Wednesday, August 27

Segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal

Hari ini aku rajin sikit join segmen-segmen yang perlu mengarang.
Dah lama tak eksesaih jari-jemari, dah gemuk dah. So kena bagi kurus sikit.

Aku tertarik dengan segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal. Katanya,

"Assalamualaikum dan Salam Kemerdekaan ke 57 buat semua rakyat Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua pengunjung blog Dunia Zumal ini. Bersempena bulan kemerdekaan ini dengan rasminya Zumal melancarkan Segmen Ceritera Merdekaku yang bakal menceriakan bulan kemerdekaan ini. Dengan segmen ini dapat kita kongsikan kisah kemerdekaan kita dan semangat patriotisme kita semua sejajar dengan tema kemerdekaan tahun ini Malaysia : Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta."


Kisah kemerdekaan aku? *damn* Berat topik ni, macam salah pilih segmen je. HAHAHA. Nak pulak sejarah bukan subjek yang aku minat di sekolah dulu. (Ada keorang minat sejarah?)

It's okay. Seingat aku, hari merdeka bagi aku taklah sehebat hari raya. I'm a typical rakyat melesia, beli bendera kecik letak penjuru kereta. Habis best pun, kibar-kibar bendera reramai sambil nyanyi lagu "Tanggal Tiga Puluh Satu.. Haribulan.. lalala" time sambutan hari kemerdekaan di sekolah. Malam merdeka, duduk depan TV layan cerita Sarjan Hassan, lepas tu tengah malam sikit tengok bunga api berdentam-dentum. Pagi merdeka, boleh tengok perarakkan kawad kaki orang-orang kerajaan dan paling aku suka, persembahan kebudayaan etnik-etnik pelbagai kaum di melesia.

One of my favourite P.Ramlee song in Sarjan Hassan

Orang kata MERDEKA itu ertinya BEBAS. Bebas apa? Mungkin idealoginya seperti kentut; bila ditahan kita senak, dah dilepaskan rasa lega. Mungkin. Tapi apakah pula maksud 'bebas' kepada masyarakat Malaysia yang merdeka pada hari ini? 

Seks bebas, lari dari rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, ponteng sekolah, meragut, menubuhkan kumpulan haram, memukul guru, bergaduh di sekolah, porno, rempit, punk, meninggalkan solat, derhaka kepada ibubapa, membunuh, mencuri, dan minum arak adalah sebahagian kecil budaya bebas yang sedang menular diamalkan oleh remaja merdeka 2014.


ITU DULU. Sekarang kat youtube tu haa lagi banyak.. macam-macam parodi ada, termasuklah yang hina negara. Bersepah tanpa rasa bersalah. Lupa agaknya macam mana nenek moyang dia mempertahankan negara dulu.

Pesen lidah pendek kekecik dulu. Itu yang merdeka jadi mendeka.
Jika aku ditanya, dimana paras moral dan penghayatan merdeka kau? Aku pun tak tahu dan tak berapa paham sebenarnya. Yang aku tahu, jadi orang baik, jangan kacau orang. Jaga diri. Pupuk rasa tanggungjawab untuk buktikan semua ini tidak benar dan bukan ini generasi yang kita mahu. Semoga kita dapat melihat suatu keindahan merdeka yang berbeza suatu masa nanti.

InsyaaAllah, amin.



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

7 ribu komen:

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Terima kasih sudi turut serta. Bagus ingatan tu. Merdeka bukan sekadar bebas dan bebas juga bukan untuk lakukan yang negatif kerana nanti kita tak bebas kat akhirat ^_^

Dak Teja said...

@Ahmad Zu Mal Md Rayi haa exactly! itulah yg kita cuba sampaikan haha

Mia Liana said...

selamat bersegmen ya..

Dak Teja said...

@Mia Liana thanks liyana ^^

Cik Mimie said...

Gudluck Dak Teja :)

Ahmad Zu Mal Md Rayi said...

Salam Dak Teja, zumal akan umumkan pemenang pada 20 September 2014 ini, nantikan yer. Sekarang boleh semak link dan berblogwalking sesama peserta di sini http://azmworld.blogspot.com/2014/09/senarai-peserta-segmen-ceritera.html

Feetri Mahadzir said...

singgah sini dari segmen yang sama :)
http://www.feetrimahadzir.com/2014/08/segmen-ceritera-merdekaku-by-dunia-zumal.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...