke apa. Sesikit call, sesikit sms, sesikit nak jumpa. Memang kedengaran macam "alala sweetnya, caring nokharom laki ni". Tapi tak lama kemudian, mesti tak tahan. Rimas dan lemas.

9) Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan kau tak mendekati atau cuba nak berkawan dengan lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki pesen ini kuat jeles, dan jangan terkejut jenis ini suka ngada-ngada. Kau akan dapat rasa sorang-sorang kawan kau hilang disebabkan lelaki seperti ini. Dia hanya nak korang bagi full attention pada dia sorang je, orang lain pegi mati.
10) Lelaki yang tangannya 'ramah' sangat. Ulat bulu naik daun, haa inilah dia! Baru beberapa kali jumpa, dah berani nak mencuit-cuit tubuh yang bukan mahram. Mula-mula cuit, lepas tu (isi dengan andaian kau). Apabila ditegur, dia berlagak selamba dengan alasan macam orang yang tak tahu hukum-hakam. Jangan sekali-kali berdampingan dengan lelaki seperti ini. Lebih baik lupakan sahaja niat untuk terus berkawan dengannya.

**************************

[INFO] MAKSUD MUHRIM, MAHRAM DAN AJNABI
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia adalah panggilan untuk orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.

Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik-beradik kita, ibubapa mertua kita, dan lain-lain.

Ajnabi (bukan mahram) membawa maksud orang asing, yakni orang yang tidak ada pertalian darah dan kita boleh kahwin dengannya.

Contoh: Sepupu aku bukan ajnabi tapi bukan mahram aku. Fahrin Ahmad, ajnabi dan bukan mahram aku. Jadi jangan salah penggunaan kata 'bukan muhrim' dan 'bukan mahram'. *smile*


sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

7 ribu komen:

Norhasniza Khalid said...

setuju sangat, kena sentiasa berhati-hati kan.. ermm...

Dak Teja said...

@Norhasniza Khalid betul. Macam-macam perangai manusia skrg.

Madiah Ahmad said...

berwaspd pd lelaki mcm ni

tag awak:
http://cikmadiah.blogspot.com/2014/08/give-away-contest-by-izzlegacy-boutique.html

Yun Sing said...

Err.. banyak experience ye xD Memang pun tak tahan =,=

Teja Evalea said...

@Madiah Ahmad HAHA kena tag lagi! Will join, insyaaAllah. Thx madi ^^V

@Yun Sing experience org lain. Kita kompol haha

nur as said...

Takde point yg tak setuju. HAHA

Iola said...

setujuuuuu !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...