Monday, September 15

Liebster Award Lagi!

Ini yang ke-3 daripada Sara Liyana, 2 lagi kat sini >>> Liebster Award. Jangan jelly --

Rupanya Liebster Award ini adalah untuk discover blog-blog baru. Kira untuk bagi semangat berblogging. Jangan jadi macam aku, blogger paling fail. 5 tahun dah buat blog, aktifnya setahun sekali. Sebab itu aku layak dapat Liebster Award banyak-banyak. Nampak permainannya? Kahkahkah.


The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  • Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  • answer the 11 questions asked.
  • nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  • create 11 of your own questions for them to answer.
  • notify your nominee.

Soalan daripada Sara Liyana,

1. Pernah selfie duckface?
Tak pernah. Tak sanggup nak buat.

2. Kalau pernah apa perasaan lepas tengok gambar tuh sekarang?
So tak payah jawab soalan ni kan? Yeayyy..

3. Benda yang tak kan pernah lupa sampai sekarang?
Benda? Baju sekolah. Err...

4. Benda nakal pernah anda buat?
Banyak. Paling nakal, ada one day tu aku tak siap kerja sekolah. Bila cikgu mintak, buku homework tu aku hantar jugak sebab takut didenda. Waktu rehat, aku sesenyap pegi bilik guru curik balik buku aku dengan buku kawan aku. Aku tiru laju-laju dan hantar semula. Lega. (ini nakal ke jahat?)

5.Subjek paling tak suka dari zaman sekolah?
Geografi.

6. Hadiah harijadi yang hampa sentiasa impikan?
Keterlaluan tak kalau aku cakap jongkong emas? Tak kannn.

7. Kalau dah kahwin apa jawapan yang diberi kalau orang tanya 'ko bila lagi' , kalau belum kawin apa jawapan hampa nak prepare?


8. Longhat negeri yang tak berapa nak faham?
Sarawak.

9. Colour baju yang paling banyak?
Merah.

10. Hampa paham dak bahasa utaqa?
Padiaaaaaa?

11. Tak tau nak tanya apa , hampa jawap lah ikut suka.
Meh aku yang tanya kau, apa yang kau hampa sangat ni? Dari tadi asyik hampa-hampa. Luahkan je.


Nominate 11 other bloggers yang kurang daripada 500 followers. Hmm malas boleh? Awak-awak yang rasa berkelayakan, ini saya bagi awak-awak. Yang dah kena tag dalam Liebster Award sebelum ini, jangan nak lari. Aku tahu ada yang belum buat lagi.


11 soalan daripada aku untuk engkorang jawab. Tak susah pun, baling dadu je.

*Mohon tak kisah dengan penggunaan 'aku-kau' dalam ayat. Muah ciked! :*
  1. Artis Malaysia yang kau tak suka dan meluat, kenapa?
  2. Perkara paling gila pernah kau buat.
  3. Perkara paling memalukan pernah kau buat.
  4. Perangai/tabiat kau yang kau rasa nak buang.
  5. Barang paling kau sayang.
  6. Jika diberi pilihan untuk memilih jodoh antara (untuk perempuan) Aaron Aziz si nelayan dengan Amir Raja Lawak tokei syarikat minyak, yg mana kau pilih? (untuk lelaki) Emma Maembong anak sulung dari 11 adik-beradik yang menganggur dengan Wan Maimunah jutawan kosmetik?
  7. Kalau kau adalah seekor kartun. Watak kartun apa kau nak jadi?
  8. Tempat yang kau paling teringin nak pergi selain syurga.
  9. Perkara paling sweet pernah kau buat.
  10. Kalau kau ada superpower, superpower apa kau nak?
  11. Kalau kau adalah sejenis haiwan. Haiwan apa kau nak jadi?

Aku kopipes soalan aku sebelum ini. Layankan jelah. Haha k I'm done! *smile*



sudah baca sila LIKE ye. SEND pada kawan juga boleh.

9 ribu komen:

Azraa Lyana said...

adoila hampa betui,, hahahhahahha......

Aina Akmal said...

hahaha, femes sejak dua menjak ni libster award haha. :3

Siti Aisya Ibrahim said...

no 4 tuh lawak! :D

budak said...

padia jawapan dia? haha. saja nak tambah entry kan award ni. rasa mcm kena interview. haha

Umi Nazrah said...

salam singah. amboi, padiaaa jawapan tu. memang tak boleh diterima jawapan tu. hahahahahaha

aiman mania said...

BENDA NAKAL YG PERNAH BUAT TUH LUCU...hahahahahaha
masa sekolah dulu bnyak citer citer copy dan paste dr kawan sekolah..rindu zaman itu ...

Ibnu Ramli said...

hampa tu bukan bahasa kedah ke? huhui.. soalan pedas juga tu, ramai juga kenalan aku yg dah meninggal, kau bila lagi? xD

Cik Mimie said...

HAhaha..benda paling nakal tu memang terbaek!! tabik spring kat teja...hahaha..

Iola said...

hihi sarawak ada macam macam bahasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...